Bab 12

8.5K 525 14
                                    

'Be CURIOUS, not JUDGEMENTAL'

▄︻̷̿┻̿═━一 •

"Kalau Sha rasa tak nak kerja dengan dia, bagitahu terus. Abang Az boleh carikan kerja lain," kata Azril kepada Arsha.

"Insha Allah, Sha suka. Ini lah peluang Sha," balas Arsha bersemangat. Bukannya mudah untuk dia keluar dari penjara Haji Rashid.

"Abang Az doakan yang terbaik. Masuk lah," kata Azril separuh risau.

Arsha mengetuk pintu bilik pejabat mewah itu. Pintu pejabat itu terbuka dengan sendiri. Lantas dia masuk ke dalam. Berdiri di hadapan meja kaca hitam yang mewah.

💕💕💕💕💕

Qays mengangkat wajah. Matanya menyapa wajah Arsha. Girl? Why not. Hijab? I don't really care. Tapi! Ini terlampau alim.

Qays memanggil Zane mendekatinya. Dengan perlahan dia berbisik.

"Biar betul," Qays perlahan.

"Why not, Tuan. Kita tak tahu prestasi dia macam mana. Ingat prinsip, Tuan. We don't discriminate people," balas Zane.

Qays berdehem. Wanita di hadapannya diteliti. Berjubah merah gelap dan bertudung selendang hitam dengan batu Swarovski bertaburan. Tudungnya tidak lah labuh hingga ke bawah pusat. Tapi, cukup menunjukkan bagaimana telitinya wanita ini menjaga aurat.

Qays berkerut berfikir. Dia tak terfikir yang datang ke pejabatnya hari ini ialah wanita pun. Dia mati-mati ingat lelaki. Tapi, kalau perempuan pun dia tak kisah sangat. Tapi ni bertutup litup sangat. Tapi, Qays. Kalau bertutup pun kenapa? Kerja kau tergendala ke? So, why not, right?

"Silakan duduk," pelawa Qays kepada wanita itu.

"Terima kasih," balas wanita itu lembut sambil menarik kerusi dan melabuhkan duduknya.

"So, hand in your data and introduce yourself," arah Qays.

Dengan lantas wanita itu menghulurkan fail bewarna merah jambu kepada Zane.

"Nama saya Arsha Mikayla binti Abdul Rashid. Saya berumur 25 tahun." Arsha memperkenalkan dirinya.

"Okay," balas Qays perlahan dengan matanya ralit membaca resume.

Bachelor of Law, International Islamic University Malaysia? Wow, universiti je dah islamic.

"Berapa lama belajar IT?" Tanya Qays.

"Setahun sebelum tukar ke law," balas Arsha.

"Kenapa tukar?" Tanya Qays.

"Sebab saya tak suka IT," balas Arsha.

Qays mengangkat kening kirinya. Bagus, a brave girl. Dah setahun pun berani tukar ke course lain.

"Kalau laptop awak kena virus atau hacked, can you handle it?" Tanya Qays.

"Boleh," balas Arsha pendek.

"If I asked you to track phones, can you do it?" Tanya Qays.

"Boleh," balas Arsha lagi. Qays mengangkat kening.

"If I asked you to open that safe box without giving you the password, can you make it?" Tanya Qays. Arsha memandang peti besi hitam yang berada di hujung bilik pejabat itu.

"Tak. Saya tak boleh buat," balas Arsha. Qays tak kisah pun boleh buka peti besi atau tidak. Dia cuma nak tahu sejauh mana pengetahuan IT wanita ini.

"Kau serius nak kerja dengan aku?" Tanya Qays. Seperti biasa, kalau Qays mula serius, dia akan bersandar pada kerusi dan menyilangkan tangan ke dada.

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now