✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Ya. " Balas Anuar.
Aminah mengangguk. Kerusi di kosongkan. Mereka duduk di lantai dan terus bersembang semula. Ada yang duduk di tangga. Anuar menggeleng.
Sedang elok mereka berdua makan, telefon Razzy berbunyi. Terhenti seketika dia nak menyuap nasi. Sepupunya turut berhenti dari bersembang.
"Waalaikumussalam. " Balasnya. Keningnya berkerut mendengar butir bicara orang yang berada di talian.
"Kau apahal?? " Marahnya. Tiba-tiba nak menyembur orang dah kenapa??? Getus hatinya. Terjongket bahu Anuar. Terkejut dengan suara Razzy. Tambah mereka terkejut bila telefon di tangan berkecai bila di lempar ke dinding batu. Puan Rozyta di atas anak tangga turut terkedu.
"Kenapa ni Razzy? " Soalnya.
"Tak ada apalah mama. " Dalih Razzy. Nasi di habiskan cepat sebelum membilas tangannya dan berlalu ke atas. Karpet alas mereka sepupu lelaki untuk tidur di ruang tamu di bentangkan sebelum dia baring dan memejam mata.
Sepupu-sepupu perempuannya pula tidur di biliknya dan Rafiq.
Encik Raihan dan lain yang sedang menonton tv pelik. Kelibat Anuar yang sedang menghampiri Razzy di perhati.
"Wei Zy, kau apahal? " Soal Anuar tapi sunyi yang membalas soalannya. Tengkuknya di garu. Hening seketika sebelum seseorang memberi salam di depan pintu yang terbuka luas.
"Assalamualaikum. "
"Waalaikumussalam. " Balas mereka.
"Masuklah Nizam. Bila sampai? " Soal Encik Raihan menghulur tangannya.
"Tadi lepas maghrib pakcik. " Tangan Encik Raihan di salam. Begitu juga yang lain. Sepupunya yang baring mengiring di hampiri.
"Wei Zy bangunlah. Aku tahu kau tak tidur lagi. Kau lupakan ajelah tentang tadi tu. Bukan boleh buat apapun. " Ujarnya. Kalau bukan sebab mulut lancang sahabat mereka yang berani menyembur Razzy, tak adanya terjadi macam sekarang ni. Dia ingat sahabat mereka itu hanya bergurau bila dia kata nak marahkan Razzy bila berita pertunangan Razzy terputus dan tersebar dengan cepat.
"Kau diamlah. " Balas Razzy.
"Lah... janganlah macam ni. Ke kau merajuk ni? " Tebak Nizam dengan sengihnya. Anuar di kiri Razzy di kerling sebelum dia berbisik sesuatu pada Anuar. Anuar mengangguk setuju.
Mereka baring sebelum tubuh Razzy di peluk erat di kiri dan kanan dengan gelak mereka.
"Ish!! Tepilah!! " Marah Razzy tapi di buat tak endah Anuar dan Nizam.
"Alah... Kita orang dah lama tak peluk kau. Badan dah kurus. Mana sama dengan badan kau yang gemuk dulu. " Ujar Anuar. Razzy mengalah. Di biarkan dua sepupunya terus memeluknya. Akibat penat, cepat saja dia terlelap.
"Nak peluk sampai bila tu? " Soal Amani. Adiknya yang dah terlelap di kerling.
"Eh-eh... tidur rupanya. Patut senyap aje. " Ujar Nizam. Tangannya di bawa ke bawah kepala.
"Kenapa dia pecahkan telefon tu Nuar? " Soal sepupu perempuannya. Anuar menggeleng tak tahu.
"Pecahkan telefon? " Soal anak lelaki Puan Suria, Shamil.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...