'Sometimes the bad choice bring us to the right place'
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"Saya akan jadi isteri orang lagi dua hari, Tuan," beritahu Arsha.
Qays senyap untuk seketika sebelum dia melepaskan nafas lemah. Dia terduduk di atas sofa.
"I'm sorry. I talked nonsense," ucap Qays lemah. Wajahnya diraup kasar.
Arsha diam. Qays juga diam. Masing-masing sedang melayan perasaan buntu ini.
"Bakal suami saya tak boleh cintakan saya seperti arwah isteri dia. Dia tak boleh cintakan saya sepenuh hati. Kalau Tuan suami saya, Tuan akan cintakan saya?" Arsha memulakan kata-katanya selepas mereka diam. Dia pun tak fikir panjang nak tanya soalan macam ni.
"I will. More than I love myself," balas Qays. Tidak langsung dia meletakkan harapan tika itu.
"All I want is someone who will stay, no matter how hard it is to be with me," kata Arsha. Dia juga tidak meletakkan sebarang harapan.
"For the past decade, you are the one who brighten up my life. More than the sun ever could," balas Qays. Ayat-ayat penyakit diabetes sudah muncul.
Arsha diam. Tangannya menggeletar. Dia gementar untuk membuat keputusan. Dia cuma takutkan penderitaan. Takut jika dia tidak dapat menjadi isteri yang baik pada Daim dan ibu yang baik pada anak-anak Daim. Dia juga serba salah pada Daim. Sedang dia menjadi isteri pada Daim, hatinya dan cintanya pada orang lain.
Tapi, sampai bila dia perlu menderita. Lari? Sudah semestinya salah. Lagi-lagi dia sudah dipinang oleh Daim. Berkahwin atas pinangan orang lain adalah haram. Tapi, dia terseksa. Untuk terus hidup di dalam keluarga ini, dia tidak mampu. Semuanya menyakitkan.
"Kalau saya setuju, bila Tuan boleh bawa saya lari?" Arsha telah membuat keputusan. Keputusan terbesar di dalam hidupnya.
"Huh? Kidding me, Arsha?" Tanya Qays tidak percaya. Terus terdiri dia.
"Saya serius. Kita lari," balas Arsha dengan nada tegas menunjukan yang dia tidak berjenaka.
Jangan lepaskan peluang, Qays. 10 tahun kau tunggu, dan ini lah masanya. Kau cintakan dia, dan dia cintakan kau. Kau nak bawa dia lari dan dia mahu ikut kau lari. Don't make this things be more complicated.
"Esok pagi. Dalam pukul 7:30 pagi di hadapan rumah kau. Aku akan tunggu selama 10 minit. Kalau kau tak keluar, maksudnya kau telah berubah fikiran," kata Qays laju. Berdebar jantungnya.
"Saya tak boleh call Tuan lagi. Telefon saya rosak," beritahu Arsha.
"Just come out at 7:30 a.m. Bring along your passport and ID. Bawa apa yang penting sahaja. I trust you, Arsha," kata Qays penuh semangat. Gila tak semangat.
"Saya percayakan Tuan juga," kata Arsha kini dengan nada yang mengharap.
"Arsha Mikayla!" Laung Haji Abdul Rashid dari luar biliknya.
"Abah saya dah panggil. Saya kena pergi ni, Tuan," beritahu Arsha kepada Qays dengan menggelabah.
"Okay," balas Qays pendek. Tak sempat nak cakap ayat seterusnya Arsha sudah mematikan talian.
Zane menghampiri Qays yang sedang termenung di ruang tamu. Dah kenapa jadi tugu negara ni? Ke patung cendana?
"Hey, Qays. Kau kenapa macam baru tengok jembalang?" Tanya Zane.
"Arsha call tadi," beritahu Qays tanpa nada kerana masih di dalam dunianya sendiri.
"Then? Dia cakap apa? Apa jadi?" Tanya Zane kecoh. Kepochi betul.
YOU ARE READING
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...