BAB 18

5.9K 200 6
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*




Malik memandang sinis Razzy dan Tomoi yang sedang berbincang dengan beberapa orang yang kini menjadi buah mulut orang kampung di sebalik tempat persembunyiannya.

     Masuk ke tiga hari sudah perbualan tentang kilang yang mahu Razzy bangunkan menjadi perbualan hangat orang kampung.

     Dari tempat persembunyiannya, amat ketara tanah kebun itu sudah berupa bentuk. Ada kawasan yang sudah di ratakan. Beberapa bahan untuk membuat kilang juga sudah ada di situ dan beberapa orang pekerja giat melakukan kerja mengukur mereka.

     Batang pokok di tumbuk kasar. Dia mesti laksanakan rancangannya. Dia tidak beta duduk diam bila sebahagian bangunan kilang sudah hampir selesai. Sebegitu lama dia diamkan diri dan hanya memerhati Razzy berbulan lamanya kerana inginkan rancangannya berjaya dengan jayanya.

     "Milah mana? " Soalnya pada anak buahnya yang sedari tadi duduk diam di belakangnya.

     "Dekat KL bos. Ada hal. " Balas anak buahnya.

     "Bodoh!! Dia pergi sana buat apa?! Plan nak jalan, dia pula menghilang. Bodoh! " Gerutu Malik. Di tumbuk batang itu sekali lagi untuk melepaskan amarahnya. Geram pada Milah. Di saat-saat seperti ini, sempat pula Milah pergi ke bandar.

     "Bila dia nak balik? " Soalnya dengan mata tajam memerhati ke depan. Amarahnya kian memuncak bila memandang wajah bekas banduan yang tengah bergelak ketawa itu. Kalau di ikutkan hatinya, dah lama dia meluru ke depan tapi takut rahsianya bocor. Tak pasal-pasal dia pula yang di halau dari kampung itu atau yang lebih teruknya masuk ke penjara.

     "Minggu depan bos. "

     "Cis!! Dia buat apa lama sangat dekat sana? Duit tak ada ke? " Soal Malik malas.

     "Apalagi bos? Memang duitlah. " Balas anak buahnya. Mereka menunduk sedikit bila ada kereta pacuan empat berwarna putih keluar dari kawasan itu.

     "Dah, jom balik. " Ujarnya sebelum dengan penuh berhati-hati dia berlalu dari situ di ikuti anak buahnya.
   
   
   
   

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


   
     "MENUNG apa Zy? " Sapa Tomoi yang baru saja selesai menghantar orang-orang penting yang melawat tapak kilang tadi. Dia pantas menghampiri Razzy yang termenung di bawah pokok mangga. Pondok tempat mereka selalu berehat dah di robohkan. Terpaksalah mereka merempat di bawah pokok mangga. Dapatlah berlindung dari cahaya matahari yang panas membahang.

     "Tak ada apa. Cuma Razzy tak sangka kita dah jauh sampai sini dah. Razzy betul tak sangka. Rasa macam tak percaya pun ada. " Balas Razzy sambil memandang pekerja-pekerja yang sedang membuat kerja mereka biarpun panas terik matahari kian menembak.

     "Hm... Aku pun sama. Dari berbincang, berjumpa dengan pakar sampailah saat ni semuanya aku susah nak terima. Macam dalam mimpi pun ada. " Seloroh Tomoi sebelum mereka berdua tergelak sama. Ketawa kerana perancangan mereka sudah semakin menunjukkan jayanya. Di harapkan rancangan mereka berdua kian lancar tanpa ada sebarang masalah.

     "Hm... Lepas ni naiklah pangkat kau ya Razzy. " Sakat Tomoi.

     "Pangkat apa pula? " Soal Razzy bingung.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now