✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Bolehlah? Kau biar betul? " Soal Nizam tak percaya.
"Asal? " Soal Razzy. Nizam di kerling. Nasi di dalam mulut di kunyah perlahan.
"Yang buat tu, Milah. Khas untuk kau. " Ujar Nizam. Razzy di pandang.
Razzy yang sedang mengunyah terhenti. Tapau di perhati sebelum memandang Nizam.
"Milah?? " Nizam mengangguk beria. Terhambur tawa Nizam bila sepupunya itu tersedak. Alfie dan yang lain hanya mampu memandang kerana tidak faham maksud perbualan dua sepupu itu.
"Kau jangan Zam. " Marah Razzy usai batuknya hilang.
"Gurau ajelah. Takkanlah dia tukar kerja..... " Meleret Nizam bersuara. Razzy yang faham maksud Nizam hanya menjeling.
"Kau beli dekat siapa ni? " Soal Razzy tidak puas hati.
"Dekat makcik Bibah. Alah tak ada apalah. Kau makanlah. " Ujar Nizam.
"Jam berapa gerak esok? " Soal Razzy. Sahabat-sahabatnya di kerling.
"Lepas subuh. " Balas Nizam.
"Apa??? "
"Awalnya!! " Suara mereka bergabung meluahkan rasa terkejut dan merungut.
"Alah gurau ajelah. Jam sepuluh macam tu. Okey kan? "
"Okey. " Balas mereka serentak.
"Dia orang dekat grup bising. Marah sebab kita balik kampung tak beritahu. " Ujar Firdaus sambil membaca setiap komen sahabat-sahabat mereka yang lain.
"Padan muka. Aku dah kata aku tak main-main. " Ujar Nizam.
"Nasrun marahlah Zam. Asal tak beritahu dekat dia, dia komen dekat sini. " Ujar Hazik yang turut membaca komen di telefon pintarnya.
"Biarlah. Malas nak layan. " Putus Nizam.
"Wei Zy. Kau buat apa tu? " Jeritnya pada Razzy yang jauh beberapa meter dari mereka.
Razzy mengerling ke belakang sekilas sebelum menumpuhkan pada kerjanya tadi. Nizam mencebik seraya bangun menghampiri Razzy.
"Eh, kau buat apa ni? " Soalnya.
"Tanam rumput. " Balas Razzy. Dah nampak orang tengah tebas lalang. Nak di soal buat apa??
"Wah..!! Banyak juga bisnes kau kan??? " Balas Nizam berloyar buruk.
"Kau tepi sikit. Aku nak menebas ni. Kau mengganggulah. " Tubuh Nizam di tolak ke tepi. Malas mahu melayan lelaki itu.
"Aku nak buat boleh? " Razzy memandang Nizam. Parang selasing di tangan di hulur pada Nizam. Di biarkan sepupunya itu mengambil alih kerjanya. Dia hanya berdiri di bawa pokok betik sambil memerhati Nizam.
"Eh, ada pekerja barulah. " Ujar Hazik sebelum telefon di fokuskan ke arah Nizam dan Razzy. Gambar dua sepupu itu di tangkap sebelum di kirim ke dalam grup mereka. Tergelak dia membaca beberapa komen yang baru saja di baca.
"Mampus kau Zik kalau Zam dapat tahu. " Ujar Firdaus sambil dia juga turut tergelak membaca komen mereka.
"Okey tak? " Usik Hazik bila Nizam dan Razzy melangkah menghampiri mereka di pondok. Nizam menggeleng. Hazik di tolak ke tepi sebelum dia baring terlentang. Peluh yang menitik di biarkan.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...