' I'm so sorry... I wish I could go back and change this.'
-Thomas Williams-
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Arsha mengangkat wajah dari dokumen. Wajah Qays menyapa pandangan matanya. Terkedu. Selama ni, Qays memang kacak macam ni ke? Atau hari ni dia ada guna Garnier Men? Kenapa muka dia flawless sangat?
"Arsha, aku tahu aku handsome," kata Qays membuatkan lamunan Arsha mati.
Arsha lantas berdiri. Malu!
"Ya, Tuan? Ada apa-apa?" Tanya Arsha menutup gugup.
"Esok aku tak masuk office. Analisis kes tu letakkan atas meja aku sebelum balik," beritahu Qays.
"Baik, Tuan." Balas Arsha.
"Oh, your face are burning. Why, huh?" Tanya Qays mengusik. Tersungging senyuman kecil di bibirnya.
"Tak ada apa. Panas sikit kat sini," balas Arsha laju. Jatungnya berdegup laju. Sejak bila manusia bernama Qays Ardani reti bergurau!
"Really? Kalau panas masuk dalam pejabat aku. Lebih sejuk," balas Qays masih mengusik.
"Tak apa lah Tuan. Makin panas duduk dalam tu, lagi-lagi dengan Tuan," kata Arsha dengan sengihan kekoknya.
Qays hanya ketawa perlahan. Arsha memerhatikan ketawa itu. Kenapa comel sangat ni? Kenapa Qays mesra sangat hari ni?
"Wake up! Wake up! Jeng! Jeng! Summon! Neno! Neno!" Minion sudah menjerit kuat. Menyesal guna ringtone ni.
Perlahan tangan Arsha mencapai telefonnya. Penggera ditutup malas. Haish! Kacau je orang mimpi indah! Boycott Despicable Me!
Arsha bangun dari baringannya. Badan direnggangkan. Segala bunyi tulang berbunyi.
"Alah, hari ni weekend," keluh Arsha perlahan. Semua orang gembira pada hujung minggu sebab cuti, kau pula boleh sedih sebab tak dapat jumpa bos kau tu.
Arsha dengan perlahan bangun dari terus duduk di birai katil. Kakinya melangkah terus ke bilik air. Masa untuk solat subuh.
💕💕💕💕💕
Qays keluar dari bilik gym. Kakinya terus melangkah turun ke tingkat bawah. Kelihatan Zane sedang melepak sambil bercerita dengan Salina di bar counter.
"Apa nak?" Tanya Qays sebaik sahaja dia berada di hadapan Zane.
"Jom balik Queensland," ajak Zane selamba macam Queensland tu sempadan KL-Melaka.
"Macam Queensland tanah tumpahnya darah kau," balas Qays menyampah. Mug yang diletakkan Salina di hadapannya dicapai sebelum dicicip sedikit isinya.
"Biarlah. Tanah tumpah aku Queensland ke, Chow Kit ke, yang penting petang ni kita kena gerak Queensland juga," balas Zane. Kali ni terdapat ketegasan pada beberapa perkataan terakhirnya.
"Untuk apa?" Tanya Qays malas.
"Hello, Tuan Qays Ardani. Kita ada WFCP World Congress 2018. Tak akan lah penaja tak hadir sekali," beritahu Zane.
Bulat mata Qays. Dengan pantas tangan kanannya dibawa ke telinga Zane. Telinga itu ditarik kuat.
"Yang kau tak ingatkan aku awal-awal kenapa, bongok?" Kata Qays geram sebelum melepaskan telinga Zane.
"Aduh. Mana lah aku tahu kau tak ingat," balas Zane sambil menggosok telinganya yang kemerahan.
"Wait, Zane," kata Qays secara tiba-tiba.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomansaSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
