Bab 25

8.5K 558 45
                                        

'If you have only one smile in you, give it to the people you love'

-Maya Angelou-

̷̿̿═

2015

Arsha mengeluh untuk kesekian kalinya di hadapan rak buku. Kenapalah mahal sangat buku-buku ni. Lagi-lagi buku undang-undang ni.

"Nak minta Abah, memang tak lah. Kena maki nanti," bebel Arsha sendiri.

Sebuah buku yang sedikit tebal diletakkan semula pada rak. Buku itu dipandang sedih. Semoga kita bertemu lagi, wahai buku. Akan kau jadi milikku dua bulan lagi.

"Dik," tegur seorang wanita.

Arsha lantas berpaling.

"Ya?" Tanya Arsha lembut.

"Akak ada voucher buku ni. Adik nak tak?" Tanya perempuan itu sambil menunjukkan baucar buku itu.

"Eh, tak apa ke? Akak tak nak guna?" Tanya Arsha. Dalam hatinya sudah tersenyum riang.

"Akak nak balik Australia petang ni. Tak guna pun nanti. Membazir," beritahu wanita itu.

"Terima kasih, kak," ucap Arsha gembira. Lebar senyumannya.

"Sama-sama," balas wanita itu seraya menghulurkan baucar buku.

Arsha menyambut dengan gembira. Baucar ini lebih dari cukup. Terima kasih, Allah. Kau permudahkan segalanya.

Wanita itu berlalu keluar dari kedai buku. Lelaki yang berpakaian serba hitam berdiri di hadapan kedai buku menunduk perlahan kepada wanita itu. Wanita itu hanya membalas dengan senyuman kecil sebelum berlalu pergi.

"Tuan tak nak jumpa?" Tanya Zane.

Qays menggeleng perlahan.

"Biarkan dia, Zane," kata Qays sebelum mengorak langkah meninggalkan kawasan kedai buku itu.

Zane menggelengkan kepalanya. Tak faham dengan Qays ni. Entah apa yang perlu rahsiakan pun dia tak tahu.

"Kau lupa ke, Zane? Aku rogol dan bunuh adik aku. Siapa aku nak muncul depan perempuan baik macam dia," kata Qays selepas menghentikan langkahnya.

Zane melepaskan nafas berat.

💕💕💕💕💕

"Hish, jalan elok-elok boleh tak? Kalau jatuh, aku tinggalkan kau kat sini. Biar tempang," bebel Qays dengan tangannya melepaskan cengkaman pada lengan Arsha.

Arsha mencebik. Bukannya dia sengaja tersadung pun. Nak selamatkan pun, tarik lah elok-elok, ni main sambar je. Sakit!

"Gosh! Complicated gila tempat ni!" Keluh Qays kuat. Badannya semakin berpeluh. Panas, ramai orang, semualah.

"Sabar sikit lah, Tuan," kata Arsha perlahan sambil tangannya sibuk mengipas Qays dengan kipas tangan.

"Aku tak tahu pula keadaan Pasar Payang ni macam ni," keluh Qays.

Arsha tergelak perlahan.

"Asal kau gelak?" Tanya Qays tak puas hati. Ada benda lawak ke?

"Lawak lah. Kita pusing macam mana pun, macam semua sama je," beritahu Arsha. Dia pun sudah naik pening. Dah lah sekarang cuti umum. Memang jadi tumpuan lah tempat ni.

Qays hanya diam dam terus berjalan. Keadaan semakin panas dan sesak. Qays berhenti di hadapan sebuah kedai.

"Nak tanya sikit boleh?" Tanya Qays kepada seorang penjaga sebuah kedai.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang