BAB 24

6.8K 232 2
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Irdina terbangun bila terasa tubuhnya di himpit. Nak beralih pun susah. Makin dirinya pelik bila katil itu bergegar. Takkan gempa bumi. Irdina tersentak bila fikirannya tak semena-mena terfikirkan benda lain. Mata di pejam beberapa kali.

     Dia mengambil keputusan untuk bangun tapi terasa ada yang menahan tubuhnya. Di selak selimut sebelum dia tergamam. Alat kawalan jauh lampu yang terletak di meja sebelah katil di capai sebelum di tekan. Automatik bilik sewa itu terang benderang. Makin dia tergamam bila sedar benda yang terletak elok diatas perutnya ialah lengan. Lengan suaminya. Baru saja mahu mengejutkan lelaki itu, tangannya terhenti. Keningnya berkerut. Di pandang tubuh bergetar Razzy. Peluh juga timbul di sekitar wajahnya biarpun penghawa dingin ada. Bahang juga turut terasa.

     Tangan pantas di lekapkan pada dahi Razzy sebelum Irdina di serang kalut. Tubuh mengiring Razzy di tolak agar terlentang. Di lekapkan sekali lagi tangannya pada dahi Razzy. Panas. Irdina pantas bangun, di cari tuala kecil. Bila di jumpai apa yang di cari, dia menuju bilik mandi dan seketika kemudian dia keluar membawa mangkuk kecil yang di jumpainya di bilik mandi.

     Tuala kecil di rendam ke dalam mangkuk sebelum di perah kemudian di lipat dan di tuam pada dahi Razzy. Beberapa kali dia lakukan untuk meredahkan demam Razzy.

     "Ja-jangan! " Irdina tersentak. Laju dia memandang wajah lena Razzy yang terganggu. Kepala Razzy terteleng ke kiri dan ke kanan beberapa kali dengan mulut turut bergerak.

     "Abang? Bangun abang. Kenapa ni? " Soalnya risau. Digoyangkan tubuh Razzy hingga lelaki itu sedar. Tercungap-cungap Razzy cuba menstabilkan nafasnya. Dia bangun dan menyandar pada kepala katil.

     "Kenapa ni? " Soal Irdina sekali lagi. Risau melihat keadaan Razzy. Entah apa yang di mimpikan sampai mengigau. Peluh di dahi Razzy di kesat. Razzy menggeleng dengan mata memandang balkoni yang terlindung dengan langsir. Seram bila teringat mimpinya tadi. Makhluk yang sama muncul di dalam mimpinya. Dia di kejar oleh makhluk itu dengan badan di penuhi darah. Bau busuk juga lebih busuk dari tadi.

     Irdina turut mengekori lirikan mata suaminya. Di pandang langsir yang beralun lembut bila terkena angin kipas. Tidak ada apapun yang pelik. Kenapa dengan suaminya itu? Hatinya bertanya sendiri.

     "Abang minum ubat ya? Abang demam ni. " Ujar Irdina lembut.

     "Ta-tak nak. " Balas Razzy. Tersentak bila isterinya bersuara. Tubuh di baringkan semula seraya menarik Irdina sekali baring bersama. Irdina akur. Nak di paksa pun belum tentu dapat. Faham sangat kebencian Razzy pada benda yang bernama ubat.

     Ditarik selimut menyelimuti mereka berdua. Pandangannya bertembung dengan mata Razzy.

     "Kenapa ni? " Soalnya. Di beranikan diri naik mengusap pipi Razzy. Bahang mulai terasa bila keadaan mereka di selimuti selimut tebal.

     "Tak ada apa. " Balas Razzy dengan mata terpejam. Di hayati tangan Irdina yang mengusap pipinya. Tangannya bergerak menahan tangan Irdina di pipinya. Di biarkan di situ hingga dia terlelap semula.

     Irdina tersenyum. Tangan Razzy di alihkan dari menahan tangannya bila yakin lelaki itu sudah terlelap. Lampu bilik di matikan sebelum dia baring semula di sisi Razzy. Buat seketika dia termenung. Fikirannya masih terfikirkan tentang hal tadi. Apa yang di mimpikan suaminya hingga demam. Lama dia termenung hingga tidak sedar dirinya juga ikut terlelap dan yang pasti mimpinya dengan Razzy berlainan.
   
  
  

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now