✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"EH Mak Ta. Beli apa? " Sapa Tomoi bila terserempak dengan Puan Rozyta di pasar.
"Beli barang sikit. Tomoi dari mana ni? Anak isteri kamu tak bawa sekali? " Soal Puan Rozyta.
"Dari bank. Baru lepas bank-inkan duit Razzy. Anak dengan isteri saya ada dekat restoran depan tu. Saja saya suruh tunggu sana. Nanti penat pula dia orang menunggu saya dekat bank tu. " Balas Tomoi ramah. Sedikitpun tak terganggu dengan apa yang berlaku beberapa bulan yang lepas sehingga memaksanya mengambil alih kilang Razzy untuk beberapa ketika yang dia tak tahu. Dia berharap yang pemilik sebenar kilang itu akan balik nanti.
"Oh... kalau macam tu Mak Ta pergi dululah ya? Pak Rai kamu dah tunggu tu. "
"Ya... Ya. " Balas Tomoi sebelum dia turut berlalu.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
Irdina mengetuk pintu bilik pejabat Razzy sebelum masuk. Ditangannya terdapat fail tebal berwarna hitam. Di letakkan di atas meja depan Razzy.Dah seminggu lebih Razzy menjawat jawatan CEO syarikat IK Jaya Holdings dan dah sebulan lebih mereka bergelar suami isteri. Dia pula dah sebulan lebih sejak mereka bernikah mencuba untuk menerima Razzy sebagai suaminya. Dia cuba juga biarpun hatinya menolak keras tapi otaknya mengarahkan agar dia mencuba. Antara hati dan otak, dia memilih untuk mempercayai otaknya. Lagipun dia tak nak jadi isteri yang derhaka.
"Encik Razzy kena! "
"Shu....!! Panggil abang. Abangkan dah pesan. Bila kita berdua aje. Panggil abang. Guna gelaran encik tu bila depan staf lain. Faham tak? "
"Faham. " Balas Irdina acuh tak acuh.
"Fail ni abang kena baca. Belajar. Ni fail projek berkaitan dengan sepuluh buah surau yang nak di naik taraf tu. " Perkataan abang di tekan kuat dengan mata terjojol keluar.
Razzy tergelak kuat dalam dia membuka fail itu. Lucu dengan mimik muka isterinya tadi.
"Dahlah gelak tu. " Tegur Irdina. Panas pula hatinya bila suaminya itu tak sudah-sudah gelaknya.
"Okey-okey. Sorry. Penat sangatlah. Tu yang gelak. Dari pagi sayang tak habis-habis nak bawa masuk fail. Belakang abang pun dah lenguh. " Adu Razzy. Belakangnya yang dah mulai sakit di pegang. Sejak memegang jawatan tersebut seminggu lepas, rasanya macam tak ada rehat baginya. Dekat rumah pun di paksa menelaah.
"Ird buat macam ni pun sebab masih banyak projek yang abang kena tengok. Belajar. Ambil tahu. Abangkan CEO, mestilah faham selok belok syarikat. " Ujar Irdina.
"Tapi bagilah abang rehat dulu. Ni dah seminggu lebih dah abang tak dapat nak rehat. Dera abang ke? " Rungut Razzy.
"Ni pun sekarang ni dah gelap dah. Staf lain pun dah balik. Tinggal kita aje. Abang dari tadi perhati aje sayang ni. Kalau macam ni baik kita tidur dekat sini. Tak payah balik rumah. " Gerutu Razzy.
Geram.
Irdina tersentak. Pantas di kerling jam di tangan. Tersengih dirinya memandang Razzy.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...