BAB 1

28.3K 391 25
                                    

Assalamualaikum n hello guys....
    Selamat datang ke cerita kedua saya.. yup second story by me...
N ya.... alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan sambutan untuk cerita pertama saya yang dah selamat saya tamatkan walaupun adakalanya berdepan dengan masalah idea lari.. huhu...

     Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang dah baca, vote n komen pada cerita pertama dan kedua saya ni.. saya hargai sangat-sangat walaupun saya sedar yang cerita ni taklah setanding orang lain.. mohon di maafkan segala salah dan tingkah saya selama cerita2 yang saya siapkan ni.. mungkin ada yang terasa ke apa ke harap di maafkan.

     Tanpa melengahkan masa.. cerita kedua versi edit....

       

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

   "Assalamualaikum Zy." sapa satu suara di belakangnya. Tangan yang memegang parang terhenti dari menebas daun pisang yang dah kering.

     "Waalaikumussalam." dia menoleh ke belakang. Parang di pacakkan ke tanah.

     "Kau nak apa Zam?" soalnya pada lelaki yang baru memberi salam tadi. Tangan kanan di lap pada baju sebelum menerima huluran tangan Nizam. Mereka bersalaman buat seketika sebelum Nizam bersuara.

     "Saja. Dah lama tak balik. Tu yang aku jalan keliling kampung sampailah dekat kebun kau ni." Nizam bersuara sambil mengerling Razzy di sebelahnya. Badan dah sasa sejak mengurus ni. Dalam diam dia tersenyum dan mengucap syukur melihat perubahan kawan merangkap sepupu belah ibunya itu.

     "Bila kau balik?" soal Razzy. Tersenyum dia bila lelaki yang berdiri di sebelahnya itu dah berubah.

      Kalau dulu, Nizam selalu saja membuli orang-orang kampung. Penat arwah ayah Nizam nak menasihati Nizam tapi sepatah haram pun Nizam tak ambil peduli sampailah arwah haji Ramli meninggal dunia.

     Sejak itu perangai Nizam mula berubah. Dari suka membuli kepada suka menolong orang kampung. Perlahan-lahan dia berubah sampailah dia mengambil tindakan mencari kerja di bandar. Lelaki itu mengambil tindakan seperti itu pun di sebabkan mereka sekeluarga tidak kecukupan wang mahu menampung perbelanjaan harian. Lain-lagi tiga adiknya yang masih bersekolah dan abang sulungnya yang lumpuh.

     Hanya dia dan ibunya saja yang berkudrat mahu mencari rezeki tapi bila Nizam dah dapat mencari kerja, dia hanya meminta ibunya duduk berehat di rumah. Biar dia saja yang mencari rezeki lagipun gajinya cukup mahu menampung mereka sekeluarga. Itu sudah cukup buatkan Razzy kagum pada sahabatnya itu.

     "Semalam, ibu aku call. Abang aku demam panas. Tu yang aku bergegas balik. Kau tahu jugakan si Nasser tu kalau demam macam mana?" Razzy mengangguk faham tentang perihal abang sulung Nizam kalau sakit. Mesti yang di carinya si Nizam. Tidak tahu kenapa.

     "So, okey hidup dekat sana?" soal Razzy. Nak juga dia tahu apa yang jadi sepanjang Nizam di bandar.

     "Alhamdulillah okey. Kau tak nak cuba cari kerja dekat luar ke Zy?" sekali lagi soalan yang sama Nizam soal. Setiap kali mereka bertemu, soalan itu dah jadi soalan lazim Nizam tanya padanya.

     "Kau ni Zam. Macam kau tak tahu keluarga aku macam mana. Aku ni kan anak bodoh. Mana dia orang nak biarkan aku keluar dari kampung ni." Nizam senyum hambar.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now