🎶They don't like me
Go back in,
I need the whole feet
I don't care if you don't like me
'Cause I'm rich
Don't care if you don't like me
'Cause I'm rich🎶Rich - K. Michelle (2016)
▄︻̷̿┻̿═━一 •
2012
Qays bersandar pada kereta Porsche Boxster bewarna hitamnya di hadapan pintu pagar Sekolah Henry Gurney. Iphone 4s miliknya dikeluarkan dan panggilan kepada Warden Aiman dibuat.
"Lama lagi ke ni?" Tanya Qays dengan nada marahnya.
"Kau dah sampai ke?" Tanya Warden Aiman.
"Dah lah. Ni, lama lagi ke?" Qays mula hilang sabar. Dah hampir sejam dia tunggu.
"Sekejap lah. Zane ni macam-macam pulak. Tu tak kemas, ni tak kemas," rungut Warden Aiman.
"Barang apa je budak tu nak bawa balik sangat. Dalam 10 minit dia tak keluar, aku tinggalkan," kata Qays sebelum mematikan panggilan.
Nak duduk dalam kereta pun, tak boleh. Minyak dah nazak. Siapa suruh dia belasah kereta ni sampai Johor lepas tu tak reti nak isi minyak? Hadap lah kau.
Zane berlari anak ke hadapan pintu pagar Sekolah Henry Gurney. Dia memerhatikan kereta mewah bewarna hitam. Ternganga dia. Siapa punya kereta lah tu.
"Woi, cepatlah!" Jerit Qays lalu menanggalkan cermin mata hitamnya.
"Qays!" Jerit Zane lalu berlari memeluk lelaki itu.
Qays menolak bahu Zane kuat melepaskan pelukan.
"Tak payah nak peluk-peluk aku sangat," kata Qays.
"Wah, kereta kau ke?" Tanya Zane teruja. Matanya galak melihat kereta itu.
"Ye lah. Tak kan aku curi," balas Qays malas.
"Bila beli?" Tanya Warden Aiman yang baru tiba.
"Baru lagi. Tiga hari lepas dapat," balas Qays.
"Sejak bila kau ada kat Malaysia ni?" Tanya Warden Aiman.
"Dua minggu lepas. Dekat sana pun tengah cuti sem. Aku balik sini tengok apa yang patutlah," balas Qays.
"Tahun ni kau last year. Habis study kau nak buat apa?" Tanya Warden Aiman mahu membincang sedikit. Nak keluar ke apa ke memang tak boleh lah. Dia pon sedang kerja.
"Kalau kau rasa nak bincang ke apa, cuba ajak aku tempat lain. Panas, doh," kata Qays menyampah. Dah lah penat tunggu malaon seorang ni.
"Aku tengah kerja lah. Kau duduk hotel mana ni?"
"Equatorial."
"Kalau macam tu kita jumpa kat Mahkota Parade malam ni," cadang Warden Aiman.
"Okay. Dah lah aku pergi dulu," kata Qays.
"Ha, yelah," balas Warden Aiman.
"Zane, kau letak beg kau dalam boot. Tak muat, kau buang je lah," arah Qays sebelum masuk ke dalam keretanya.
🌾🌾🌾🌾🌾
"Aku ingatkan nak bawa Zane ke Australia," kata Qays membuatkan Zane dan Warden Aiman terlongong.
"Sebab tu kau suruh aku buatkan passport dia?" Tanya Warden Aiman.
"A'ah. Lagipun aku nak duduk sana lagi dua tahun. Nak luaskan empayar aku," terang Qays.
"Empayar kau?" Tanya Warden Aiman pelik. Empayar apa?
"Qays Empire Law Firm. Aku beli syarikat peguaman dekat sana," beritahu Qays.
"Berapa juta kau beli?" Tanya Warden Aiman terkejut.
"Aku letak duit dalam Bank of Queensland dalam 6,500,000 AUD. Setahun aku dapat faedah dalam
1,300,000 AUD. Dah tiga tahun pun aku dapat faedah tu. Jadi duit aku ada 10,400,000 AUD. 300,000 AUD lagi yang patut aku gunakan untuk kehidupan harian, aku laburkan ke syarikat perkapalan. Dalam setahun adalah dapat 30,000 AUD. Jadi lima bulan lepas duit aku keseluruhan ada 10,490,000 AUD. Aku beli syarikat peguaman yang tengah nyawa-nyawa ikan tu. Murah je. Dalam 800,000 AUD," terang Qays panjang.Warden Aiman yang hanya mendengar sudah pening lalat. Entah berapa banyak lah duit dia ni.
"Habis tu, macam mana syarikat tu? Kau ada rugi ke?" Tanya Warden Aiman. Membazir kalau bankrap.
"Awal-awal tu memang pening sikit nak naikkan semula syarikat tu. But I got lucky. Workers kat situ semua bagi cooperation. So, sekarang dah mula stabil," balas Qays.
"Apa lagi rancangan kau?" Tanya Warden Aiman.
"Nothing much. Aku cuma nak kembangkan lagi bisnes ni. Aku nak buka Q.E. Group that consists syarikat pembangunan, perkapalan, peguaman, hotel, department store. Macam tu lah." Qays membalas sambil lewa seolah berbincang nak masak lauk apa untuk kenduri.
"Jangan gelojoh sangat. Nanti rugi, susah," pesan Warden Aiman.
"I'll play safe, Aiman. Kau jangan risau. Aku aim, before 30, I must be a billionaire. Dan aku akan mulakan pembalasan dendam aku," kata Qays dengan dendam yang marak.
"Aku doakan yang terbaik untuk kau," balas Warden Aiman. Qays dah banyak sangat berubah.
Dulu, jika dia bercakap, masih ada intonasi. Sekarang tidak. Dulu, dia masih boleh tersenyum dan mempunyai sinar ceria. Sekarang tidak. Di depannya hanya Qays yang mahu membalas dendam. Itu hanya perubahan dalaman. Tidak tengok luaran. Rambutnya pun sudah bertukar warna dari hitam ke coklat pekat. Qays mula merokok.
"Wey. Aku nak bayar balik semua yang kau buat untuk aku," kata Qays sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya.
🌾🌾🌾🌾🌾
Qays duduk di balkoni hotel sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya. Zane dengan perlahan mendekati Qays.
"Berapa lama kau duduk Malaysia?" Tanya Zane.
"Macam mana SPM kau?" Tanya Qays tanpa menoleh dan tanpa menjawab pertanyaan Zane.
"Lulus," balas Zane pendek.
"Specific," arah Qays.
"BM B+, BI B, Math D, Sejarah E Sains D, Perniagaan B, Seni B, Agama C," balas Zane. Qays melepaskan keluhan. Kenapa perlu letak harapan tinggi pada budak yang tak reti membaca walaupun umurnya telah mencecah 14 tahun ketika itu.
"Kalau macam tu, aku hantar kau belajar untuk jadi secretary. From now on, call me Tuan Qays. Kau boleh terus berada dalam jagaan aku selagi kau belajar dengan baik. Kau akan tolong aku luaskan Q.E. Group," terang Qays lalu menenyehkan hujung rokoknya pada ashtray.
Zane hanya mengangguk faham. Tak ada apa yang dia patut bantah. Di hadapannya bukan Qays yang dia kenal di dalam Henry Gurney. Dia sekarang Tuan Qays. Yang memiliki Qays Empire law firm. Yang bakal membina Q.E. Group.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...