Bab 36

9.1K 661 28
                                    

'Sometimes happiness is a feeling. Sometimes it's a decision'

̷̿̿═

"Abah, Az dah dapat locate kat mana Arsha," beritahu Azril. Terpaksa guna kuasa dia sebagai polis untuk mengesan kedudukan Qays memandangkan telefon bimbit Arsha telah Arshad musnahkan.

"Ha, mana dia?!" Tanya Haji Abdul Rashid menengking.

"Songkla, Thailand," balas Azril dengan meremang bulu romanya. Sumpah seram.

"Songkla?! Dia buat apa kat sana?" Haji Abdul Rashid naik berang.

"Kemungkinan besar mereka akan nikah kat sana sebab kebanyakan orang Malaysia kahwin lari di Songkla," beritahu Azril penuh teliti.

"Nikah?! Tak boleh. Kau pergi buat report ke apa ke, yang penting dia balik sini kahwin dengan Daim," arah Haji Abdul Rashid tegas. Mukanya jelas riak kemarahan.

"Tak boleh, bah. Dia dah dewasa dan jelas rakaman CCTV menunjukkan yang dia tak diculik tetapi dia yang lari sendiri," balas Azril.

"Ada aku kisah? Sekarang ni kau telefon pihak imigresen suruh cari anak aku," arah Haji Abdul Rashid lagi.

"Semua benda ni kena ada prosedur. Az tak boleh buat sesuka hati," beritahu Azril.

PANG!

"Kau yang buatkan Arsha kenal dengan jantan perogol tu. Semua ni jadi di sebabkan kau. Jangan kau ingat aku akan biarkan kau macam ni je. Kalau kau rasa nak hidup macam biasa, pastikan dia balik dan kahwin dengan Daim. Faham?!" Marah Haji Abdul Rashid penuh amaran keras selepas pipi kiri Azril dilempang kuat.

Haji Abdul Rashid lantas keluar dari bilik bacaannya dan naik ke bilik tidurnya. Hajah Sakinah hanya melihat suaminya naik ke tingkat atas dengan perasaan tertanya-tanya.

"Macam mana ni, Hajah? Malam ni nak akad nikah, pengantin perempuannya tak ada," kata Zaiton penuh risau.

"Sabar, Ton. Saya pun tak tahu keadaan semasa lagi," balas Hajah Sakinah penuh lembut.

Tepat pada masa itu, Azril keluar dari bilik bacaan Haji Abdul Rashid. Lantas Hajah Sakinah memanggil Azril.

"Macam mana dengan Arsha? Dia dekat mana?" Tanya Hajah Sakinah.

Azril melepaskan keluhan kecil. Wajah Daim, Zaiton dan beberapa orang adik beradik kepada Hajah Sakinah dipandang sekilas. Serba salah nak beritahu hal sebenar.

"Arsha dengan bos dia kat Songkla," jujur Azril.

"Songkla? Dia buat apa kat sana?" Tanya Hajah Sakinah terkejut. Bukan Hajah Sakinah sahaja, malah semua orang yang berada di situ menunjukkan reaksi yang sama.

"Ummi fahamkan, kenapa dia ke Songkla?" Azril hanya berkias. Tidak mahu terus membuat statement yang Arsha dan Qays kahwin di siam.

"Ya Rabbi," bisik Hajah Sakinah lalu menekup mukanya.

"Dasar perempuan murahan. Kalau dia balik sekarang pun, Daim tak nak kahwin dengan perempuan macam tu," kata Daim dengan nada yang sangat jijik.

"Encik Daim tak boleh cakap macam tu. Saya hanya dapat locate bos kepada Arsha. Kita tak pasti bahawa Arsha bersama atau tidak dengan bos dia," tegur Azril tegas.

Azril sendiri tak mahu Arsha berkahwin dengan Qays. Mahu rampas apa sahaja milik Qays bukan mudah. Tetapi kalaupun Arsha berkahwin dengan Daim, dia masih berpeluang untuk mendapatkan Arsha sebab Daim ni bodoh. Senang terpedaya.

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now