BAB 34

6.9K 221 4
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*






Irdina tersenyum bila terasa erat tangannya di genggam erat ketika lalu di depan pelancong warga eropah. Razzy di kerling. Masih bermuka ketat seperti waktu dia di kejutkan tika mereka mahu sembahyang subuh sebelum berangkat ke Sabah. Gelak kecil terhambur. Lengan Razzy di peluk erat sambil mereka menelusuri tepi pantai itu.

     "Tak hilang lagi ke cemburu tu? " Dongak Irdina. Cermin mata hitam Razzy di lorot ke hidung dengan senyum kecil.

     "Ish! " Marah Razzy. Cermin mata di tolak naik. Rajuk belum hilang lagi ni.

     "Tak payah nak merajuk. Kesianlah dekat Ird. Takkan Ird nak honeymoon seorang diri? Kalau macam tu baik Ird curi mamat orang putih tadi tu,  biar dia teman Ird. " Pelukan di lepaskan sebelum berpaling kebelakang. Kalut Razzy mahu menarik Irdina ke dalam pelukannya.

     "Sayang janganlah merajuk pulak. Kalau dua-dua merajuk, jadi apa nanti honeymoon kita ni? "

     "Hah! Tahu pun. " Balas Irdina seraya menampar lengan Razzy. Laut yang membiru di pandang. Hujung tudung di pegang dari di tiup angin petang.

     "Suka tak? " Bisik Razzy perlahan di tepi. Irdina mengangguk. Terasa pelukan makin di eratkan.

     "Abang jangan nak buat hal dekat tepi pantai ni. " Tegurnya. Razzy tergelak kecil.

     "Abang rindu... "

     "Rindu apanya? Ird kan dekat abang? Nak rindu apa lagi? "

     "Abang tahulah sayang dekat abang tapi jauh. " Irdina tergelak. Dekat tapi jauh.

     "Ada-ada aje abang ni. " Ujarnya dengan gelak masih bersisa.

     "Betullah. Sayang selalu dengan abang bila dekat rumah tapi sayang asyik berkepit dengan kakak, dengan kak ngah. Abang rasa lonely...... " Adu Razzy di tepi telinga isterinya.

     "Siapa suruh tak ikut berkepit? " Balas Irdina.

     "Sayang..... "

     "Eh.... tak payah merengek sangatlah. Ird ada depan abang sekarang kan. " Balas Irdina sedikit geram. Kepala Razzy di tolak lembut dari menyondol pipinya. Tak malu buat perangai dekat kawasan terbuka macam ni.

     "Jom masuk bilik! " Tubuh Irdina di cempung sebelum dia berpaling. Bilik yang mereka sewa di tuju sambil mengusik Irdina. Tergelak dia bila pipi Irdina merona merah. Suka dia tengok pemandangan indah itu.
   
  
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


  
  
     "Puas dah? Kenapa tak tinggal sana terus? " Perli Amriel di depan pintu sambil berpeluk tubuh. Razzy dalam dia mengeluarkan beg pakaian dari dalam bonet tergelak kecil.

     "Angah kalau cemburu cakap? Tak payah main perli-perli. " Tubuh abangnya di tolak sebelum menonong masuk ke dalam. Razzy dan Amriel di tinggalkan di luar.

     "Orang kalau balik dari honeymoon, muka tu berseri-seri. Dia pula hangin semacam. " Bebel Amriel hingga ke ruang tamu. Tan Sri Khairi menggeleng. Amriel di pandang.

     "Siapa? "

     "Adik. " Balas Amriel. Tan Sri Khairi tergelak. Tangan di hulur menyambut huluran tangan menantunya.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now