Bab 10

8.4K 510 8
                                    

'An abusive parents who values control more than they value the well-being and happiness of their children'

▄︻̷̿┻̿═━一    •

2018

"Aku tak kisah lelaki atau perempuan. Yang penting dia ada kelulusan law dan IT," beritahu Qays kepada semua pengikutnya yang duduk sama-sama di meja mesyuarat.

Zane dah tercengang. Tang mana nak cari orang pandai IT dengan law? Tak masuk akal betul lah.

"Tuan, mustahil tu. Kalau dah belajar law, buat apa nak belajar IT. Kalau dah belajar IT, kenapa nak belajar law?" Zane membalas.

Qays menggeleng menidakkan kata-kata Zane.

"By hook or by crook, dapatkan orang tu juga. Deadline Khamis ni," arah Qays lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil memeluk tubuhnya.

Semua yang mendengar mengeluh dalam diam. Tidak berani nak mengeluh dengan nyata, takut kena terajang je.

Qays berdecit dengan reaksi orang-orangnya.

"Siapa yang berjaya dapatkan someone with Law and IT, I'll give you a week break, 50% bonus for three months, RM5000 voucher and free vacation to anywhere that you want," kata Qays menarik minat semua ahli Mission Group yang ditubuhkannya.

"Kenapa Tuan nak cari someone with law and IT sedangkan dalam group ni kita dah ada lawyer and IT pro?" Tanya Roy salah satu hacker terbaiknya.

"To make it easy, dia tak akan duduk di sini macam kau orang. Dia tak akan jadi bayang macam kau orang. Dia akan jadi seperti Zane. I'll show him to public. It is easier for me to work. Anywhere and anytime," balas Qays.

"Tapi kenapa law dengan IT?" Tanya Jaze salah seorang ninja di dalam group ini. Kenapa ninja? Sebab dia boleh masuk dalam mana-mana kawasan tanpa disedari orang lain. Kaki rompak dulu.

"To cover up as my personal lawyer. Yang IT tu pun bukannya aku nak pro macam Dalila. Cukup dia tahu basic so that bila laptop dia kena hack or whatever might happen, he knows what to do," balas Qays masih sabar dengan banyak persoalan.

"Boleh tak kalau dia ada rekod jenayah?" Tanya Ted pula.

"Nope. Dia tak perlu baik. Just tak ada rekod jenayah sebab I'll show him to public," balas Qays.

"Zane kan ada, kenapa nak cari orang lain?" Tanya Mat.

"Zane ni kerja kat office dia lagi banyak dari aku. Kejap, yang kau orang banyak sangat tanya soalan kenapa?" Qays memandang pelik.

"Ala, Tuan. Reward baik punya. Tu yang kena tahu apa yang Tuan nak," balas Mat.

💞💞💞💞💞

"Biarlah, Bah. Dia nak pergi KL bukannya buat jahat. Dia nak cari kerja," kata Azril suami kepada Arina.

"Bahaya, Az. Dekat KL tu, dari baik boleh jadi pelacur. Dah lah Sha ni banyak buat masalah dari kecil lagi." Haji Rashid menyangkal kata-kata menantunya.

"Sekarang nak cari kerja bukan senang. Dekat JB ni bukannya ada banyak sangat peluang pekerjaan. Tak kan nak biarkan Sha kerja kerani pejabat sampai bila-bila. Sayang dengan degree dia tu." Azril masih lagi memujuk Haji Rashid.

"Susah budak seorang ni. Masa bertunang, lari. Ni nak pergi KL pula," keluh Haji Rashid.

"Sebab Abah kongkong dia," balas Azril tanpa gentar. Arina yang berada di sebelahnya yang sekadar mendengar sejak dari tadi terus tercengang.

"Apa dia, Az?" Tanya Haji Rashid terus menyinga.

"Salah ke apa yang Az cakap? Abah kongkong dia secara keras. Larang segala apa yang dia nak buat. Aturkan segala kehidupan dia. Abah tak berikan dia kasih sayang," terang Azril berani. Dia tak takut sebab dia pun dah hilang sabar dengan bapa mertuanya ini.

"Apa yang aku buat ni lah kasih sayang untuk dia!" Suara Haji Rashid mula meninggi.

Arina sudah menahan suaminya dari melawan lagi. Dia takut dengan kemarahan Haji Rashid. Tapi, Azril masih lagi mahu melawan.

"Itu bukan kasih sayang, Bah. Kalau sayang, Abah fikir apa yang dia nak. Fikirkan perasaan dia. Tapi Abah buat semua anak-anak Abah sebagai pemuas hati Abah." Azril masih lagi selamba menjawab. Arina yang sudah menepuk lengannya dibuat tidak tahu.

"Jangan nak ajar aku, Azril!" Haji Rashid sudah memberikan suara amarannya yang tegas. Azril mengeluh perlahan. Dia bangun ingin berlalu ke bilik.

"Abah pun tak suka kan bila orang lain tak ada pendapat sama dengan Abah. Sama juga dengan Arsha, dia manusia biasa. Mungkin adik-beradik yang lain tidak melawan, tapi Abah sepatutnya layan anak-anak Abah macam manusia. Bukannya robot tanpa perasaan." Azril berlalu selepas berkata-kata.

"Aku ingatkan kau lelaki baik untuk anak aku. Tapi tak," kata Haji Rashid apabila dia tercabar dengan kata-kata menantunya. Azril memberhentikan langkahnya.

"Sabda Rasulullah S.A.W: 'Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.  Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)'. Rasulullah ada ajar kita kongkong anak ke?" Azril memandang Haji Rashid dengan pandangan 'cat got your tongue, huh'.

Haji Rashid terdiam. Ah, anak dia! Dia punya pasal lah nak buat apa!

"Benarkan Arsha ke KL. Az dengan Ana akan tengok-tengokkan dia," kata Azril apabila Haji Rashid hanya diam

"Tidak. Aku tak akan benarkan," balas Haji Rashid tegas.

"Berikan dia peluang untuk bebas, Abah. Dia dah besar. Jangan sampai kesabaran dia sebagai manusia hilang dan malukan Abah," pesan Azril sebelum menyambung langkahnya naik ke tingkat atas.

💞💞💞💞💞

"Abang ni kenapa? Yang nak bela sangat Sha tu? Abang dah jatuh cinta dengan dia?" Tanya Arina bertubi-tubi. Terasa cemburu sangat.

"Abang dah lama sabar dengan keluarga Ana ni. Kenapa semua nak ikut telunjuk Abah? Apa kau orang tak ada perasaan?" Azril menunjukkan ketidak puas hatinya. Sudah dua tahun dia menjadi sebahagian dari keluarga ni, dan dia terasa rimas dengan ditaktor bernama Haji Rashid.

"Apa Abang ni. Dosa cakap macam tu," tegur Arina.

"Tahu dosa, pahala? Kalau tahu, kenapa utamakan arahan Abah dari arahan Abang?" Tanya Azril penuh sarkastik.

Arina hanya mampu menunduk. Tiada jawapan. Dia takut jawapannya akan memalukan diri sendiri.

"Ana dah kahwin, syurga Ana bukan lagi pada Abah. Tapi, kenapa Ana ikut segala apa yang Abah kata tanpa menghiraukan arahan Abang? Tak salah nak ikut, tapi berpada. Abang jahat sangat ke sampai Ana tak boleh nak percaya dengan arahan Abang?" Azril berkata lembut.

Arina yang sekadar menunduk dibawa ke dalam dakapannya. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga dan dia bahagia selain daripada Haji Rashid yang mengongkong. Tapi, kira melampau lah sampaikan bila mereka perlu ada anak kena ikut arahan Haji Rashid juga.

"Ana minta maaf," ucap Arina dalam sendunya. Terasa berdosa. Tak tahu nak buat apa.

"Abang tak marah, Ana. Abang cuma mempersoalkan je. Dah," pujuk Azril.

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now