"No matter how long you have travelled on the wrong direction, you can always turn around"
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"Akak ni banyak sangat tengok drama korea la," kata Arsha bagi menutup rasa gugupnya.
"Tak de la, phone kau auto bluetooth ke kereta kot," kata Qatrina masih belum mengalah.
"Saya pernah drive untuk Tuan sebelum ni," balas Arsha. Okay yang ni tak kira menipukan sebab dia memang ada drive untuk Qays sebelum ni.
"Selipar dengan liptint ni siapa punya?" Tanya Qatrina. Ahh, dia masih positif yang Arsha dan Qays ada sesuatu.
"Entah lah. Girlfriend dia punya kot," jawab Arsha malas. Dia mula keluar dari kereta. Makin lama, makin tersepit dia.
"Sha, akak bukan nak fikir entah apa-apa. Akak pon bukannya orang yang baik-baik tapi, Tuan Qays tu bahaya. Sha kena sehabis baik elak dari ada apa-apa hubungan dengan dia selain kerja," nasihat Qatrina dengan riak wajah risaunya. Dia turut keluar dari kereta mewah itu dan berjalan beriringan dengan Arsha menuju ke pintu utama pasaraya itu.
"Maksud akak?" Tanya Arsha pelik. Dia sebagai isteri Qays tak ada merasakan yang Qays tu jahat, kejam dan zalim. Qays hanya manusia biasa yang perlukan bimbingan.
"Sha lawyer dia, tak akan Sha tak tahu kes dia kena tangkap kat Austria tahun lepas pasal money laundering," kata Qatrina sinis.
"Dia tak bersalah atas tuduhan tu. Kes dah selesai pon," balas Arsha masih menegakkan Qays
"Tapi kenapa dia ada kat situ? Kalau dia tak ada kena mengena dengan money laundering tu, kenapa dia kena ada di tempat kejadian? Lagipun duit boleh beli semuanya, Sha." Kali ini Qatrina membuatkan Arsha terdiam.
Betul juga. Kalau Qays tak ada kena mengena kenapa dia berada di tempat kejadian?
"Sha!" Panggil Qatrina kuat apabila Arsha mengabaikan panggilannya berkali-kali.
"Ye, kak," sahut Arsha terkejut.
"Sha termenung apa?" Tanya Qatrina dengan kerutan di dahi.
"Tak ada apa la. Jom, nanti lewat kita balik," balas Arsha dengan sengihan kekoknya.
💕💕💕💕💕
Setibanya di rumah, Qays masih belum pulang. Tiada mesej atau panggilan mengapa dia masih belum pulang. Arsha terus mengambil peluang itu untuk mengkaji kes money laundering di Austria itu.
Setiap artikel berkaitan kes itu dibaca. Ada empat pihak yang terlibat. Datuk Benjamin Chua, Tengku Ahmad, Jonas Oliver dan Qays Ardani. Datuk Benjamin Chua dan Tengku Ahmad bekerja sama untuk menghapuskan tunai sebanyak RM 25 juta dengan membeli aset di Austria. Jonas Oliver adalah seorang hartanah terhebat di Austria yang membantu mereka mendapatkan aset dengan menggunakan nama pinjaman. Tapi apa peranan Qays?
Tiada satu pon artikel yang menerangkan peranan Qays. Ralit membaca artikel dan berfikir, Arsha tak sedar yang jam sudah menghampiri angka sembilan.
Arsha lantas membuang browsing history dan menutup laptop. Qays akan pulang bila-bila masa sahaja. Dia tak nak nampak seperti tidak mempercayakan suaminya sendiri. Tidak lama Arsha menutup laptop, kedengaran derapan kaki di depan pintu biliknya. Qays sudah pulang.
"Hey, sweetie. Dah dinner?" Tanya Qays sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Arsha yang berada di atas sofa dihampiri.
"Belum. Tunggu awak balik. Pergi mana?" Tanya Arsha.
YOU ARE READING
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...