✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*Mata Razzy tidak berkelip memandang Irdina yang sedang mengemas beg pakaian mereka. Nafas berat di hembus. Malas nak balik ke KL esok. Rasa nak melekat terus dekat kampung tapi kerjanya di sana sedang menunggu. Dari baring terlentang, dia kini mengiring.
"Sayang... " Panggilnya.
"Ya? Abang nak apa? Nak muntah ke? Pening? " Soal Irdina bertalu-talu. Razzy di atas katil di hampiri. Risaunya belum hilang semuanya. Tadi masa nak makan, loya suaminya muncul semula bila ketulan daging ayam di letakkan di depan Razzy. Rasanya tak banyak yang Razzy makan tadi di sebabkan rasa loya.
"Tak... bukan nak muntah. " Jawab Razzy meleret. Badan di gerak kecil menghampiri Irdina di birai katil. Malas saja gerakannya.
"Habis tu? Pening? Nak sapu ubat lagi tak? " Soal Irdina lagi. Rambut Razzy yang kusut di kemaskan. Razzy mencebik geram. Dia soal satu soalan, di balas isterinya berpatah-patah.
"Bukanlah... " Balas Razzy.
"Habis tu? " Irdina buntu. Entah apa lagi yang di inginkan Razzy. Kalau suaminya tak cakap, macam mana dia nak tahu apa yang Razzy inginkan.
"Tak boleh ke kita tinggal lama sikit dekat sini? " Bibirnya melorek senyum kecil. Rupanya itu yang di mahukan suaminya.
"Boleh tu boleh tapi abang kan kerja. Kalau abang tak kerja tak apalah juga. Boleh kita tinggal dekat sini. " Pujuk Irdina. Dia pun susah nak angkat kaki tinggalkan kampung ni walaupun mereka boleh balik ke sini bila tiba waktu cuti. Kawasan kampung tak sama dengan kawasan bandar yang sentiasa bising dua puluh empat jam. Berbeza dengan kampung yang agak lengang sedikit. Udara pun bersih saja. Sejuk mata memandang.
"Hmm.... " Gumam Razzy. Beg pakaian di depan almari di pandang. Tak nak balik. Rasa macam nak buang beg tu.
"Pergilah kemas. " Kecil suaranya mengarah. Tangan Irdina di atas kepala di alihkan sebelum dia baring terlentang. Siling biliknya di renung sebelum beralih pada kipas siling yang berputar lambat.
Mata Irdina memandang kejap Razzy sebelum bangkit. Pakaian yang masih belum di masukkan ke dalam beg di hampiri. Usai dia mengemas, lampu bilik di matikan sebelum menghampiri katil. Selimut di tarik menyelimuti Razzy yang sudah terlelap. Dahi Razzy di sapu ubat agar pening Razzy tidak berulang sebelum dia baring di sebelah suaminya.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
Pintu bilik pejabat suaminya di buka bila tidak ada sahutan dari dalam. Langkahnya di buka perlahan menuju sofa di tepi bilik berdekatan tingkap kaca. Sekujur tubuh yang terlelap di hampiri."Abang. Bangun abang. " Kejutnya. Rambut serabai Razzy di kemaskan. Tercium bau ubat buatkan hidung Irdina gatal lalu terbersin tanpa sempat dia menutup mulut. Razzy yang terlelap terus tersentak. Nafas di hembus lega bila Irdina disisi memohon maaf. Ingatkan bunyi apalah.
"Pening lagi? " Soal Irdina. Dia mengangguk. Tak senang dirinya bila acap kali pening mengganggunya. Kerja pun masih tak siap-siap lagi.
"Larat tak turun bawah? Kita makan dekat kafe bawah aje. " Soal Irdina.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...