BAB 20

7.4K 250 6
                                    

    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*



"Manalah abah kamu ni? Dah pukul sembilan malam dah. Masih juga tak balik-balik. " Bebel  Puan Sri Iryna penuh kerisaun. Suaminya kata tadi balik lepas maghrib. Ni sampai isyak dah masuk pun belum sampai-sampai.

     Amriel, Ainien dan Irdina diam walaupun hati mereka turut risau. Tak pernah abah mereka itu berkelakuan seperti itu. Jika dia balik lambat, mesti di maklumkan pada mereka.

     "Angah cuba telefon lagi. " Arah Puan Sri Iryna di depan pintu. Amriel mengangguk faham. Jari di larikan atas skrin sebelum di lekap pada telinga. Beberapa kali menunggu, panggilan masih tidak berbalas. Hatinya makin di serang risau.

     "Tak dapat ummi. Abah pergi mana ni? " Gumamnya. Ain di sebelah cuba menenangkan suaminya. Dia pun turut risau. Entah ke mana bapa mertuanya itu pergi. Sejak tadi di telefon tapi tak berjawab.

     "Tak apalah mi. Biar angah cari. " Putus Amriel. Baru beberapa langkah, telefonnya berbunyi. Pantas di lekapkan ke telinga tanpa melihat siapa yang memanggil.

     "Apa bah?? Abah buat apa dekat sana? Langgar orang?!! Eh, hah? Abah tunggu sana. Kami datang sekarang. " Talian di matikan. Di pandang wajah risau umminya.

     "Mi. Kita pergi hospital sekarang. Nanti kita cerita dekat sana. Jangan risau, abah okey. " Ujarnya sebelum bergegas ke kereta.

     Dalam perjalanan, Amriel tenang memandu memandangkan ada empat lagi nyawa yang di bawanya. Dalam diam otaknya ligat berfikir tentang abahnya. Apa yang abahnya kata tadi sukar untuk di hadam. Abahnya yang selama ini tidak pernah memandu kereta melebihi had kelajuan 80 kilometer boleh pula terlanggar orang.

     "Bah? Abah buat apa duduk sini? Tak masuk bilik? " Terjah Amriel bila ternampak kelibat abahnya duduk di kerusi yang di sediakan di luar bilik.

     "Duduk dulu. " Arah Tan Sri Khairi yang masih tak senang duduknya. Hatinya masih berdegup kencang biarpun kejadian itu sudah berlalu setengah jam yang lalu. Puan Sri Iryna yang melihat tangan suaminya bergetar lantas di hampiri suaminya. Di genggam erat tangan suaminya.

     "Jangan risau. Abah okey. Cuma yang tak okeynya yang dekat dalam tu. " Ujarnya selepas beberapa minit.

     "Apa yang berlaku bang sampai abang terlanggar orang ni? " Soal Puan Sri Iryna risau.

     "Abang tak sengaja. Masa tu abang pandu tak laju. Abang dah nampak dah dia jalan tepi tu. Tu yang abah bawak perlahan tu. Lagipun malam. Lampu tepi jalan tu bukan boleh tolong sangat. Masa kereta nak lepas dia tu, abang tak sangka yang dia boleh tumbang. Tumbangnya pula atas bonet depan. Bila abang keluar, dia dah pengsan. Kepala berdarah terhantuk dekat tepi jalan. Tu yang abang bergegas bawa ke sini. " Ujar Tan Sri Khairi panjang lebar. Dia tak sangka pula boleh jadi macam tu.

     "Habis tu, kenapa tak telefon awal-awal? Risau tahu tak? " Soal Puan Sri Iryna. Ketara benar nada risau terselit dalam soalannya.

     "Telefon abang habis caj. Tu yang minta tolong nurse cajkan sekejap. " Balas Tan Sri Khairi yang sudah mula tenang. Melihatkan isteri, anak serta menntunya ada di sisinya sudah membuatkan dirinya tenang sedikit.

     Pintu bilik sebelah mereka di buka dari dalam. Terpacul susuk tubuh seorang doktor lelaki sambil dia membuka topeng mulutnya. Sarung tangan yang tercalit darah di buka. Mata mereka ralit memandang doktor itu dengan perasaan yang mendebarkan.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now