BAB 26

7.1K 253 6
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Sesekali mata Razzy singgah pada Irdina di sebelahnya. Bunyi radio di kecilkan. Di kerling Irdina sementara menunggu lampu merah bertukar.

     "Okey tak ni? Dari tadi asyik kesat hidung aje. " Soalnya pada Irdina. Sejak tadi semasa berada di pejabat lagi dia perasan Irdina yang sering kali mengesat hidung. Dah tu sekejap-sekejap bersin sampai naik merah hidungnya.

     "Okey. Selesema sikit. " Balas Irdina. Di tarik lagi sehelai tisu kemudian mengesat hidungnya. Tergelak Razzy. Menipu pun agak-agaklah. Sikit??

     "Sikit apanya dah kalau hidung tu dah merah. Macam badut dah muka tu. " Perlinya. Tubuhnya laju di sandarkan di tepi pintu bila tangan Irdina cuba nak mencubitnya.

     "Si... Hachum!!! " Kuat Irdina bersin sampaikan penunggang motor sebelah mereka menoleh padanya. Terhambur tawa Razzy dengan tangannya laju mencapai sehelai tisu lagi dan mengesat hidung Irdina. Tawanya reda bila perasan akan sesuatu. Laju tangannya naik menekap pada dahi Irdina.

     "Panas badan sayang ni. Kenapa tak cakap sayang demam? " Soalnya penuh risau. Di kerling Irdina kembali bila Irdina bersuara.

     "Sikit ajelah. Tak payah risau. " Ujar Irdina.

     "Sikit apanya kalau bahang tu terasa sampai sini. Dah sayang rehat aje. Nanti abang kejut bila sampai dekat klinik. " Putus Razzy. Irdina hanya mengangguk kecil sebelum memejam matanya. Tersedar pun bila dia sudah berada di atas katil. Di kerling ke kiri dan ke kanan.

     "Feeling better? " Soal Razzy bila mata mereka bersabung. Punggung di labuhkan di birai katil. Irdina mengangguk dengan mata memerhati sekeliling.

     "Dekat mana ni? " Soalnya.

     "Dekat klinik. Abang kejutkan pun sayang tak bangun. Tu sebab abang angkat sayang. Doktor cakap sayang letih. Letih apa? Kita bukan kerja keras pun. " Sakat Razzy di hujung kata dengan pandangan nakal.

     Blur sekejap kepala Irdina nak faham maksud tersirat suaminya sebelum laju tangannya memukul lengan Razzy bila dah faham. Pening makin terasa bila perangai tak senonoh Razzy dah muncul semula. Nasib baiklah hanya mereka berdua yang berada di bilik itu.

     "Okey-okey. Jom balik. " Ujar Razzy laju. Tidak mahu terus-terusan mengusik Irdina. Masih jauh lagi perjalanan mereka. Sudahlah sesak dekat jalan tu macam tak habis-habis. Nanti mereka berlama dekat situ, gamaknya tengah malam baru sampai.

     "Sejuk ke? " Soalnya bila Irdina memeluk tubuh. Irdina mengangguk. Punggung di labuhkan di bangku luar bilik. Pantas Razzy membuka kot di tubuhnya dan di sarung pada tubuh Irdina.

     "Tunggu sekejap. Abang nak ambil ubat. " Ujarnya sebelum menuju kaunter.

     "Hujanlah pula. " Gumam Razzy bila pintu klinik di buka. Di kerling Irdina yang berada dalam pelukannya.

     "Sayang tunggu sini. Abang ambil kereta dulu. " Irdina hanya mengangguk. Kot di betulkan dari melorot jatuh dengan mata memerhati Razzy meredah hujan menuju kereta yang terletak beberapa meter dari tempatnya berdiri.
   
   
   

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now