✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*Mata Razzy ralit memerhati isi ruang tamu itu yang masih kosong tanpa sebarang perabot sambil kaki melangkah perlahan.
"Macam mana Encik Razzy? Okey ke? " Soal lelaki yang sedari tadi memerhatinya serta mengekorinya memeriksa rumah yang ingin di belinya itu. Setelah puas berpusing ke seluruh pelosok rumah tiga tingkat itu, Razzy dan lelaki itu bergerak ke halaman rumah yang di hiasi rumput yang menghijau.
"Okey. Ruang pun tak berapa sempit. " Jawab Razzy. Konsep rumah tersebut tidaklah terlampau semak. Konsep rumah itu agak kepada ringkas, moden dan dia berpuas hati memandangkan dia pun tak suka dengan konsep yang sarat.
"Jadi Encik Razzy setuju nak beli rumah ni? " Soal ejen itu. Razzy tanpa perlu berfikir panjang mengangguk setuju. Tapak rumah itu pun agak jauh dari rumah yang lain. Kiranya privasi tidaklah terganggu dengan suara-suara.
Selepas berbincang, Razzy dan ejen itu berpisah haluan. Fail merah di genggam erat tanda urusan jual beli selesai hari itu juga. Kereta di tuju. Selepas menunggu beberapa saat, kereta perlahan-lahan bergerak menuju syarikat semula. Orang bila masuk waktu tengah hari, waktu nak isi perut, mesti tempat yang di tuju ialah kedai makan tapi Razzy tak. Dia pergi curi masa nak selesaikan urusan beli rumah.
Sudah sebulan di mana dia berbincang dengan Irdina untuk memiliki rumah sendiri. Irdina tanpa berfikir panjang turut setuju untuk tinggal berdua. Tan Sri Khairi dan Puan Sri Iryna pula sangat menyetujui cadangan Razzy mahu tinggal sendiri bersama Irdina. Itu juga peluang mereka untuk lebih mengenali hati budi masing-masing tanpa campur tangan orang lain.
"Abang pergi mana? Kata sekejap aje. " Soal Irdina sambil tangan bekerja memindahkan makanan yang di tapaunya ke dalam pinggan. Hari ni mereka berdua hanya makan di pantri saja. Beberapa orang pekerja juga turut ada di sana tapi duduk agak jauh dari mereka. Dia dan Razzy duduk agak jauh dari pintu dan berada di sudut tepi pantri.
"Pergi tengok rumah tu. " Balas Razzy ringkas. Pinggan yang di hulur di sambut. Irdina terkejut.
"Eeh.....!! Tak ajak pun pergi tengok rumah tu. " Rajuk Irdina. Sempat di cubit bahu Razzy sebelum mengalihkan sedikit tempat duduknya. Razzy hanya mampu tersenyum kecil bila kelakuan mereka tadi di perhati staf. Dia berdehem sebelum bersuara.
"Abang uruskan jual beli rumah tu dulu. Nanti kita pergi tengok sama-sama sebelum beli perabot rumah tu. Okey? " Pujuknya lembut.
"Betul ni? " Soal Irdina. Razzy mengangguk beberapa kali.
"Jom makan. Abang lapar ni. " Razzy bersuara setelah menyedari isterinya sudah tidak merajuk lagi.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Abang... Kenapa tak gerak lagi? " Terjah Irdina di pintu bilik. Razzy yang sedang tekun menyemak beberapa fail tebal di atas meja sejak tadi mula mendongak. Di angkat kening sekali tanda menyoal.
"Kenapa tak gerak lagi? Abang kan ada mesyuarat dengan syarikat Tan Sri Said Amri. Lambat nanti macam mana? " Beberapa saat berdiam diri, akhirnya Razzy tersedar. Kalut dia mencapai apa yang penting bila jarum jam hampir mencapai pada angka dua yang menandakan lagi beberap minit nak masuk waktu pukul dua. Mesyuarat bermula jam dua setengah petang dan dia masih di sini. Di dalam pejabat. Sempat di cium pipi Irdina sebelum dia dengan langkah tergesa-gesanya melangkah menuju lif di mana staf yang akan mengikutinya sedang menunggu.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...