'You can close your eyes to the things that you don't want to feel but you can't close your heart to the things that you don't want to feel'
-Johhny Depp-
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Arsha memasuki pejabat lebih awal hari ini. Hanya kerana dia tertinggal dokumen penting semalam, dah jadi satu hal dia kena pergi awal pagi. Harap sempat siap. Semalam nak pergi ambil pon, dah malam sangat. Kuala Lumpur ni bahaya.
Kakinya terhenti di hadapan pintu pejabat Qays. Lampu terbuka. Ada orang ke? Dengan rasa seriau yang menguasai, dia mengetuk perlahan pintu itu. Jangan lah yang buka nanti pocong ke, langsuir ke. Minta dijauhkan.
Qays yang ralit membuat kerja lantas mengalihkan pandangan ke arah pintu pejabatnya. Jam di dinding dikerling. Baru jam 0800. Skrin monitor yang menunjukkan rakaman CCTV di hadapan biliknya pula dipandang. Dengan malas pintu pejabatnya dibuka dengan menekan butang automatik.
"Tuan?" Tanya Arsha pelik sebaik sahaja dia menjengahkan kepalanya ke dalam pejabat itu.
"Ada nampak macam orang lain ke?" Tanya Qays mendatar tanpa mengangkat wajah dari iMac.
"Tuan tak balik ke?" Tanya Arsha. Mulalah mood kepochi on.
"No wife waiting anyway," balas Qays tanpa perasaan sebelum menguap perlahan. Mug kosong dijeling. Keluhan kecil dilepaskan.
"Saya buat kerja dulu," kata Arsha sebelum keluar. Tak jadi nak menyibuk lebih-lebih. Kata-kata Tuan Qays tak pernah tak buat dia speechless.
Baru Arsha ingin membuka pintu bilik kacanya, dia terus teringatkan Qays yang menguap. Dengan laju, dia melangkah ke arah pantry.
Arsha membuka kabinet. Serbuk kopi menjadi pilihan. Nak kopi yang kaw, haruslah original. Bukannya 3 in 1.
"Tuan nak ke kongsi mug?" Arsha tertanya-tanya.
Dengan perlahan, dia mencapai mug merah jambu miliknya. Ah, cincai!
💕💕💕💕💕
Pintu pejabat Tuan Qays diketuk. Sekali lagi pintu itu dibuka secara automatik. Kali ini, Qays memandangnya dengan mata mencerlung.
"Kau nak apa ni?" Tanya Qays tegas.
"Caffeine?" Tanya Arsha dengan senyuman kekoknya. Sumpah dia menyesal buatkan kopi susu untuk lelaki ini.
Qays diam. Mug merah jambu di tangan Arsha dipandang. Nak tolak ke, tak?
"Just put it here," arah Qays.
Arsha lantas meletakkan mug merah jambu itu di sebelah tangan Qays sebelum berlalu pergi laju.
Qays memandang kopi yang berasap nipis itu. Aromanya sungguh memikat.
"That girl, she is really weird. No one ever offered me coffee, but she made it without offering. Bagus lah, fearless," kata Qays lalu mencapai mug merah jambu yang menggoda itu.
Dihirup sedikit kopi susu itu. Heaven! Dah boleh buang dah coffee machine dalam pejabatnya ni.
Bunyi penggera dari telefonnya mematikan mood. Dia perlu bersiap untuk ke mesyuarat.
Qays bangun dari kerusi kerjanya. Almari baju kayu jati yang berada di dalam bilik itu dibuka. Tuala dicapai. Masa untuk mandi.
Lepas hantar kopi, Arsha lantas membuat kerjanya. Kes Qays masih diteliti. Ada banyak perkara yang memerlukan perhatian yang lebih.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
Storie d'amoreSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
