BAB 35

7K 212 10
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Puan Rozyta menoleh ke pintu pagar bila terdengar bunyi kereta. Bibirnya melorek senyum manis. Pantas penyapu lidi di letakkan di tepi pangkin sebelum menuju halaman rumah.

"Assalamualaikum mama. " Ucap Razzy sejurus keluar dari kereta. Puan Rozyta di hampiri. Di salam tangan mamanya sebelum di peluk erat tubuh itu.

"Waalaikumussalam. Balik tak cakap pun. " Razzy tergelak kecil.

"Surprise! " Bisiknya kecil. Puan Rozyta mencebik sebelum tersenyum.

"Assalamualaikum mama. Mama sihat? " Sapa Irdina yang baru keluar dari kereta.

"Waalaikumussalam. Sihat alhamdulillah. " Balas Razzy. Irdina mencebik. Lain yang di soal, lain yang menjawab. Puan Rozyta ketawa.

"Mama sihat. Dah, jom naik. " Ajak Puan Rozyta. Lengan menantunya di tarik. Razzy pula membiarkan dua wanita pujaannya itu berlalu naik manakala dia pula berlalu ke but kereta. Beg pakaian mereka di ambil.

"Ayah mana ma? " Soal Razzy bila kelibat ayahnya tidak kelihatan. Sunyi saja rumah. Puan Rozyta di sinki menoleh.

"Ayah kamu pergi rumah Pak Imam. Kejap lagi baliklah tu. " Balas Puan Rozyta. Daging ayam di keluarkan dari peti sejuk.

"Eh, ada ikan talapia. "

"Kenapa? Razzy nak ke? Mama masakkan. "

"Boleh ke? " Soal Razzy.

"Mestilah boleh. Nak masak apa? " Puan Rozyta menoleh ke tepi. Razzy yang datang berdiri di sisi dia pandang.

"Tak apalah ma. Razzy ingat nak bakar. Nanti Razzy buat sendiri. " Ujar Razzy. Tidak mahu membebankan mamanya dengan permintaannya. Setakat bakar ikan, apalah sangat. Sekali sekala buatlah sendiri. Bukan susah pun.

"Yalah. " Akur Puan Rozyta. Menantunya di kirinya di pandang.

"Ird.. "

"Ya ma? " Soal Irdina. Bawang yang hendak di kupas di letakkan semula. Puan Rozyta di pandang.

"Belum ada isi ke? "

"Isi? " Keningnya berkerut. Isi apa??

"Cucu mamalah. "

"Oh.... " Razzy yang dah lama menghilang di cari. Mana tahu suaminya ada bersembunyi di mana-mana.

"Ada. Lima minggu dah " Bisiknya gembira. Puan Rozyta tergelak kecil.

"Alhamdulillah. Razzy dah tahu? " Irdina menggeleng.

"Nak buat kejutan untuk dia. Esokkan hari jadi dia. Ird dah beritahu dekat semua. Petang ni sampailah semua. Ummi abah pun datang. Nak jumpa besan katanya. Rindu. "

"Ummi kamu ni. Mama pun rindu dia juga. " Balas Puan Rozyta sebelum tergelak.

"Macam mana Ird tahu? "

"Ird pergi jumpa doktor. Ird dah lama tak datang bulan, lagipun Ird tak tahan. Perangai dia makin hari makin berubah. Sampaikan Ird susah nak penuhkan semua permintaan dia. Sebulan lepas, dia buat hal dekat ofis, pergi ajak staf main lif. " Puan Rozyta tergelak. Lain benar pembawakan budak yang terkena pada anak bongsunya.

"Malam semalam dia merajuk dengan abah. Abah usik dia, nasib baik abah dapat pujuk. Kalau tak, mungkin masih monyok muka tu. " Geleng Irdina. Teringat kejadian malam semalam di mana abahnya berhabis memujuk Razzy. Nasib baiklah terpujuk.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now