Bab 37

13.5K 765 101
                                        

'She belonged to him not because it is something he demanded, but because it was something she couldn't help'

-jmstorm-

▄︻̷̿┻̿═━一    •

Qays dan Arsha keluar dari Pejabat Agama Islam Songkla menuju ke tempat letak kereta. Alhamdulillah, semuanya selesai. Kini mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. Hubungan yang haram telah dihalalkan.

Sampai sahaja di kereta, Qays dan Arsha lantas masuk ke dalam kereta. Cray membuka enjin dan air cond sebelum Zane memberi isyarat jari pada Cray untuk meninggalkan Qays dan Arsha berdua. Nasib baik ada common sense.

Kini mereka tinggal berdua. Masing-masing masih dalam mood tidak percaya. Tidak percaya yang mereka sudah bernikah.

"Arsha," panggil Qays.

"Hmm?" Arsha membalas sambil memalingkan wajahnya memandang wajah Qays.

"Kau menangis ke tadi?" Tanya Qays apabila pertanyaan ini berlegar dalam fikirannya sejak Arsha keluar dari bilik kaunseling. Tadi dia nak tanya, tapi tak tertanya pula.

Arsha mengangguk.

"Nak buat keputusan ni bukan mudah," kata Arsha perlahan. Lantas wajah Tuan Haji Abdul Rashid dan Hajah Sakinah terbayang dalam ingatannya. Sebak menyerbu hati.

"Terima kasih sebab pilih aku," balas Qays tanpa nada. Dah lah kekok. Dasar tak romantis.

Arsha merenung wajah Qays. Ya ALLAH, lelaki ini lah syurganya sekarang. Perasaan sebak terus tak dapat ditahan. Bermacam perkara yang membuatkannya sebak. Qays yang menunggunya selama 10 tahun, ibu bapanya yang dikhianati dan perasaan celaru dengan dirinya.

Mata yang berkaca itu lantas melepaskan beberapa titik air mata. Kenapa emosi sangat ni?

"Arsha, kenapa ni?" Tanya Qays lembut seraya telapak tangannya diletakkan di bawah rahang Arsha. Ibu jarinya bergerak mengelap air mata isterinya.

Meremang bulu roma Arsha. Ini kali pertama lelaki pegang dia sebegini. Abaikan waktu-waktu dalam bahaya seperti adegan tembak menembak di pejabat dan ketika mereka terbabit dalam kemalangan. Masa tu tak ada siapa nak fikir benda sweet-sweet.

"Saya... Saya cintakan Tuan, sangat," luah Arsha sebelum air matanya menjadi semakin lebat.

Qays ketawa perlahan. Air mata isterinya dilap lagi. Wajah Arsha ditenung untuk beberapa ketika sebelum bibirnya dirapatkan ke dahi Arsha. Sekali lagi, meremang bulu roma Arsha.

"Yeah, I know," balas Qays seraya menarik Arsha ke dalam pelukannya. Sumpah, dia rasa berbunga sangat.

Lima minit berlalu, mereka masih berpelukan. Masing-masing hanya diam sebelum Arsha mula bersuara.

"Erm, Tuan," tegur Arsha.

"Yes?" Balas Qays.

"Balik ni kita pergi rumah parents saya, eh?" Pinta Arsha. Dari tadi dia fikirkan hal ini.

Qays meleraikan pelukan.

"Why?" Tanya Qays. Sedikit sebanyak dia rasa takut pula. Takut Arsha dipaksa bercerai dengan dia sedangkan mereka baru je bernikah. Jauh sangat fikiran kau pergi.

"Sekurangnya saya nak berterus terang dengan family saya yang saya dah bernikah. Saya tak nak khianati family saya lagi," terang Arsha. Takut juga jika Qays tak izinkan. Siapa je tak tahu perangai tak boleh bawak berbincang Qays tu.

"Okay," setuju Qays. Arsha tersenyum lega.

"Terima kasih, Tuan," ucap Arsha lega.

Qays lantas memanggil Zane dan Cray yang sedang sibuk berbual tidak jauh dari kereta mereka dengan menggunakan tangannya.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang