🎶Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh🎶Bawaku Pergi - Kaka & Zizan (2012)
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"Nanti Arsha boleh lah susukan Farhan. Arsha akan jadi ibu yang baik pada anak-anak Daim dan isteri yang terbaik untuk Daim," kata Hajah Sakinah kepada Daim dan keluarganya.
"Ummi tak boleh samakan Arsha dengan Syaqilla. Daim cintakan Syaqilla sangat-sangat. Tak ada yang boleh gantikan Syaqilla dalam hati Daim. Daim terus terang yang Daim tak boleh cintakan Arsha macam mana Daim cintakan Syaqilla," balas Daim jujur.
"Biasalah, Hajah. Syaqilla pun baru je meninggal. Nanti dah duduk sebumbung, cinta berputiklah," kata Zaiton, ibu kepada Daim.
"Tak apa, Ton. Saya faham," balas Hajah Sakinah baik.
Arsha yang sedang mencuci pinggan hanya menadah telinga mendengar kata-kata jujur Daim. Sekurangnya, Qays sayangkan dia. Dia adalah keutamaan Qays.
"Masya Allah, kenapa kena kaitkan dengan dia ni," bisik Arsha memarahi diri sendiri.
"Dengar tak bakal suami kau kata apa? Dia tak boleh cintakan kau. Padan muka dapat suami yang tak boleh nak cintakan isteri dia. Biar menderita hidup kau. Tu lah, sibuk nak goda laki aku," kata Arina yang sedang mengelap pinggan.
Arsha buat tidak tahu. Eleh, nak cakap orang. Suami dia pun tak cintakan dia. Sibuk terhegehkan orang lain. Lagi satu, sapa agaknya nak suami dia. Perasan je lebih.
"Tak apalah, Kak Ana. Arsha redha," balas Arsha perlahan tanpa perasaan.
"Kau cintakan bos kau tu kan?" Tanya Arina membuatkan gosokan Arsha pada pinggang terhenti.
Arsha tidak menjawab. Dia hanya buat-buat tidak dengar dan terus melakukan kerja membasuh pinggan.
"Diam tu maknanya betul lah, kan? Patutnya, kau kahwin je dengan bos kau tu. Biar kena halau dengan Abah. Jadi, tak ada lagi lah muka kau kat rumah ni. Semua orang hidup aman. Suami aku pon tak kena kacau," kata Arina dengan kata-kata sungguh menyakitkan. Ini ke ciri-ciri orang beriman?
💕💕💕💕💕
Arsha merenggangkan badannya. Semalaman dia menyiapkan pelamin mini di ruang tamu itu. Haih, dah lah kena buat seorang diri. Pagi-pagi lagi keluarga Daim dah sampai. Kena masakkan sarapan pula. Dah makan, kena lah cuci.
"Baru pukul 10:30 pagi. Rehat kejap lah," kata Arsha sendiri sebelum menghempaskan badannya ke atas katil.
Siling dipandang sepi. Bosan lihat siling yang kosong itu, Arsha mengiring ke kanan. Baju nikahnya yang tergantung di dinding dipandang lama sebelum nafas berat dilepaskan. What a simple dress. Dress yang dia beli untuk Arabian Land Event pun jauh lagi cantik dari baju ni.
"Semua tu fantasi. Realitinya adalah baju kurung putih kosong ni," kata Arsha dengan nada sedihnya.
Arsha melarikan pandangannya dari terus melihat baju itu. Dia pun nak majlis kahwin ala-ala selebriti. Ah, mustahil. Arsha terpandangkan buku nota merah jambunya di atas meja. Lantas dia bangun dan ambil buku itu.
Segala nota dan perkara yang pelik berlaku dalam kes pembunuhan Qaisara telah dicatat di dalam buku ini. Buka buku ini menambahkan lagi ingatan dia pada Qays. Rindu ke? Rindu lah kot.
"Lepas Qays dibebaskan, Qays telah menerima tanah dari Abdul Kadir bin Sulaiman. Kemungkinan pembunuh itu berdendam berkaitan pemberian tanah itu sebab Abdul Kadir telah merancang mahu berikan tanah pada Qays sejak awal lagi. Jadi, pembunuh membunuh Qaisara untuk membalas dendam." Arsha membaca tulisan di dalam buku nota itu.
YOU ARE READING
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...