BAB 56

6.5K 229 17
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*





         Air sirap yang siap dibancuh diletakkan ke dalam dulang. Beberapa biji cawan juga turut di susun sebelum menatang dulang itu menuju pangkin di belakang rumah. Terdengar suara riuh sedang elok bersembang dengan gelaknya sekali.

Tersenyum dia melihat Razzy sudah balik dari melawat kilangnya.

"Abang, minumlah. " Pelawanya. Cawan berisi air sirap dihulur pada suaminya.

"Terima kasih. " Ujar Razzy sebelum meneguk air tersebut sesudah membaca basmallah. Nafas dihembus lega. Bersyukur kerana masalah telah selesai.

"Ma.. pak imam kata kenduri tahlil tu nanti buat dekat surau aje. " Ujar Razzy. Puan Rozyta mengangguk akur.

"Razzy terserempak dengan pak imam tadi. Tu yang dia cakap terus. Senang sikit nak buat kenduri bila dekat surau. " Tambahnya. Puan Rozyta mengangguk faham.

"Nanti petang sikit teman mama beli barang ya. " Ujar Puan Rozyta. Dia mahu membeli barang untuk kenduri tahlil nanti. Setiap tahun AJK surau akan melakukan kenduri tahlil bagi orang-orang kampung yang sudah kembali ke rahmatullah. Dan mereka sekampung akan bergotong royong menjayakan majlis itu.

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


         Usai kenduri tahlil selesai, Irdina membantu kaum hawa yang hadir ke surau mengemas barang pinggan yang digunakan. Mana-mana barang yang tidak diguna dikemas rapi. Tiga puluh minit kemudian, surau itu sudah kemas.

"Hm.. kenapa ni? Mengantuk? " Soalnya bila si kembar datang menempel.

"Ma... nak tidur.. " Gumam Rayd. Mata sudah dipejam kerana mengantuk sangat.

Irdina mendongak memandang Razzy yang masih rancak bersembang di saf lelaki. Entah apa yang di sembangkan. Serius saja wajah lelaki itu.

Pantas dia memberi isyarat mata bila lelaki itu memandangnya semula. Razzy berdiri sebelum menghampirinya.

"Kenapa sayang? "

"Kembar ni dah mengantuk dah abang. Lama lagi ke abang? "

"Jomlah balik. Abang cakap dengan ayah dulu. " Ujar Razzy sebelum berlalu. Usai meminta izin, si kembar di dukung menuju kereta. Surau mulai lengang bila sebahagian penduduk kampung sudah meminta diri usai kenduri tahlil selesai.

"Sayang tunggu dulu dalam kereta. Abang nak ambil bekas yang mama suruh bawa balik tadi. " Irdina hanya mengangguk kecil. Dia pun sebenarnya rasa letih dan mengantuk. Tak sabar dia mahu tidur bila sampai nanti. Seketika kemudian, Razzy muncul. Bekas yang diisi kuih oleh Puan Rozyta diletakkan ke bonet belakang.

"Aik! Mengantuk juga ke? " Soal Razzy bila Irdina ikut sekali terlelap. Kereta dipandu keluar dari kawasan surau. Encik Raihan dan Puan Rozyta ditinggalkan kerana akan pulang bersama Rafie nanti.

"Tak tahan abang. " Gumam Irdina yang hanya memejam mata dan belum terlelap lagi. Sedaya upaya menahan kantuk kerana jarak surau dan rumah ayah bukannya jauh sangat.

"Sayang naiklah dulu. Biar abang angkat kembar tu. " Ujar Razzy. Pintu sebelah penumpang dibuka. Menggeleng dia melihat Irdina. Memang tak tahan betul. Boleh pula wanita itu berjalan terhuyung-hayang. Dek kerana risau, segera di papah Irdina menuju bilik.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now