BAB 23

7K 246 11
                                    

    

✧══════•❁❀❁•══════✧
ℌ𝔞𝔫𝔶𝔞 𝔇𝔦𝔞 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔥𝔞𝔨
✧══════•❁❀❁•══════✧






Beberapa buah fail di atas meja di capai sebelum menuju bilik suaminya. Pintu di ketuk. Selepas di benarkan masuk, barulah dia memulas tombol pintu. Pintu di kuak dan kaki melangkah masuk.

     "Abang. Ni fail yang abang minta tu. " Ujar Irdina. Fail yang di bawa di letakkan ke atas meja.

     "Thanks my soul. " Balas Razzy. Fail di tarik seraya di buka selembar demi selembar kertas yang penuh dengan perkataan.

     "Sayang, Azrul mana? " Soal Razzy setelah mendapati ada yang tidak kena dengan fail di depannya itu. Dia mendongak. Di pandang redup Irdina.

     "Makan abang. Sekarang dah masuk waktu makan. " Balas Irdina mengingatkan waktu makan. Dia menggeleng dalam diam. Sejak Razzy sah menjawat jawatan CEO, suaminya itu sering kali sibuk. Tika makan atau balik kena di ingatkan olehnya. Jika tidak, Razzy takkan sedar yang waktu sudah berlalu lama. Hari tu beria Razzy merungut padanya kononnya dia dera Razzy tapi sekarang dah terbalik. Razzy pula yang gian nak siapkan kerja sampaikan dia kena ingatkan masa makan, masa waktu kerja dah tamat.

     Razzy tersentak. Jam yang melilit pergelangan tangan di kerling sekilas. Tinggal lagi setengah jam nak habis waktu makan. Pantas dia bangun. Makan dekat restoran dekat lobi ajelah. Putusnya.

     "Jom sayang. Kita makan. " Ujarnya. Irdina mengangguk.

     "Kenapa abang, ada masalah dekat fail tu ke? " Soal Irdina seakan dapat membaca riak kusut Razzy. Suasana restoran yang agak bising itu membuatkan dia terpaksa menguatkan sedikit suaranya.

     "Hm.. sikit. " Jawab Razzy. Cuping telinganya di usap beberapa kali. Pening kepalanya nak memikirkan masalah dekat tapak projek dan fail yang baru saja di bacanya.

     "Sayang, minggu depan jadual abang sibuk tak? " Soalnya. Dia perlu menyelesaikan masalah itu secepat yang mungkin sebelum syarikat menanggung kerugian.

     "Kejap. " Ujar Irdina. Telefonnya di buka. Tangan laju bergerak di atas skrin.

     "Tak abang. Kenapa? "

     "Teman abang pergi site dekat Johor. "

     "Okey. Nanti Ird uruskan. " Balas Irdina. Seketika kemudian, makanan yang di pesan tiba. Tanpa membuang masa, lantas mereka menjamahnya.

     "Senyumlah sikit. " Ujar Irdina tika di dalam lif. Serius sangat suaminya itu.

     "Senyumlah ni. " Sengih Razzy. Irdina tergelak. Mulutnya di tekup ketika gelak.

     "Tu bukan senyum abang tapi sengih. " Ujarnya dengan sisa ketawanya.

     "Hmm... abang. " Gumam Irdina mengusir sepi di dalam lif tersebut.

     "Hm? "

     "Kerja, kerja juga abang tapi kena ingat. Hidup bukan semata-mata nak kerja, nak cari duit. Ird tengok abang ni semenjak dah pegang jawatan tu, abang macam dah tak ada masa. Untuk diri abang sendiri pun tak ada. Balik rumah terus terbongkang. " Ujar Irdina. Di kerling suaminya di sisi.

     "So? Sayang nak abang buat apa? " Balas Razzy.

     "Abang lupa ke? Lupa janji abang dekat Ird? Lupa yang kita sama-sama nak kenal hati budi masing-masing? Macam mana hubungan kita nak pergi jauh andai abang sendiri yang tak usaha? Abang nak kita selama macam ni ke? Kawan seumur hidup walaupun hakikatnya hubungan kita lebih dari tu. " Razzy tersenyum. Pantas dia menghadap isterinya. Tubuh Irdina di tarik menghadapnya seraya kakinya melangkah ke depan sambil tangan menolak tubuh isterinya perlahan-lahan hingga melekat di dinding lif.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now