BAB 27

7.2K 241 0
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


Irdina yang sedang duduk termenung seorang diri di laman depan di hampiri sebelum duduk di sebelah wanita itu.

     "Menung apa? " Soal Amriel. Tersentak Irdina bila mendengar suara garau di sebelahnya. Kepala di toleh ke sisi.

     "Tak ada apa. " Nafinya biarpun hatinya terganggu dek kemunculan Irfan yang tiba-tiba selepas beberapa tahun menghilangkan diri.

     Amriel tersenyum kecil. Bukan dia tak faham dan tak boleh baca kelakuan Irdina yang tiba-tiba saja termenung. Adiknya itu bukan selalu termenung lama macam tu kecuali di sebabkan Irfan. Kekasih lama adiknya yang telah membuat onar dalam hidup mereka sekeluarga.

     "Tak payah tipu dik. Angah tahu kenapa kau duduk seorang diri dekat luar ni. Angah bukannya buta. " Ujar Amriel membuatkan Irdina kematian kata.

     "Bila kau jumpa dia? " Soal Amriel.

     "Tadi masa nak balik dan bukan adik yang jumpa tapi dia yang tiba-tiba muncul. " Balas Irdina dan sempat lagi membetulkan soalan abangnya.

     "Razzy? " Soalnya ingin tahu andai adik iparnya itu kenal Irfan.

     "Razzy kenal mamat tu. Kami singgah makan tadi. Lepas tu dia muncul. Meluatlah tengok dia tu! Menyampah! Siap panggil sayang lagi. Geli tahu tak?!! " Hambur Irdina penuh rasa geram. Macam manalah boleh terserempak dengan mamat tak guna tu. Sudahlah rosakkan hidup dia, ada hati nak get back balik? Tak guna!

     "Habis tu Razzy? "

     "Razzy ada cakap yang Irfan tu sekelas dengan dia masa zaman sekolah dulu. Irfan memang tak suka dengan Razzy sebab masa sekolah dulu, Razzy selalu dapat perhatian lebih dalam kelas. Dia cemburu dengan Razzy. Dia tambah benci bila dapat tahu yang Razzy masuk penjara. Razzy ada cakap juga yang Irfanlah yang hasut rakan dia yang lain supaya sisihkan Razzy lepas saja Razzy habis tempoh hukuman. " Jelas Irdina panjang lebar. Agak mengejutkan juga baginya bila suaminya berkongsi kisah lalu semasa mereka dalam perjalanan pulang dari restoran petang tadi. Tak sangka Irfan orang yang bermusuhan dengan Razzy ialah orang yang sama pernah menjadi kekasihnya.

     "Asal jadi tunggul dekat situ? " Soal Amriel tanpa menoleh kebelakang. Tahu siapakah yang berdiri tidak jauh dari mereka. Razzy tersengih bila Irdina menoleh kebelakang. Kaki melangkah menghampiri Irdina dan Amriel. Punggung di labuhkan di sebelah Irdina.

     "Asal tak belasah aje si Irfan tu tadi? " Soal Amriel. Kalau dia ada sekali disana tadi, dah lama muka si Irfan tu bermandi darah dia kerjakan. Ada hati nakkan adik dia semula lepas hampir-hampir nak rogol Irdina? Hm! Memang silap besarlah Irfan kalau dia kacau Irdina semula.

     Razzy ketawa memberi respon. Dia dah biasa dah berdepan dengan keadaan di mana dia selalu di hina. Dah biasa dah pun. Sebab tu dia diam aje tadi. Nak tumbuk pun tak ada guna. Buat tangannya sakit adalah. Dia lagi suka biarkan orang bercakap sesuka hati mereka. Mulut orang, mana mampu kita nak halang. Biarlah dia gunakan nikmat bercakap tu selagi Allah izinkan. Biar dia sedar sendiri.

     "Gelak kenapa? " Soal Amriel pelik. Orang soal dia gelak pula.

     "Biar ajelah. Malas nak layan mamat sewel otak mereng tu. " Terhambur tawa Irdina dan Amriel mendengar gelaran yang Razzy berikan pada Irfan. Razzy juga ikut tergelak sama. Memang betul pun si Irfan tu mamat sewel otak mereng. Adakah si Irfan tu pergi sembur dia lepas tahu dia putus tunang dengan Shafikah. Memang benganglah yang dia rasa sampaikan telefon dia yang jadi mangsa. Suka betul nak sibuk hal orang.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now