BAB 39

5.4K 196 8
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*









        Razzy tersengih kecil bila melihat post yang ayah angkatnya kirim ke Instagram. Gambar mereka berdua yang di tangkap semasa hari terakhir dia berada di Perancis. Seketika kemudian dia terbatuk keras. Lalu di keluarkan sapu tangan dari kocek seluar sebelum di bawa ke mulut.

     Dada yang terasa perit buatkan dia sesak mahu menarik nafas. Bibir di kesat sebelum di bawa jauh sapu tangan itu namun matanya menangkap sesuatu yang terpalit di sapu tangan itu. Membulat matanya sebelum dia mengucap panjang melihat sapu tangan itu terpalit darah. Hatinya mulai merasa tak enak. Namun dia berdoa. Moga tak ada apa-apa yang berlaku padanya. Telefonnya di pandang semula.

     Tak sangka pertemuannya dengan lelaki berbangsa inggeris itu menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. Lelaki inggeris itu sanggup menjadikan dirinya sebagai anak angkat kerana tertarik dengan Islam. Dan apa yang dia sungguh tak sangka ialah lelaki inggeris itu rupanya reti bercakap dalam bahasa melayu. Fasih pula tu.

     Tapi dalam diam, Razzy rasa seperti orang kerdil bila melihat mereka berganding bahu dalam gambar itu. Status lelaki inggeris itu sahaja boleh buatkan Razzy pengsan. Siapa tak kenal Sir Albert, lelaki inggeris terkaya di Perancis. Kekuasaan lelaki itu bukan saja dalam bidang perniagaan tapi juga lelaki itu seorang yang berpengaruh besar di Perancis. Cabang perniagaannya bukan saja dalam bidang pembinaan malahan bidang perkapalan dan perlombongan juga ada.

     Razzy tersentak dari menungannya bila suara kanak-kanak menangis kedengaran. Pantas dia menoleh ke sekeliling. Kawasan yang riuh di sana sini itu di pandang seketika. Baru dia sedar yang dia sekarang sudah berada di tengah-tengah lapangan terbang KLIA2. Menggeleng dia seketika sebelum menarik bagasinya keluar dari lapangan terbang itu.

     Kepulangannya itu di rahsiakan dari sesiapapun. Tersenyum dia bila teringat isterinya di kampung. Rindu yang menggebu di dada tidak sabar dia mahu lunaskan. Teksi yang sudah menunggu di depan pintu masuk KLIA2 itu di hampiri. Seorang pemandu teksi mengangkat tangannya tanda teksinya tidak di sewa oleh sesiapa. Lantas Razzy menghampiri lelaki yang berumur dalam lingkungan lima puluh tahun itu.

     Selepas memberi tahu alamat rumahnya, Razzy memejam mata mahu melelapkan diri sebentar. Penat yang membelenggu dirinya menyebabkan dia cepat sahaja terlelap hinggalah pemandu teksi itu mengejutnya bangun. Selepas membayar harga tambang, Razzy berpaling dengan bagasi di tepinya. Rumah yang sunyi sepi di depannya itu di renung buat seketika sebelum membuka kunci pagar.

     Salam di beri sebelum masuk biarpun dia tahu rumah itu tidak berpenghuni. Tubuh yang masih terasa letih di rehatkan disofa. Jam yang tergantung di dinding di pandang. Sepuluh minit lagi menunjukkan waktu pukul dua petang. Nasib baik dia sudah menunaikan solat zohor di lapangan terbang tadi.

     Selepas berehat buat seketika, dia bingkas bangun menuju bilik kerana mahu membersihkan diri sebelum bertolak balik ke kampung. Tidak sabar dia mahu berjumpa isterinya serta keluarganya.

     Tepat jam dua setengah petang, Razzy mula memandu keretanya menuju kampung yang terletak di Negeri Sembilan. Pemanduannya hanya di temani lagu-lagu yang di pasang. Selepas memandu beberapa jam, akhirnya dia tiba di kampung. Khairul Izzwan yang sedang bergolek di halaman rumah ialah orang pertama yang menyapa pandangannya. Rajin pula kakaknya balik ke kampung. Mentanglah abang iparnya, Khairul Affandi dah mula mengambil alih syarikat sendiri. Bila-bila masa pun boleh balik. Untunglah.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now