🎶And I don't need you to make my choices
I can speak, you can hear my voice And everyone's not looking for approval
Sometimes you gotta go it alone
Don't work too hard being normal Just work hard on what you want🎶
Choices Made - CIV (1995)
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Nokia 3310 milik Warden Aiman berbunyi. Nombor yang tak dikenali tertera di skrin telefon itu. Panggilan itu diangkat.
"Hello," sapa Warden Aiman.
"Zane okay?" Tanya Qays. Warden Aiman terdiam.
"Kau dekat mana?" Tanya Warden Aiman.
"Rumah keluarga aku lah. Zane macam mana? Ada orang buli dia tak?" Tanya Qays masih mahu fokus pada keadaan Zane.
"Okay. Budak-budak sini pon tak ada buli dia. Semua okay. Kau okay?" Balas Warden Aiman.
"Aku okey. Bahagia, doh. Duduk rumah, ada orang masakkan. Ada ibu, ayah, along dengan adik aku. Aku rasa lengkap," balas Qays dengan ketawa bahagia yang sumbang dihujung ayatnya.
"Qays, aku ada kerja ni. Nanti kita cakap lagi," kata Warden Aiman. Dia tak dapat tahan rasa hibanya.
"Ye lah. Nanti aku telefon lagi. Bye." Qays meletakkan panggilan.
Warden Aiman meletakkan kepalanya di atas meja. Sayu. Itu lah yang dia rasa terhadap Qays. Bertahun kenal remaja itu, dan dia dapat tahu yang selama dia kata dia tak terasa apabila keluarganya tidak datang melawat adalah satu pembohongan. Qays menutup kesedihannya sebaik mungkin. Dia pendam apa yang dia rasa. Tidak diluahkan. Mahupun pada sesiapa atau melalui tulisan. Tiada.
Apa yang dia rasa, dia simpan sendiri hingga muncul personaliti pasifnya. Personaliti yang tidak mampu difahami oleh orang lain. Dendam, sedih dan marah kini dah berkulat dalam hatinya. Walau dalam keadaan macam ni, dia masih risaukan Zane. Qays tidak jahat. Percayalah.
🌾🌾🌾🌾🌾
Arsha membetulkan awning tudung labuhnya. Dia mengerling pada niqab yang berada di atas meja. Malasnya nak pakai. Bukannya wajib pun. Kenapalah Abah selalu paksa dia buat sesuatu yang baginya sangat remeh.
Niqab itu dicapai juga sebelum dipakai. Cermin dipandang. Hanya matanya yang dapat dilihat. Macam manalah nak cari suami kalau mata je boleh nampak? Ah, jangan berangan, Arsha! Sedangkan apa yang kau nak makan pon tak boleh dipilih, lagikan suami. Memang tak lah. Abah akan tetapkan perjalanan hidup kau sampai kau masuk liang lahad nanti. Entah-entah itupun Abah masih mahu mengarah. Haih.
Arsha mengangkat beg sandangnya. Masa untuk balik ke maahad. Surah Al-kahfi masih belum habis hafal. Lantaklah, nanti dia hafallah. Apa ada hal.
Arsha turun ke bawah. Haji Rashid sudah menunggu di dalam kereta. Dia lekas memakai stokin dan menyarungkan kasutnya. Hajah Sakinah disalam dan dicium pipi umminya itu. Kemudian, dia lekas masuk ke dalam kereta.
Sepanjang perjalanan ke maahad, Arsha dan Haji Rashid hanya diam sepi seperti biasa.
"Bulan depan pindah sekolah," arah Haji Rashid memecahkan kesunyian.
"Abah." Arsha tercengang.
"Jangan nak membantah. Dah banyak Abah diam. Duduk sekolah ni, banyak benda tak baik Arsha belajar. Abah tak nak anak Abah rosak!" Tegas Haji Rashid berkata.
"Abah tak boleh buat macam ni. Tak akan semua benda Abah nak aturkan. Ini hidup Sha," rengek Arsha.
"Abah aturkan semuanya sebab tak nak Sha jauhkan diri dari Allah. Abah tak nak anak Abah lalai!" Haji Rashid menegaskan pendapatnya.
"Kalau macam tu, baik tak payah hidup. Tak payah wujud. Dah macam patung hidup ni," gumam Arsha geram.
"Arsha!!" Marah Haji Rashid. Anaknya memang dah melampau. Dia memberbentikan keretanya. Mata mencerlung memandang anak bongsunya itu.
"Kenapa? Sha ada cakap salah ke? Ini hidup Sha. Kenapa Abah sibuk nak uruskan serba serbi. Kenapa sampai apa yang Sha nak makan pon tak boleh ditentukan. You are obviously not a good father. Tapi seorang ayah yang kejam!" Balas Arsha dengan suara yang meninggi.
PANG!
🌾🌾🌾🌾🌾
"Okay, terima kasih," ucap Warden Aiman kepada kawannya.
Alamat pada tangannya ditenung. Kawasan perindustrian kecil. Tempat di mana telefon awam yang selalu digunakan oleh Qays untuk menelefoninya.
Tanpa membuang masa, dia mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar dari rumahnya.
"Maya, abang keluar kejap. Nak cari budak Qays ni," laung Warden Aiman kepada isterinya ketika menyarungkan sandalnya.
"Ya. Baik-baik jalan," pesan Maya.
Warden Aiman memandu terus ke alamat yang diberikan oleh kawannya. Lama dia duduk di dalam kereta. Menunggu kalau-kalau kelibat Qays muncul.
Tepat jam 6:30 petang, pekerja kilang-kilang yang berada di kawasan perindustrian itu mula berpusu keluar. Warden Aiman meneliti setiap orang yang keluar. Tidak mahu terlepas langsung. Dia yakin Qays ada di sini.
Dan matanya menangkap seorang remaja memakai topi hitam lusuh. Bermisai dan tidak terurus keluar dari kilang memproses kayu. Mukanya letih. Dia berjalan lemah. Sayu hati Warden Aiman.
"Apa jadi pada kau, Qays?" Tanya Warden Aiman sendiri. Terasa dada berbuku. Sebak.
Dia menggerakkan kereta mengikut langkah lelah Qays yang penat bekerja. Warden Aiman hanya mengikut hingga Qays berhenti di kedai makan. Warden Aiman memerhati pilu.
Qays hanya membeli nasi kosong dan kicap. Matanya sibuk melihat lauk yang menyelerakan tetapi hakikatnya dia tidak mampu. Duitnya sehari bekerja hanya RM 12. Tidak cukup untuk dia hidup. Dia perlu bayar sewa rumahnya. Perlu simpan untuk kecemasan.
Akhirnya air mata yang ditahan Warden Aiman jatuh jua. Sebak melihat Qays yang hanya menelan air liur melihat lauk yang sedap. Qays keluar dari kedai. Jalan beberapa meter dan menikmati nasi dan kicap di hadapan sebuah kedai kosong. Tak ubah seperti pengemis.
"Apa jadi pada kau, Qays? Kau yang dapat Straight A's dalam SPM merempat sebegini. Kau yang bijaksana hidup seperti ini? Kenapa tiada siapa yang hargai kau? Kenapa kau hidup macam ni? Kenapa kau tak minta bantuan aku?" Warden Aiman tertanya-tanya dengan tangisannya semakin lebat. Hiba. Sebak. Sayu. Pilu.
Warden Aiman ikut dan ikut hingga Qays balik ke kediamannya. Kediaman yang dikongsi dengan lebih dari 15 orang bangla. Macam mana dia hidup sebegini?
Warden Aiman meninggalkan kediaman itu. Dia berlalu ke surau berdekatan. Dia perlu menunaikan solat maghrib. Dan dalam solatnya, tidak henti dia mendoakan Qays.
🌾🌾🌾🌾🌾
"Qays," panggil Warden Aiman sayu.
Qays yang sedang memotong kuku di hadapan rumah itu lantas mengangkat kepalanya. Terkejut dengan kehadiran Warden Aiman.
MASYAALLAH! Qays yang sangat segak dan kacak berubah seperti pengemis rupanya. Hanya empat bulan Qays berubah seperti ini. Kurus akibat kurang makan. Bermisai dan berjambang. Rambutnya masai. Bajunya lusuh seperti beli di bundle dengan harga hanya RM1. Keadaannya sangat teruk.
"Qays, apa jadi pada kau?" Tanya Warden Aiman sedih.
Qays hanya melepaskan keluhan beratnya. Apa yang dia rasa di Henry Gurney sudah cukup berat dan menyeksakan. Tapi, seksaan ini tidak berakhir di Henry Gurney. Dia bersambung hingga sekarang. Tipu kalau dia tidak merasa sengsara. Kalau ikutkan hati, mati itu lebih baik dari hidup.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
