✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
Senyuman cuba disembunyikan melihat riak bosan dari si kembar yang nyata sudah bosan duduk bertapa di taman itu. Tak ada yang menarik pun. Lepas main gelongsor, main jongkang-jongket pula. Lepas tu main buaian pula. Bosan. Asyik main benda yang sama saja.
"Papa jomlah balik. Bosanlah.... " Rungut Rayd. Raydy mengangguk.
Razzy tersenyum dalam dia membaca perbualan dari isterinya melalui aplikasi Whatsapp.
"Okey jom. " Ujarnya. Telefon dimasukkan ke dalam poket setelah mendapat balasan dari isterinya. Terjerit gembira si kembar. Berlari mereka berdua menuju basikal beroda tiga yang dinaiki mereka.
Laju mereka mengambil tempat dibelakang basikal itu yang mirip seperti beca. Yang bezanya cuma basikal itu tidak mempunyai bumbung.
"Duduk diam. " Pesan Razzy sebelum mengayuh basikal menuju ke vila. Alah... setakat dua kilometer tu apalah sangat. Tidak di hiraukan si kembar yang sibuk berbicara. Burung terbang tepi pun sibuk nak kacau. Aduhai.
Sampai di vila, matanya meliar memerhati kawasan itu yang sunyi sepi. Mesti dah sembunyi dah. Lantas si kembar di bawa masuk.
"Mana mama? " Soal Raydy pelik bila segenap ruang bawah itu dia mencari mama namun tidak ditemui kelibat mama ada dimana. Sudah dipanggil mama masih juga tak kelihatan.
"Mama? Entah. " Dalih Razzy. Tubuh direhatkan ke sofa. Sengaja tidak diambil peduli si kembar yang dah kalut memanggil Irdina. Muka dah nak nangis dah.
"Mama....!! " Jerit Raydy.
Rayd dengan pantas menuju tingkat atas. Setiap tingkat, ruang dan bilik diperiksa namun hampa. Kelibat mama tidak ditemui. Hatinya sudah gusar.
"Papa.... " Kedua mereka sudah tercebik. Razzy disofa hampir tergelak namun sedaya upaya ditahan dari terhambur.
"Apa dia? " Dengan selamba dia menyoal.
"Mama hilang.... " Sejurus itu, tangisan mereka terhambur.
"Kan mama duduk rumah. Mana ada hilang. Mama dekat dapur tu. Kembar yang tak pandai cari. " Ujarnya. Rayd dan Raydy menggeleng kuat.
"Tak jumpa jugak! " Hampir terjerit Rayd.
"Kamu berdua tu yang tak pandai cari. " Ujar Razzy selamba. Sedu sedan si kembar lagi buatkan dia mahu ketawa. Meleleh-leleh air mata si kembar bercucuran jatuh.
"Dekat belakang dah cari? Entah-entah mama dekat sana. Duk layan ayam golek. " Terhenti tangisan si kembar. Tanpa menunggu lagi, bergegas mereka berlari menuju belakang vila. Tidak lama kemudian terdengar suara jeritan si kembar dan beberapa suara yang lain. Terhambur gelak Razzy. Belakang vila dituju dan telinganya jelas menangkap bunyi beberapa suara yang bergabung menyanyi lagu 'Allah Selamatkan Kamu' buat si kembar.
Si kembar nyata terkejut dengan kejutan yang mereka buat. Irdina langsung tidak dilepaskan. Kedua mereka erat berkepit dengannya.
"Selamat hari jadi anak-anak mama. " Ucap Irdina. Sisa air mata si kembar dikesat. Tersenyum dia bila berbalas pandangan dengan suaminya. Akhirnya menjadi juga rancangan mereka untuk memberi kejutan pada si kembar.
"Sian cucu tok ma ni terkejut. " Ujar Puan Rozyta. Gelak mereka kembali terhambur bila teringat kembali betapa risaunya si kembar. Menjerit-jerit mereka berdua memanggil.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...