緣分: yuánfèn
(n.) a relationship by fate or destiny; the binding force between two people
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"Aku nak buat apa dengan tanah ni?" Tanya Qays seraya mencampakkan dokumen wasiat itu ke atas meja.
"Qays, kalau kau jual tanah ni, paling kurang dalam tangan ada tujuh juta," kata Warden Aiman. Qays mengeluh lemah.
"Aku ni teruskan hidup sebab nak balas dendam. Bukannya nak jadi jutawan," balas Qays dengan nada suara malasnya.
"Kalau kau tak ada kuasa, kau rasa kau dapat balas dendam ke?" Tanya Warden Aiman. Riak wajah Qays berubah serius.
"Maksud kau?" Tanya Qays. Dia tak berapa faham.
"Kalau kau terus dalam keadaan sesak macam ni, nak makan pon tak ada duit, macam mana kau nak cari siapa yang buat kau macam ni. Kau tak ada kuasa, kau tak ada apa-apa. Kalau kau jual tanah ni, kau pergi luar negara, belajar. Sambil belajar tu kau pandai-pandai lah uruskan duit-duit ni. Beli saham ke, beli hartanah ke. Tambahkan lagi duit kau. Lepas tu, kau balik Malaysia kau dah kaya-raya. Kau ada kuasa nak upah penyiasat dan kau tubuhkan team untuk cari siapa pembunuh tu," terang Warden Aiman panjang. Bukannya dia nak mengapikan dendam Qays tapi, dia tak sanggup lihat keadaan Qays.
"Kenapa Tok Wan bagi aku tanah ni eh?" Tanya Qays selepas beberapa minit diam berfikir.
"Kau rapat dengan dia ke?" Tanya Warden Aiman.
"Tak rapat sangat. Dia datuk saudara aku. Dia jaga adik beradik ayah aku sejak atuk aku meninggal. Dia ada anak sendiri, ada anak saudara yang dia jaga, ada cucu-cucu sendiri, kenapa dia bagi aku?" Qays masih tertanya-tanya.
"Aku rasa, kes ni punca dia dari tanah ni. Tepat umur kau 18, surat ni sampai di Henry Gurney. Dan Ahmad Kadir tu pula meninggal setahun selepas kau masuk Henry Gurney. Apa yang aku nampak sekarang, Ahmad Kadir memang dah lama rancang nak bagi kau tanah ni." Warden Aiman cuba menerangkan pendapatnya.
"Lepas tu, ada orang dalam keluarga yang tak puas hati? Lepas tu cuba jatuhkan aku sampai masuk Henry Gurney? Tapi, dia ingatkan dengan buat macam ni, Ahmad Kadir akan batalkan niat dia?" Qays menyambung kisah yang Warden Aiman terangkan.
"Tepat." Warden Aiman membalas laju.
"Rugilah kalau aku tak nak ambil tanah ni. Apa guna aku merana dekat Henry Gurney tu bertahun-tahun, kena buang keluarga." Qays tersenyum sinis.
"Kalau macam tu, esok kita pergi jabatan tanah dan galian. Claim tanah tu," cadang Warden Aiman teruja. Qays memandang Warden Aiman dengan dahi yang berkerut.
"Kau kenapa beria sangat nak aku ambil tanah tu? Kau nak kaut sikit duit?" Tanya Qays sinis.
Warden Aiman tersentak. Bertahun dia kenal dengan Qays dan remaja ini tak pernah percayakan dia. Sumpah, sedikit pon dia tak nak dengan duit tu kalau Qays jual. Cuma, dia tak sanggup nak tengok Qays menderita. Dia dah jatuh sayang pada Qays yang dia berikan perhatian sepanjang 5 tahun remaja itu di Henry Gurney.
"Aku tak pernah terfikir pon, Qays. Aku beria nak kau dapatkan tanah ni sebab aku nak tengok kau hidup dalam senang. Aku nak kau ada hidup normal lepas keluar dari Henry Gurney. Aku tak sanggup nak tengok kau menderita," balas Warden Aiman dengan tegas. Dia tidak mahu Qays menyalah anggap niatnya.
"Aku tanya je. Tak payah lah koyak sangat," kata Qays selamba lalu menyandarkan badannya ke kerusi.
"Kalau macam tu, esok pukul 11 pagi kita pergi. Aku ambil kau depan rumah kau." Warden Aiman memberikan arahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomansaSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
