🎶Wear the grudge like a crown of negativity
Calculate what we will or will not tolerate
Desperate to control all and everything
Unable to forgive🎶
The Grudge - Tool (2001)
▄︻̷̿┻̿═━一 •
2007
"Aku janji, kau keluar je dari sini aku sambut kau," janji Qays kepada Zane.
"Kau janji eh? Kau tak datang, aku cari kau sampai ke lubang cacing!" Zane membalas.
Qays senyum sebelum masuk ke dalam teksi yang telah dilanggan oleh Warden Aiman. Teksi itu laju meninggalkan hadapan Sekolah Juvana Henry Gurney. Dia tak akan pusing ke belakang lagi.
Sampai sahaja teksi di hadapan rumahnya, dia lantas turun.
"Assalamualaikum," laungnya kuat.
Beberapa ketika, seorang perempuan sedang hamil keluar dari rumahnya.
"Ya, dik. Cari siapa?" Tanya wanita itu.
"Kau duduk rumah ni ke?" Tanya Qays. Tak akan abangnya sudah berkahwin.
"Ya. Cari siapa?" Tanya wanita itu lagi.
"Cari keluarga yang duduk rumah ni dulu," balas Qays.
"Oh, itu akak tak tahu dia duduk mana. Maaf, dik," kata wanita itu sopan.
Qays hanya memberikan senyuman hambarnya. Baru dia mahu memulakan perjalanan, suara yang kuat melaung kepada dia memberhentikan langkahnya.
"Eh, asal kau dah keluar? Kau tu patut mati je! Dasar syaitan! Pembunuh!" Kata seorang lelaki berumur lewat 40-an kuat. Lantang.
"Kenapa ni, Encik Daim?" Tanya wanita itu pelik.
"Ni anak Puan Aliya. Yang rogol dan bunuh adik kandung sendiri tu!" Kecoh mulut Encik Daim berkata.
Qays masih membatu. Tangannya digenggam geram.
"Baik kau hati-hati. Kau tu mengandung. Nanti dia bunuh kau pula. Bukan betul sangat budak-budak yang keluar dari Henry Gurney ni," tambah Encik Daim lagi.
"Maaf. Saya pergi dulu." Qays meminta diri.
"Sekejap. Akak bagi alamat mak awak eh. Sekejap je," balas wanita itu berbisik.
Dengan laju dia berjalan masuk ke dalam mengambil kertas dan menulis alamat rumah baru Puan Aliya. Dia berjalan keluar dan menyerahkan kertas itu.
"Nah, ni alamatnya. Hati-hati jalan," kata wanita itu.
Qays hanya melemparkan senyuman sebelum berlalu.
🌾🌾🌾🌾🌾
Dia tidak arif sangat dengan jalan. Tetapi dia usaha. Duit dia tidak banyak. Dia akan gunakan pada waktu kecemasan sahaja.
Dengan menggunakan kudratnya, dia jalan. Jalan pergi ke rumah keluarganya. Jalan dan jalan. Jalan dan jalan. Dan jalan lagi.
3 hari 2 malam dia berjalan. Tidur di perhentian bas. Makan sisa buangan. Menumpang mandi di petronas. Minum air paip. Itu yang dia alami dalam perjalanan ingin ke rumah keluarganya. Dan akhirnya dia sampai di hadapan banglo sederhana mewah itu. Jelas tertera nama Qasim di tiang besar rumah itu. Dia tersenyum puas.
Loceng pada tiang ditekan penuh gembira. Berharap keluarganya menyambut dengan pelukan hangat. Itu yang dia harapkan. Rindu keluarganya.
Pintu dibuka. Riak wajah Aliya jelas terkejut dengan kedatangan anak lelaki keduanya. Tak menyangka bahawa Qays mampu sampai ke sini. Wajah anaknya yang tersenyum dipandang jijik. Rasa marah, dendam pada anaknya masih belum terhapus walau hampir lima tahun dia tidak melihat wajah itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
Lãng mạnSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
