Bab 16 2.0🌟

8.3K 535 7
                                        

Qays termenung menghadap balkoni biliknya. Fikirannya ligat berfikir.

"Yang baik menjadi jahat atau yang jahat menjadi baik? Soalan kemahiran berfikir aras tinggi betul," kata Qays sendiri.

Bukannya dia tak sedar yang dia sudah jauh dari landasan, cuma apa yang terjadi buatkan dia beralih landasan. Semua benda tak kena. Macam-macam cabaran.

Dari Henry Gurney dia berdoa tuhan permudahkan segalanya, tapi apa yang dia dapat? Hanya bebanan yang tak tertanggung. Dia tahu, dia tak patut putus asa. Tapi, ini pilihan dia.

Nak jadi baik itu senang, tapi nak teruskan menjadi baik itu susah.

Qays memandang bangunan megah tinggi yang terletak nama Q.E. Group di atasnya. Bangunan itu tidak jauh dari Accueillant Hotel ini. Tiada sebarang kebanggaan pada syarikat itu. Hidupnya kosong. Tiada erti keluarga atau kasih sayang.

Keluhan berat dilepaskan. Ada kalanya, dia tak kuat tapi hanya mampu berlagak kuat. Diluar nampak hebat orangnya, tapi di sudut dalam hatinya, dia menangis kesunyian.

"Pendamkan segalanya, tiada yang mendengar," kata Qays lalu menutup langsir menggelapkan biliknya. Gelita seperti hidupnya.

🌟🌟🌟🌟🌟

"Cik Arsha!" Laung Mellisa sambil berlari anak menuju ke arahnya.

"Kenapa ni?" Tanya Arsha.

"Saya tahu ini ridiculous, tapi tolong jaga Tuan baik-baik," pinta Mellisa.

Arsha terdiam. Malu. Memerah mukanya.

"Apa ni?" Marah Arsha dengan malunya.

Mellisa senyum.

"Awak mampu ubah dia. Saya percaya. Mungkin ke arah keagamaan atau ke arah personaliti," kata Mellisa sebelum berlalu pergi.

Arsha membatu. Nak jaga Tuan Qays? Huh! Baik dia jaga diri dari lelaki itu. Bahaya!

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang