✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Assalamualaikum! " Razzy menghulur tangannya. Nizam di depan pintu menyambut huluran tangan sahabatnya itu.
"Waalaikumussalam. Masuklah Zy. Mama kau dah ada dekat dapur. Tengah menolong dekat sana. " Ujar Nizam.
"Hah Razzy. Pak Imam ingat kamu tak datang. " Ujar Haji Abu Bakar, imam kampung Malandi. Beberapa orang kampung sudah duduk bersila di ruang tamu.
"Datang Pak Imam. Tapi balik rumah dulu, bersihkan diri. " Ujar Razzy mengambil tempat di sebelah Pak Imam.
"Kamu tak payah ambil peduli pandangan orang tu. Kamu buat biasa aje. " Bisik Haji Abu Bakar bila menyedari beberapa orang yang ada di situ sedang memandang Razzy dengan pandangan serong.
Razzy tersenyum hambar. Mana mungkin orang mampu menerima dirinya dengan gelaran bekas banduan yang di bawanya biarpun dah lebih empat tahun dia keluar dari penjara.
"Rasanya dah boleh mula dah Pak Imam. " Haji Abu Bakar mengangguk. Lantas dia memulakan majlis. Majlis kenduri tahlil untuk arwah sahabatnya selesai selepas beberapa minit kemudian.
"Razzy tak makan ke? " Soal Haji Abu Bakar bila anak muda di depannya hanya memegang segelas air sirap.
"Pak Imam makanlah dulu. Razzy kenyang lagi ni. " Tolak Razzy. Kekok rasanya bila beberapa orang yang masih ada di situ memandangnya. Rasa mahu saja pulang rumah tapi terfikirkan itu majlis orang, dia hanya mampu menahan diri.
"Zy, mama kau panggil. " Ujar Nizam di tangga menuju dapur di bawah. Razzy pantas berdiri menuju dapur setelah meminta izin dari Haji Abdul.
"Ada apa ma? " Soalnya di anak tangga.
"Aik! Siapa ni Ta? Kacak sungguh. Kerja tentera ke? " Sampuk satu suara di belakang Razzy. Razzy pantas menoleh. Terkejut dia bila seseorang makcik berdiri hampir dekat dengannya. Mamanya yang duduk bersimpuh di sebelah ibu Nizam laju di hampiri. Tergelak beberapa makcik di situ yang sudah masak dengan perangai Razzy yang tidak suka di hampiri oleh orang yang tidak di kenalinya.
"Ni anak bongsu aku. Kerja biasa aje. Mana ada kerja tentera. Dia tak minat. " Balas Puan Rozyta.
"Lah... kacak, tinggi macam ni tak minat kerja tentera ke? " Puan Rozyta sekadar mengangguk. Nak di harapkan anaknya itu, sampai mereka balik sekalipun mulut tu takkan di buka langsung.
"Kacak apanya kalau bekas banduan. " Sampuk satu suara dengan sinisnya. Ruang dapur itu sepi. Razzy menunduk. Kalau bukan di sebabkan Nizam memaksanya datang tadi semasa mereka bertemu di surau, dia takkan jejakkan kaki di sini. Dia malu nak menghadiri sebarang majlis dengan status dirinya itu.
"Lah.... apa yang nak di hebohkan sangat dengan bekas banduan tu. Bukan boleh buat apapun" Bela perempuan yang memuji Razzy tadi. Kesian dia melihat anak sahabatnya itu.
"Memanglah nak di hebohkan. Dia dah rosakkan nama baik kampung ni. " Balas suara itu.
"Haih Dayang, aku ni yang bekas banduan, duduk lima tahun dalam penjara tu tak pula kau hebohkan. " Sampuk Encik Rashgan, suami pada Puan Amyra. Perempuan yang memuji Razzy tadi.
"Ya. Betul apa yang si Rash tu cakap. Yang kau sibuk sangat nak kacau anak si Rozyta ni kenapa? " Balas Puan Hamidah, ibu Nizam. Sungguh dia tidak puas hati dengan mulut puaka si Dayang yang tak tahu umur tu makin tua. Tak lama lagi nak mati.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...