BAB 5

6.6K 225 6
                                    

    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*



Shafikah tersenyum bila melihat Razzy dari jauh. Rambutnya di betulkan letaknya sebelum melangkah menghampiri Razzy.

     "Hai awak. " Sapanya bila Razzy lalu di sebelahnya.

     "Assalamualaikum. " Balas Razzy. Anak pakcik Rashgan di depannya itu di kerling sekilas sebelum memandang sawah padi yang terbentang luas.

     Shafikah tersengih bila di perli. Dia melangkah berdiri sebaris dengan Razzy.

     "Waalaikumussalam. "

     "Kau nak apa? " Soal Razzy.

     "Tak ada. Saja aje. Dah alang terjumpa ni. " Shafikah membalas dengan senyum simpulnya. Hujung baju di pintal-pintal sambil mata sesekali mengerling Razzy.

     "Kalau tak ada apa, aku balik dululah. Assalamualaikum. " Razzy meminta diri. Dia tidak selesa berduaan dengan Shafikah walaupun di tempat terbuka.

     "Eh-eh. Tunggulah dulu. Sembang nak? " Lengan baju Razzy di pegang.

     "Tak payah. Aku bukan kaki sembang. " Balas Razzy sebelum berlalu pergi. Langkahnya di besarkan. Sempat lagi Shafikah di jeling sebelum melangkah.

     Shafikah geram. Kakinya di hentak-hentak kasar bila pelan nak mengorat Razzy tak menjadi. Belakang tubuh Razzy di renung dengan otak ligat berfikir mencari idea lain untuk memikat lelaki itu.
  
 
 
 

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

 
     "Kenapa ni? Monyok aje. Ada apa-apa jadi ke? " Soal Amani bila menyedari muka cemberut adiknya.

     Razzy menggeleng sambil mengambil tempat di anak tangga. Botol berisi minyak motor yang dibelinya dia letakkan ke sisi. Mana mungkin dia nak kongsikan kejadian tadi. Walaupun Shafikah hanya ingin bersembang dengannya namun itu cukup membuatkan dirinya tak selesa. Apalagi Shafikah itu tidak memakai tudung. Dia tak nak kumpul dosa.

     "Mama mana? " Soalnya selepas dirinya tenang dari penat berjalan kaki.

     "Jalan, pergi pekan dengan ayah. Kenapa? " Soal Amani. Suaminya yang turun sambil membawa raket di kerling. Khairul Affandi menjongket kening pada isterinya sebelum sebatang raket di hulur pada adik iparnya.

     Amani mencebik membalas perbuatan Khairul Affandi. Sabar saja dia bila di sakat begitu. Bukan dia tak faham maksud suaminya itu. Dia mengandung jadi dia tak boleh nak lasak-lasak. Apalagi kandungannya itu masih lemah lagi. Dia tak nak jadi apa-apa pada kandungan pertamanya itu.

     "Tak ada apa. " Balas Razzy. Dia berdiri sebelum menerima raket yang di hulur Khairul Affandi. Petang itu di isi dengan aktiviti bermain badminton. Sesekali mereka tergelak. Amani di tangga tersenyum bahagia bila melihat riak gembira di wajah adiknya. Teringin juga nak ikut bermain tapi bila di fikirkan kandungannya masih baru, dia menanamkan niatnya.
  
  
 
 

 
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now