Bab 9

7.9K 502 18
                                    

'People change for two main reasons: Their minds have open or their hearts have been broken'

▄︻̷̿┻̿═━一 •

2017

Qays berjalan masuk ke dalam pejabat Datuk Aiman bin Azhari. Sofa kulit dari jenama Haute House dijadikan tempat dia melabuhkan duduknya. Dia menyilangkan kakinya selamba.

"Hey, kau setuju ke tak ni?" Tanya Qays. Berzaman dia nak tunggu jawapan dari Datuk Aiman ni. Sampai dia kena turun ke pejabat Datuk Aiman sendiri.

"Kau ni, aku kan tengah ada appointment ni. Nanti lah kita cakap," marah Datuk Aiman. Dah lah dia ada tetamu, selamba si Qays ni je terjah duduk siap silang kaki. Tak hormat tetamu.

"Aku tunggu jawapan kau dari semalam. Cuba bagitahu setuju ke tak. Ni diam je," kata Qays malas.

"Kau nak sangat kan, beli je lah. Kalau aku tak setuju pon, kau tetap akan beli," balas Datuk Aiman jengkel. Minta persetujuan orang lepas tu, dia ikut kepala dia juga.

"Okay, aku beli. Nanti tolong gantikan tempat aku kat The Suns meeting," kata Qays seraya bangun dari duduknya.

"Eh, kau nak pergi mana?" Tanya Datuk Aiman. Gawat lah kerja dengan Qays ni.

"Aku nak pergi usruskan pembelian lah. Pergi tau meeting tu. Pukul 2:30 petang," balas Qays sebelum keluar dari bilik Datuk Aiman. Serius nadanya.

Datuk Aiman melepaskan nafas perlahan. Haish, Qays. Asyik guna kuasa veto kau je.

"Who's that? Your son?" Tanya tetamunya yang berasal dari Hong Kong.

"No. He is the chairman and CEO of Q.E. Group," balas Datuk Aiman dengan senyuman 'susahkan nak percaya pemilik Q.E. Group semuda tu'.

"I don't expect that the chairman would be that young," kata tetamu itu terkejut. Terlalu muda.

💞💞💞💞💞

Feb 2016

Qays memberhentikan kereta di hadapan rumah teres dua tingkat di Telok Mas, Melaka. Hon dibunyikan sekali. Tiada siapa keluar. Sekali lagi hon keretanya dibunyikkan kuat.

Kelihatan anak kepada Warden Aiman keluar dari rumah menjengah siapa yang memberikan hon yang kuat di taman yang sunyi ini. Terus bergegas budak itu masuk ke dalam apabila ternampak kereta mewah Qays.

Warden Aiman keluar dari rumah apabila diberitahu oleh anaknya yang terdapat kereta mahal di hadapan rumah. Siapa pula lah yang nak jumpa dengan dia ni.

Qays menurunkan cermin tingkap Lamborghini Veneno miliknya.

"Masuk," arah Qays kepada Warden Aiman yang terpinga-pinga.

Banyak benda yang dia terpingakan. Pertama, bila. Qays balik Malaysia ni? Kedua, macam mana nak buka pintu kereta ni? Mana nak pegang ni?

Qays mengeluh. Dia memanjangkan tangannya dan membukakan pintu untuk Warden Aiman. Apabila pintu dibuka, Warden Aiman sedikit teruja dengan pintu jenis vertical itu.

"Masuk lah," tegur Qays.

Warden Aiman lantas masuk tapi dia tidak tahu pula macam mana nak tutup pintu itu.

"Tarik sikit ke bawah," arah Qays. Warden Aiman hanya menuruti dan pintu kereta itu tertutup. Kagum dia seketika.

"Bila kau balik ni?" Tanya Warden Aiman. Lama tak jumpa Qays lagikan dengar khabar darinya.

"Ada lah dalam enam bulan aku ulang alik Malaysia dengan Australia. Aku dah start empayar aku kat Malaysia. Semua pun dah stabil," beritahu Qays.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni? Siap hon kuat-kuat. Marah orang taman ni nanti," kata Warden Aiman.

"Kenapa kau jadi warden Henry Gurney sedangkan kau ada business and marketing degree?" Tanya Qays.

"Aku susah nak cari kerja dulu. Setahun menganggur. Pulak aku dengan isteri aku ni dah lama bercinta, orang tua dia pun dah bising minta aku masuk minang. Tu yang bila kawan aku kata Henry Gurney nak cari warden yang pandai silat aku pergi lah. Dah rezeki aku dapat kerja tu. Lagipun, aku okay dengan kerja aku ni," cerita Warden Aiman. Terkenang zaman silamnya.

"Kau terdesak kan sekarang?" Tanya Qays membuatkan Warden Aiman berkerut.

"Mana ada aku terdesak," nafi Warden Aiman.

"Anak kau nak masuk IPTA tapi kau tak cukup duit sebab duit simpanan kau dah buat tebus tanah ayah kau. Betul?" Tanya Qays. Tepat dan penuh sarkastik.

"Mana kau kau tahu semua ni?" Tanya Warden Aiman mengeluh perlahan.

"Kau nak tengok anak kau berjaya kan?" Tanya Qays langsung tidak membalas soalan Warden Aiman.

"Ayah mana tak nak tengok anak dia berjaya," balas Warden Aiman lemah.

"Anak kau tu punya result dah bagus. Sayang kalau sia-sia kan," kata Qays membakar rasa bersalah Warden Aiman terhadap anaknya.

"Dah bukan rezeki kita orang," balas Warde Aiman sedih.

"Jadi COO untuk Q.E. Group. Aku akan sediakan segala keperluan dan kehendak hidup kau. Aku akan hantar anak kau keluar negara untuk belajar jika mahu. Setuju?" Qays menyilangkan tangannya ke dada. Warden Aiman tercengang.

"Kenapa aku?" Tanya Warden Aiman.

"Sebab aku percayakan kau," balas Qays dengan bibirnya tersungging senyuman kecil.

Warden Aiman terkedu. Wajah Qays yang segak dan tampan itu diperhatikan mencari keikhlasan dan kejujuran kata-katanya.

"Tak payah nak pandang aku macam tu. Kau jangan risau, company aku tak ada buat kerja haram ke rasuah ke. Yang jahat biar aku, company aku kena baik," kata Qays apabila Warden Aiman memerhatikan wajahnya.

"Kau jahat?" Tanya Warden Aiman.

"Asal? Aku nampak baik ke?" Tanya Qays dengan kening kirinya dinaikkan.

Sekali lagi Warden Aiman memerhatikan Qays. Masya Allah. Qays betul-betul banyak berubah. Rambutnya bewarna coklat gelap. Pada lehernya ada tergantung rantai besi halus. Dan ada tatu pada collarbone.

Warden Aiman mengeluh. Kenapa kau berubah sangat Qays? Mana diri kau yang letakkan kepercayaan dan iman kepada Allah S.W.T?

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now