✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Assalamualaikum, Zy. " Sapa Alfie sebelum tubuh Razzy di dakap erat.
"Waalaikumussalam. " Balas Razzy sambil membalas pelukan Alfie.
"Sihat? " Soal Alfie selepas pelukan di leraikan. Razzy mengangguk.
"Eh, eh. Tepi sikit Fie. Aku pun nak peluk juga. " Celah Hazik. Tubuh Alfie di tolak sebelum tubuh Razzy di bawa ke dalam pelukannya.
"Wah!! Makin sedap pula peluk kau ni bila dah kurus. " Sakatnya sebelum Razzy laju meleraikan pelukan. Mata Razzy naik turun memandang Hazik. Tergelak mereka bila melihat reaksi geli Razzy.
Dia senyum kecil pada sahabat perempuannya yang turut ada. Firdaus orang terakhir yang memeluknya erat dan lama.
"Aku minta maaf sebab sisihkan kau selama ni. " Ujarnya di bahu Razzy.
"Kau tak payah minta maaf dekat aku. Dah lumrah setiap manusia membuat kesalahan. " Bahu sahabatnya di tepuk. Tidak mahu mereka mengenang kisah lalu.
Pelukan di leraikan seraya menjemput sahabatnya itu duduk.
Sempat di kerling ayahnya yang meminta diri ingin berlalu ke sawah.
"Bila sampai? " Soalnya cuba membuang rasa kekok.
"Adalah dalam sejam macam tu. " Balas Alfie. Matanya ralit memerhati segenap tubuh Razzy. Begitu juga yang lain sehinggakan menimbulkan ketidakselesaan kepada Razzy. Pantas dia berdehem.
"Kenapa pandang macam tu? " Soalnya. Alfie dan yang lain tergelak.
"Tak adalah. Kami sebenarnya terkejut tengok kau. Dah kurus. Kau makan apa? " Soal Alfie laju di sambut gelak Nizam.
"Makan nasilah. " Balas Razzy. Sekali lagi Nizam ketawa dan kali ini di sertai Khairul Affandi, Hazik, Hamdan dan Firdaus.
"Tahulah kau makan nasi. " Cebik Alfie geram.
"Kau nak tahu dia makan apa sampai kurus macam ni? " Nizam bersuara usai tawanya hilang. Razzy yang duduk di sebelah Puan Rozyta di kerling sambil tersengih sebelum menoleh pada Alfie yang ternanti-nanti.
"Dia makan pisang. " Ujar Nizam. Alfie diam sambil merenung lama Nizam. Kemudian dia hanya mengangguk sambil mulutnya membentuk simbol kosong.
Nizam mencebik melihat reaksi Alfie. Hambar.
"Zy, kau nak ikut tak? " Soal Nizam.
"Pergi mana? " Soal Razzy.
"Pusing kampung. Nak? Bawa beruk-beruk dari bandar ni yang tak pernah jejak kampung. " Hazik dan Fazilah yang sedang minum tersedak. Mujur tak tersembur keluar air yang di minum.
Puan Rozyta tersenyum senang melihat perangai sahabat anaknya itu. Mereka tak kekok pun bila berjumpa orang baru. Bukan macam anaknya itu. Jumpa orang baru mesti berkepit dengannya.
"Apa Zam? Kau cakap kami ni beruk? " Marah Fazilah. Suka hati dia aje cakap orang ni beruk. Orang pun ada kampunglah. Ish!!
"Kau tunggu Zam. " Ujar Hazik. Muka tak puas hati terpamer.
"Aku tunggulah ni. " Balas Nizam sarkastik.
Razzy di sebelah Puan Rozyta hanya memerhati sahabat-sahabatnya.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...