BAB 15

7K 202 6
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


"Raf, nanti belikan barang dapur ya lepas ambil Alyah tu. " Pesan Puan Rozyta. Senarai barang serta duit di hulur pada Rafie yang sudah mahu bergerak mengambil Alyah di tempat kerja memandangkan hari ni hari terakhir Alyah bekerja di tempat itu.

"Okey ma. " Balas Rafie.

Sampai di pekan, kedai tempat Alyah kerja di cari sebelum dia memarkirkan keretanya di tempat letak kereta. Selepas mengunci kereta, dia masuk ke dalam Supermarket tersebut. Di cari barang yang di kirim mamanya.

"Eh, bang. Awal sampai. " Tegur Alyah bila dia terserempak dengan abangnya. Di salam tangan abangnya sebelum kepala di jengukkan ke dalam troli yang berada di hadapan Rafie.

"Waalaikumussalam. " Perli Rafie. Alyah tersengih. Sedar akan kesilapannya.

"Kak Ana tak ikut? " Soal Alyah. Di kerling abangnya yang kusyuk sangat memandang kertas putih di tangan. Kening pun sampai berkerut-kerut.

"Tak. Tolong mama dengan makcik dekat rumah. Eh dik, jintan putih ni apa? Tak pernah dengar pun. " Jawab Rafie di selangi soalannya.

"Ni... Apa benda mama kirim ni? Asam keping?? " Tergelak Alyah dengan telatah abangnya. Takkan asam keping pun tak tahu???

"Dah, jom ikut Lyah. Lyah tunjukkan apa tu jintan putih dan asam keping. Di bawa abangnya ke lorong khas untuk barangan dapur.

"Ni jintan putih kalau abang tak pernah nampak. " Bekas berisi jintan putih di hulur pada abangnya.

"Yang ni asam keping. " Di hulur pula plastik berisi asam keping pada abangnya.

"Eh Lyah, you ada job baru ke? Tegur pengurus mereka sambil tersengih. Sedari tadi dia memerhati gelagat bekas pekerjanya itu. Di suruh balik, tak nak. Katanya nak habiskan masa jalan-jalan pusing sekitar Supermarket sampai habis waktu kerja. Bukan setakat berjalan-jalan, bekas pekerjanya itu juga asyik nak menyakat pekerja lain. Riuh bangunan itu dengan gelak ketawa mereka bila terdengar suara orang melatah.

"Haah bos. Nak kenalkan barang dapur pada orang yang baru nak masuk dapur. " Sempat lagi di perli abangnya.

"Ada-ada aje you ni Lyah. " Ujar pengurus itu sebelum berlalu dengan gelaknya.

"Eh Lyah. Bunga lawang ni apa benda? " Soal Rafie. Pening bila pertama kali membeli barang dapur.

"Lah.... Takkan tu pun tak tahu? " Soal Alyah. Alyah mengalah bila jelas terpampang wajah kosong abangnya.

"Dahlah. Ikut Lyah. Tunggu abang ni, sampai esok tak siap-siap beli barang. Kertas tu bawa sini. " Tangan di hulur.

"Eh-eh, beli barang ke? Kenapa tak ajak bakal suami? " Sakat bekas rakan sekerjanya. Siap tersengih-sengih lagi. Yang lain dah pasang telinga. Maklumlah dah kalau kaunter sebaris. Sebelah menyebelah aje semuanya.

"Haha.... Awal lagi. Tak halal lagi. Tak boleh jalan sama selalu. " Balas Alyah melayan usikkan mereka.

"Amboi dik. Gatal juga kau ni. Dah tu kalau halal, kau nak berkepit dua puluh empat jam dengan Hairy, macam tu? " Sakat Rafie. Nak balas dendam. Tadi masa nak beli barang, penat dia nak tebalkan muka bila Alyah tak sudah-sudah nak menyakatnya. Sampaikan masa nak beli daging ayam pun Alyah nak soal sama ada dia tahu tu daging ayam ke tidak.

"Err.... "

"Hah!! Gatal.... " Sakat mereka semua. Terhambur gelak mereka bila Alyah mencubit lengan Rafie.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now