Bab 23

8.3K 520 7
                                        

'There are no secrets that time does not reveal'

̷̿̿═

Qays memberhentikan keretanya di hadapan rumah teres dua tingkat. Qays menjengah ingin melihat nombor rumah.

"Betul lah agaknya. Kau check," kata Qays.

Arsha lantas keluar dari kereta. Punat loceng di tiang rumah itu ditekan. Sekali. Dua kali. Seorang wanita menjengahkan kepalanya ke luar pintu.

"Balik! Aku tak nak ada kaitan," kata wanita itu menghalau.

"Assalamualaikum, Puan. Saya dari Q.E. Group nak buat soal jawab. Tak lama, Puan," kata Arsha walaupun telah dihalau.

"Aku dah kata tak nak kan? Balik!" Jerit wanita itu sebelum pintu rumahnya ditutup kuat.

Arsha berpaling ke arah Qays yang masih berada di dalam kereta. Qays menurunkan tingkap. Cermin mata hitamnya ditanggalkan.

"Dia tak nak?" Tanya Qays.

Arsha menggeleng perlahan.

"Kalau dia dah tak nak, kita balik KL je lah. Dah, masuk," arah Qays.

Arsha lantas melangkah untuk masuk ke dalam kereta.

Sepi. Itu sahaja yang boleh menggambarkan keadaan mereka sepanjang berada di lebuhraya AMJ.

"Erm, Tuan," panggil Arsha.

"Hmm," balas Qays seperti biasa.

"Kenapa Tuan kena serang semalam?" Tanya Arsha. Takut-takut juga dia nak bertanya.

"Darwin masih tak puas hati," balas Qays. Haih, Arsha. Dia nak serang kau, bukan aku.

"Pasal Arabian Land je, tu pun berdendam sampai macam tu," kata Arsha geram. Apa entah yang menarik sangat bermain dengan nyawa ni.

"Arabian Land tu antara projek terbesar Malaysia untuk tahun 2018 hingga 2019. Ramai pun berebut nak dapatkan tender. Sekecil-kecil tender macam supply semen pon orang akan rebutkan. Banyak keuntungan dapat kerjasama dengan projek besar," terang Qays.

Arsha mengangguk faham. Dia bukan arif pon pasal perniagaan ataupun pembangunan ni. Dia juga tak nak ambil tahu sangat.

Mereka sepi lagi.

"Arsha," panggil Qays.

"Ya, Tuan," balas Arsha laju.

"Kau kena lebih kental mulai sekarang. Serangan macam semalam tak akan berhenti macam tu je," beritahu Qays.

Arsha tersenyum nipis.

"Insha Allah, Tuan. Saya cuba biasakan diri," balas Arsha. Dah dua kali dia terlibat dengan kes tembak menembak ni, rasanya dia perlu bersiap sedia sentiasa.

💕💕💕💕💕

Qays memberhentikan keretanya dia hadapan sebuah lot kedai yang mewah. Sangat meriah kawasan itu. Grand Opening betul ni.

"Keluarlah sekali. Aku pun tak boleh lama. Banyak kerja kat office," kata Qays sebelum keluar dari Audi hitamnya diikuti Arsha.

Qays melangkah masuk ke dalam Dhianz Spa and Salon. Arsha hanya mengekori dari belakang.

"Hey, Qays. Thanks for the flower stand," sapa Dhiana mesra. Cantik orangnya. Berpakaian dress kuning paras lutut dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Most welcome, Dhian," balas Qays dengan senyuman kecil.

"You nak makan?" Tanya Dhiana.

"It's okay. I tak boleh lama. Kena balik office cepat," balas Qays.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang