'Just because we don't talk, doesn't mean I don't think about you. I'm just trying to distance myself because I know I can't have you'
-Wiz Khalifa-
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Arsha membuka matanya. Qays yang berada di atasnya ditepuk perlahan.
"Tuan," panggil Arsha namun tiada sebarang reaksi.
Arsha memalingkan kepalanya ke kiri untuk melihat wajah Qays. Kelihatan wajah Qays dibasahi dengan darah. Matanya tertutup menandakan dia tidak sedarkan diri.
"Tuan!" Jerit Arsha dengan tangannya memukul bahu Qays.
Seperti tadi, tiada sebarang reaksi. Arsha memanjangkan tangannya untuk membuka lock pintu. Nasib baik kereta ini tidak jatuh terbalik. Kalau tidak, satu hal lagi. Pintu terbuka dengan mudah dan Qays jatuh tergolek ke luar kereta.
Arsha lantas keluar dari kereta itu. Qays terbaring dengan darah yang mengalir dari dahi membuatkannya sebak. Dia lantas melutut di sebelah lelaki itu.
"Tuan. Tuan, bangunlah," kejut Arsha dengan menepuk bahu Qays lagi. Air matanya mula merembes keluar.
Deringan telefon dari poket seluar Qays memberhentikan panggilan Arsha. Lantas tangannya diselukkan ke dalam poket seluar Qays dan mengambil telefon itu.
"Hello, Cray. Tuan...," kata-kata Arsha mati dengan arahan laju Cray.
"Saya tahu, Cik Arsha. Kami dan ambulans dah nak sampai. Jangan call ambulans lain, jangan call polis. Pastikan orang awam yang datang tak membuat sebarang laporan," arah Cray laju.
"Okay," balas Arsha pendek sebelum Cray mematikan panggilan.
"Dik, okay tak?" Tanya seorang lelaki yang berhenti di tepi jalan untuk melihat keadaan mereka.
"Dia tak bangun," beritahu Arsha seraya matanya melirik ke arah Qays.
"Saya call ambulans," beritahu lelaki itu sebelum mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.
"Saya dah call. Tak lama lagi ambulans sampai," kata Arsha laju.
Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.
"Arsha," panggil Qays perlahan dengan matanya yang dibuka sedikit.
"Tuan!" Jerit Arsha. Lega rasanya Qays dah sedar.
Qays terasa ada air yang menitik di atas kelopak matanya yang membuatkan dirinya tersedar. Wajah Arsha ditenung lama untuk memastikan cinta hatinya itu tiada sebarang kecederaan.
"Kau okay?" Tanya Qays dengan suara seraknya.
Arsha mengangguk laju. Matanya masih mengeluarkan air mata. Tak tahu kenapa rasa sedih sangat.
"Don't cry. Your tears hurt me more," kata Qays sambil matanya tak lepas memandang Arsha.
Tangisan Arsha semakin kuat. Jangan dipujuk orang yang tengah menangis, makin kuat nanti.
"Tuan!" Jerit Cray yang berada di tebing bukit.
"Cray. Cepat!" Panggil Arsha sebelum mengelap sisa air matanya.
Pasukan perubatan lantas turun ke bawah bukit untuk membantu Qays. Ramai juga yang berhenti konon nak menolong. Konon lah.
💕💕💕💕💕
Arsha mengelap air matanya untuk kesekian kali. Walaupun Qays telah dirawat dan tidak ada sebarang kecederaan yang serius, dia masih berasa sedih.
"Kenapa kau menangis ni?" Tanya Qays yang terbaring di atas katil pesakit di dalam infirmary.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...