Bab 41

8.2K 506 72
                                    

'If you have enemies, good that means you stood up for something'

-Eminem-

̷̿̿═

A

Arsha memandang Qays tak puas hati. Sungguh dia tak puas hati. Ada jugak rasa nak gigit-gigit telinga lelaki itu. Geram!

"What?" Tanya Qays apabila mata Arsha menikamnya sejak dari dia keluar bilik air. Buat meremang je tengok orang macam tu. Dah lah pakai tuala je ni.

"Kalau pergi Dubai sebab kerja, cakap je la sebab kerja. Tak payah la nak tipu kata honeymoon," balas Arsha menyampah sambil tangannya sibuk memasukkan baju dalam luggage.

"Aku kata anggapkan. Kau yang salah faham, sayang," balas Qays yang sedang mengenakan pakaian.

"Bagi harapan palsu," kata Arsha perlahan.

"Hey, mana ada harapan palsu. Okay, dear. I promise you this. Kau akan rasa bercuti instead of bekerja. I promise you," kata Qays bersungguh sambil menghampiri Arsha.

"Hmm, kita tengok je la macam mana kan. Cause my boss ni workaholic," kata Arsha sinis.

"Ye ke workaholic?" Tanya Qays kembali.

"Ye la kot," balas Arsha malas.

"Workaholic pon handsome, stunning, charming, exquisite, appealing, alluring, attractive, magnificent, graceful, dazzling, enticing, sightly, glorious, lavish, aesthetic, breathtaking, admirable, prepossessing, enchanting, luxuriant, irresistible, congenial, astonishing, overwhelming and what more.... I'm out of vocab all of sudden," kata Qays seperti cuba mengajar Arsha sinonim perkataan handsome.

Riak Arsha mula berubah meluat. Dah seminggu mereka hidup bersama, dan siapa sangka perangai Qays macam ni. Drastik sangat perubahan tu.

"Know what, I thought you were cold and cruel. Never expected to see this side of you," balas Arsha dengan ketawa kecil. Ni kalau dia kata kat Cray dan Saiful tentang perangai Qays macam ni, confirm mereka pon tak akan percaya.

"Hey, apa cakap kita cold and cruel pulak ni." Pantas Qays menafikan.

"Tu cermin bukan main besar lagi. Pergi cermin sikit diri awak, Tuan Qays," kata Arsha.

Qays pergi mendekati cermin besar di dalam wardrobe mereka. Dirinya direnung beberapa saat.

"You were wrong. I'm just too handsome. No cold and cruel," balas Qays dengan tersenyum melihat dirinya.

Qays meninggalkan wardrobe dengan mood perasan itu. Arsha hanya mampu menggelengkan kepalanya.

💕💕💕💕💕

Arsha melangkah masuk ke dalam bilik tidur hotel itu. Sejak dia masuk hotel ni dia dah terlopong. Bukan sahaja dengan harga yang macam Yahudi mabuk tu, hiasan dan reka bentuk hotel itu juga sungguh menakjubkan. Tapi kali ini dia terlopong kerana sepasang dress labuh berwarna hitam yang terpasang di mannequin.

Arsha mendekati dress itu. Dress yang panjang berwarna hitam dengan lace dan bling bling itu sungguh menarik perhatiannya. Cantik. Tapi untuk diakah?

"Kau kena pakai tu untuk malam ni," kata Qays yang baru muncul sejak entah bila dia hilang.

"Malam ni ada apa?" Tanya Arsha.

"Mendekati Datuk Sri Hussein Samad," beritahu Qays dengan senyuman sinis.

"Huh?" Arsha tak faham.

"Malam ni ada starting construction ceremony untuk Arabic land. It just happened that Qays Empire is the interior and exterior designer for this project and it just happened that HS logistics works for Arabic land too. Aku baru dapat tahu yang dia akan attend event ni. Tu yang aku nak pergi. Kalau tak, memang Zane je la yang pergi," terang Qays panjang.

Arsha hanya membuat mulut berbentuk 'O'. Macam faham je.

"Tapi kenapa kena mendekati?" Tanya Arsha pelik. Kan bahaya tu.

"Hold your friends close but your enemies closer," kata Qays dengan kenyitan.

💕💕💕💕💕

Arsha melihat pantulan dirinya di cermin. Terasa dirinya cantik pula pakai dress hitam ni. Terima kasih juga pada grooming team yang datang entah dari mana. Mereka la yang pakai kan tudung dan makeup.

Mari buat checklist. Tudung cukup labuh menutup keseluruhan dada. Handsock done, socks pon done. Okay tinggal kasut. Arsha lantas membuka kotak kasut Dior. Terus mengeluh wanita itu. KENAPA KENA TINGGI SANGAT HEELS NI!

"Dah siap?" Tanya Qays yang sudah kemas bertuxedo.

"Tolong saya pakai heels jap," pinta Arsha seraya memaut pada lengan Qays untuk membantu keseimbangannya.

Selesai mengenakan sepasang kasut bertumit tinggi 10 cm itu, mereka lantas turun ke ballroom.

"Tak pe ke kalau awak bawa saya ni?" Tanya Arsha ketika mereka di dalam elevator.

"Why?"

"Bukan ke sepatutnya orang tak tahu yang kita dah kahwin sampai reception kita?" Tanya Arsha lagi.

"Kau personal lawyer aku kan? Works matter, apa masalahnya?" Balas Qays sebaik sahaja pintu elevator terbuka menandakan.

Wajah Arsha berubah keruh. 'Works matter'. Entah kenapa dia rasa kecewa pulak.

"Hey, let's go," tegur Qays apabila Arsha tidak langsung bergerak ingin keluar dari elevator.

Qays mengambil tangan Arsha dan diletakkan di lengannya. Arsha hanya memandang tangannya di lengan Qays seraya mengikut langkah Qays keluar dari elevator. Ini boleh jadi fitnah ni.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam ballroom, mata Qays terus menangkap susuk tubuh orang dicarinya. Senyuman dipasang. Susuk itu dihampiri.

"Assalamualaikum Datuk Sri," sapa Qays dengan huluran tangan.

Datuk Sri Hussein Samad lantas berpaling. Sebelah keningnya terangkat melihat huluran tangan Qays. Jarang sekali Qays ingin bersalam dengan orang. Budak muda ini memang terkenal dengan perangai biadabnya itu.

Lambat-lambat Datuk Sri Hussein Samad menyambut huluran tangan Qays.

"Datuk Sri kenal saya tak?" Tanya Qays. Memang la kau kenal kan. Kau yang cuba nak bunuh aku.

"Siapa sahaja tak kenal jutawan muda macam awak," balas Datuk Sri Hussein seraya melepaskan tangan Qays.

"Glad to know that," balas Qays dengan senyuman palsunya.

"Siapa ni?" Tanya Datuk Sri Hussein Samad sambil matanya mengerling ke arah Arsha.

"My personal lawyer, Arsha Mikayla." Qays memperkenalkan Arsha walaupun dia jijik dengan pandangan lelaki itu pada isterinya.

"Macam bukan personal lawyer. Macam someone special," kata Datuk Sri Hussein Samad sinis dengan memandang Arsha atas bawah.

"Might be. Don't worry, Datuk Sri. I'll send you the invitation real soon," kata Qays sinis sebelum memusingkan badannya untuk berlalu. Dia menyampah dengan pandangan lelaki tua kerepot tu pada Arsha. Sebelum gigi orang tua ni terabur, baik dia pergi.

"Wait, young man," panggil Datuk Sri Hussein Samad membuatkan langkah Qays terhenti.

"What?" Tanya Qays tanpa berpaling.

"Siapa sangka kau yang merogol dan membunuh adik sendiri boleh berjaya macam ni," kata Datuk Sri Hussein Samad kuat.

Mata Qays berubah tajam.

"Memang ada yang mati malam ni," gumam Qays perlahan.

Arsha yang dengar sudah gelisah. Jangan la ada perang berdarah di sini.

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now