Bab 11

8.3K 507 5
                                    

'Congratulations. Now, I hate you'

▄︻̷̿┻̿═━一 •

DSP Liu Ye termenung di meja kerjanya. Ada sesuatu yang mengganggu pemikirannya untuk terus bekerja.

"Mana nak dapat budak IT dengan law ni?" DSP Liu Ye tertanya-tanya sendiri.

Ketukan pintu biliknya mematikan lamunan.

"Masuk," arah DSP Liu Ye.

Azril yang mengetuk pintu lantas masuk ke dalam.

"Bro, dah lunch hour ni. Buat apa terperuk lagi?" Tanya Azril seraya masuk ke dalam bilik kerja DSP Liu Ye.

"Kau dari mana ni?" Tanya DSP Liu Ye kepada Azril atau ASP Azril.

"Dari D9. Dia orang suruh pihak kita tengokkan kawasan kebakaran tu semula," beritahu Azril seraya melabuhkan duduknya di kerusi yang terletak di hadapan meja DSP Liu Ye.

"Kalau macam tu hantar group Inspektor Luth," arah DSP Liu Ye.

"Kau kenapa ni? Keruh je muka," kata Azril pelik.

"Kau tahukan yang aku bekerja dengan siapa." Belum sempat DSP Liu Ye meneruskan ayatnya, Azril sudah mencelah.

"Kenapa dengan gangster tu? Dia ugut kau ke?" Tanya Azril risau. Memang dia langsung tak setuju dengan DSP Liu Ye yang sanggup bekerja dengan gangster dan abaikan protokol PDRM. Tapi, kalau anak dia pun perlukan sejumlah duit yang besar untuk membuat rawatan, nak buat macam mana.

"Kan aku dah kata, dia bukan gangster," marah DSP Liu Ye.

"Mampus lah, gangster ke tak. Kenapa dengan dia?" Tanya Azril.

"Anak aku nak sangat pergi Disneyland. Kau pun tahu, tiket nak pergi Hong Kong tu bukannya murah. Hari-hari si kecil tu cakap nak tengok princess kat sana. Aku ni jadi tak sampai hati. Pula, Tuan Qays ada tawarkan sesiapa yang dapat orang berkelulusan IT dan law, dia bagi bercuti secara percuma and some other reward lagi," cerita DSP Liu Ye.

"Kau ni, percaya sangat dengan gangster tu," kata Azril menyampah.

"Dah setahun aku kerja dengan dia dan dia tak pernah mungkir janji. Dia janji nak dapatkan anak aku jantung dan dalam masa dua minggu dia dah dapatkan. Dan dalam setahun ni juga aku cari kesalahan besar dia yang boleh membahayakan orang awam tapi tak ada. Aku cuba cari kesalahan dia dalam perniagaan dia, tapi tiada sebarang bukti aku jumpa. Bersih dari rasuah, black market, dan drugs," beritahu DSP Liu Ye. Azril mencebik menyampah.

"Kau cover dia?" Tanya Azril sinis.

"Ada kes tu tak ada kena mengena dengan negara kita pun. Kita tak payah lah nak menyibuk," balas DSP Liu Ye jujur. Bukannya Qays langsung tak ada kena mengena dengan black market, cuma itu berlaku di Dubai dan barang yang mereka trade tak dibawa balik Malaysia pun.

"Kau jangan julang sangat dia lah. Dia tu ada kes dulu, bahaya," kata Azril masih negatif terhadap Qays.

"Macam mana aku tak julang dia kalau nyawa anak aku tu, dia yang selamatkan. Orang mungkin pandang dia jahat, tapi bagi aku dia dah cukup baik," balas DSP Liu Ye. Azril mengangguk malas.

"Tadi kau kata si billionaire tu nak cari apa?" Tanya Azril.

"Orang berkelulusan IT dan law. Tak kisah lelaki atau perempuan," balas DSP Liu Ye.

"Untuk kerja dekat law firm dia ke?" Tanya Azril lebih lanjut.

"Tak. Untuk personal lawyer bagi Q.E. Group." DSP Liu Ye membalas dengan menipu sedikit. Dia tak boleh cerita segalanya. Ini rahsia. Walau satu maklumat yang terkeluar, jantung anaknya akan dikeluarkan. Itu sebabnya dia terikat dengan billionaire muda itu.

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now