'A secret's not like coin. It doesn't keep its value in the spending.'
- Leigh Bardugo -
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Zane dan Datuk Aiman memasuki pejabat Qays dengan tergesa-gesa. Qays yang sedang bercakap dalam talian terus mengerutkan dahi melihat kedua wajah Zane dan Datuk Aiman.
"I'm sorry, Tengku. Can we talk later. Someone is seeking for me," pinta Qays.
"It's okay. Talk to you later," balas Tengku Chairil sebelum menamatkan talian.
"Kenapa ni?" Tanya Qays sebaik sahaja Tengku Chairil menamatkan talian.
Zane dan Datuk Aiman lantas mengambil tempat di hadapan Qays.
"Aku dapat report pasal Crown project." Zane memulakan perbualan.
"Report apa?" Tanya Qays. Dia memang tak tahu dengan detail pasal projek ini. Projek ini bukan projek besar yang memerlukan perhatiannya.
"Kos kasar untuk projek tu ialah RM 2.8 juta. Tapi sekarang ni projek tu tengah berjalan dengan kos kasar RM 1.4 juta. Separuh tu hilang," bagitahu Zane dengan rasa tidak puas hati.
Qays mengeluh. Dia pantang betul dengan corrupt ni lagi-lagi dalam office dia sendiri.
"Dah berapa percent project tu?" Tanya Qays lalu mula membuka fail-fail berkaitan projek itu di komputernya.
"Approximately 40%," balas Datuk Aiman. Kepalanya terjengah-jengah juga ingin melihat monitor Qays.
"Apa yang di downgrade?" Tanya Qays sambil tangannya laju menekan tetikus.
"Construction time, tiles and type of wooden. Tu je yang diberitahu. Tak tahu la kalau ada banyak lagi," beritahu Zane.
Qays mengira masa mula pembinaan. Kalau mengikut panduan yang telah ditetapkan, sepatutnya projek ini dah 75% siap. Sekurang-kurangnya.
"Siapa report?" Tanya Qays.
"Louise Yang. Ketua construction team tu," balas Datuk Aiman.
Qays menjeling jam di monitor. Lagi 10 minit dia ada quick meeting dengan team Arabic Land Project.
"Kau orang pergi tapak dulu. Tengok apa yang patut. Angkat gambar sebagai bukti. Jangan bagitahu sesiapa. Lepas quick meeting aku datang," arah Qays.
"Okay, Qays," sahut Datuk Aiman.
"Lagi satu, tanya Louise Yang macam mana dia tahu. Interrogate dia," arah Qays lagi. Untuk beberapa hari ni, sakit kepala la dia nak fikir banyak hal ni.
💕💕💕💕💕
Arsha sedang sedap menikmati makan tengahari dengan Marika, Zaleha dan Qatrina. Makan di kafeteria bangunan ni je. Lagipun makanan di kafeteria ni memang sedap.
"Kangkung goreng belacan ni kau makan hari-hari tau, Zal," tegur Qatrina apabila lauk itu sampai di meja mereka.
"Sedap le. Biar la tekak aku," bidas Zaleha.
"Budak ni pulak asyik ulang sayur bendi dengan terung je," kata Qatrina sebelum menjeling pinggang Arsha.
Arsha hanya sengih kerang. Tak perlu dinafikan, memang kenyataan.
Qays yang berjalan di kafeteria mendapat sambutan. Mana la nak nampak Qays jalan kat kawasan macam ni.
"Arsha, I called you," kata Qays sebaik sahaja dia berhenti di hadapan meja yang diduduki Arsha dan beberapa lagi pekerjanya.
YOU ARE READING
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...