Bab 40

10.4K 612 42
                                        

' We shall never know all the good that a simple smile can do '

- Mother Teresa -

▄︻̷̿┻̿═━一    •

Arsha merenung lama gambar graduasinya bersaiz passport di dalam dompet Qays. Dia tidak terkejut tetapi tertanya-tanya. Siapa dia pada Qays selama ini? Dari mana Qays kenal dia?

"Dah ambil kad tu?" Tanya Qays yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidur.

Melihatkan Arsha yang hanya berdiri kaku melihat dompetnya, Qays teringatkan sesuatu. Lantas dia mendekati Arsha dan dompetnya diambil dari tangan isterinya. Unlimited gift card untuk kegunaan di pusat membeli-belahnya dikeluarkan dan diletakkan atas meja solek.

Kakinya mula melangkah untuk pergi sebelum Arsha bertanyakan sesuatu. Tetapi pegangan hangat pada jari jemarinya mematikan langkah.

"Sampai bila awak nak berahsia?" Tanya Arsha dengan suara yang sangat mengharapkan Qays jujur kali ini.

"You were not mine. Jadi, aku hanya cintakan kau dari jauh. Sangat jauh sehingga kan kau tak kenal aku."

💕💕💕💕💕

2015

Qays memerhatikan ketawa riang seorang gadis yang sedang meluangkan masa petangnya dengan melepak di kafe bersama kawan-kawannya. Sangat mendamaikan wajah itu. Segala serabut hal yang berlaku tadi hilang diikuti dengan senyuman riang Arsha. Cantik dan sempurna seperti bidadari.

"Sampai bila nak lihat dari jauh," kata Zane menyentak perasaan Qays.

"Kalau aku hampiri dia, kau tak rasa dia akan terkejut ke? Dia tak kenal aku," balas Qays lemah.

"Kalau dia tak kenal kau, macam mana kau boleh kenal dia?" Tanya Zane pelik.

"Seminggu sebelum aku ke Australia, aku pergi sekolah Qaisara. Aku rindu kenangan nak ambil dia balik. Aku terlalu rindu dia sampaikan aku pergi ke sana cuba menjejaki memori tu. Fortunately, sekolah tu tengah buat hari kantin. Then I met that angel," cerita Qays dan kembali memerhatikan Arsha. Dengan Zane, dia tidak perlu berahsia. Zane bagaikan adiknya.

💕💕💕💕💕

2007

"Abang?" Panggil Arsha seraya menjenguk muka Qays yang tertutup dengan topi yang dipakainya.

Qays hanya terpaku dengan tindakan serta-merta gadis berumur 14 tahun itu.

"Kami ada jual handmade keychain. Boleh tulis nama sendiri, nama kekasih, nama keluarga. Murah je. Beli satu RM 3, beli dua RM 5. Siap dalam masa 5 minit je." Arsha mula membuat promosi jualannya.

Qays tak lepas memandang Arsha. Gadis itu persis Qaisara. Cara percakapannya, cara pemakaiannya, gayanya. Seperti Qaisara yang dia rindui.

"Berminat tak bang?" Tanya Arsha lagi.

Qays mengangguk perlahan. Dia lantas mendekati booth itu. Nama Qaisara ditulis di atas kertas.

"Awek eh," usik Arsha yang mula membuat keychain itu.

"Tak. Adik," balas Qays. Tapi matanya masih memerhatikan Arsha.

Nama pada name tag dipandang lama. Arsha Mikayla. Tersenyum dia melihat nama itu. Nama sahaja sudah sedap didengar, apatah lagi wajahnya. Macam Qaisara. Tiba-tiba hatinya menjadi sedih.  Rasa berdosa memperkosa adik sendiri.

"Abang nampak sedih. Jangan sedih lama-lama nanti kemurungan. Cuba tarik nafas dalam-dalam lepas tu lepaskan dan akhir sekali senyum," kata Arsha memberikan semangat kepada lelaki beriak sedih itu.

Sekali lagi Qays terpaku. Sah gadis ni seperti Qaisara!

💕💕💕💕💕

"Basically, I stalked you since a decade ago. Tak kisah la kau nak panggil aku pervert ke, pedophile ke apa. Aku cuma desperate nak Qaisara," beritahu Qays.

Wajah Arsha berubah kecewa.

"Jadi selama ni awak nampak saya sebagai Qaisara? Kalau saya tahu benda ni dari awal, saya tak akan kahwin dengan awak la." Arsha mula tidak boleh mengawal emosinya. Dia bangun dari terus duduk di birai katil. Rasa sakit hati pula duduk rapat dengan Qays ni.

"Hear me please," Qays menahan tangan Arsha.

Arsha cuba merentap tangannya namun gagal.

"Please," mohon Qays perlahan. Sekali lagi Arsha kalah dengan kebaikan diri sendiri. Tak sampai hati nak menolak.

Apabila Arsha tidak lagi cuba untuk melepaskan tangannya, Qays menarik isterinya itu duduk di atas ribanya. Pinggang wanita itu dipeluk erat. Sumpah dia tak akan lepaskan Arsha walau apa pun yang terjadi. Arsha tidak membalas pelukan malah badannya mengeras tidak selesa.

"Time passed and I realized that you are who you are. You are not Qaisara. You are Arsha Mikayla. A cheerful girl that melt down my heart. An ordinary girl that makes my heart goes crazy. It took me a decades to approach you. And the fact that you're mine feels like a dream till now," jujur Qays sebelum pelukan dieratkan lagi dan wajahnya disembamkan di atas bahu kiri Arsha.

Terasakan bahunya basah dengan air mata Qays, Arsha mengusap belakang kepala Qays lembut.

"Kenapa ambil masa satu dekad untuk munculkan diri awak?" Tanya Arsha.

"Sebab kita vice versa. And a person like me don't deserve an angel," balas Qays perlahan dengan wajahnya masih dibahu Arsha.

"Tapi saya dah jadi milik awak pun sekarang ni," kata Arsha dengan ketawa dihujungnya menutup kejanggalan.

"I want it forever," gumam Qays.

"Huh?" Arsha tak faham.

"I want you. Forever," kata Qays seraya mengangkat wajah. Mata mereka berlaga pandangan.

"InshaAllah," balas Arsha dengan senyuman. Air mata yang bersisa di pipi Qays diseka.

"Oh, aku lupa nak bagitahu kau. Esok kita pergi Dubai dengan Abu Dhabi. 4 hari 3 malam. Kau anggap la tu honeymoon kita," beritahu Qays.

"Esok!?" Arsha terjerit akibat terkejut.

Orang kaya memang tak suka plan trip ke?

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang