✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*Setelah menghidang ke semua lauk yang dimasaknya ke atas meja, dia berlalu ke ruang tamu. Si kembar sibuk menonton rancangan kartun di televisyen.
"Abang, adik, pergi basuh tangan. Dah tiba masa nak makan. " Si kembar mengangguk faham sebelum berlalu ke dapur selepas Rayd menutup televisyen.
Razzy yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon pintar di halaman vila dihampiri. Razzy tersenyum seraya menghulur tangan padanya bila lelaki itu menyedarinya. Dia membalas dan menyambut huluran tangan suaminya itu.
"Siapa abang? " Soalnya usai lelaki itu selesai berbicara. Razzy menarik senyum dan memandangnya. Kedua tangan naik melilit pinggang sebelum menariknya ke dalam pelukan.
"Mama. " Jawab lelaki itu. Dahi dicantumkan dengan dahi isterinya. Puncak pangkal hidung Irdina di cium lembut. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.
"Kenapa dengan mama? Ada apa-apa ke? " Soal Irdina yang tidak ambil peduli dengan kegiatan Razzy yang tengah tersenyum padanya.
"Mama suruh balik minggu ni, abang Muzaffar nak kahwin lagi dua minggu. Abang Zaffar rupanya dah lama bertunang dengan tunangnya dari luar negara tu. Abang pun tak ingat. Nasib mama ingatkan tadi. " Jawab Razzy lalu sekali lagi dicium puncak hidung Irdina. Kerana geram, bibir Irdina turut dicium.
"Abang..!! " Geram Irdina.
"Alah sayang ni. Abang tak tahanlah. Geram tengok bibir sayang tu. " Balas Razzy seraya tersengih gatal. Irdina balas dengan jelingan. Ada-ada saja Razzy ni.
"Yanggg... oh yangg.. bila nak bagi abang anak lagi? " Irdina rasa mahu pengsan bila soalan tu dilontar.
"Ish abang ni! "
"Alah sayang. Abang ni dah lama tak merasa ada bayi. Teringin juga nak ada anak lagi. Bolehlah ya? Ya sayang? Alah bolehlah.... " Meleret Razzy bersuara dihujung kata. Pipi Irdina dicium cara menggoda. Berharap Irdina setuju.
"Kan kembar dah ada. Tak cukup lagi ke? " Balas Irdina. Dengan pelukan kuat dari Razzy, mustahil untuk dia melarikan diri.
"Sayang ni sebenarnya membazir tahu tak. " Berkerut keningnya. Razzy yang selamba memandangnya dipandang.
"Membazir? Membazir apa? " Soalnya pelik.
"Selama kita bersama ni, dah berapa banyak sayang bazirkan air- "
"Abang!! " Allah akhbar! Irdina rasa mahu pitam. Mukanya juga rasa panas. Razzy yang selamba badak memandangnya dipandang geram. Memang tak tahu malu langsung.
"Bolehlah ya? " Pujuk Razzy lagi. Pelukan dieratkan seraya mencium bibir Irdina.
"Huhuk!! Papa dengan mama bila nak habis? Kami dah lapar ni. " satu suara menyampuk di depan pintu. Mukanya bukan main bengang lagi buatkan Razzy dan Irdina tersengih.
"Okey-okey. Jom makan. " Balas Irdina. Pelukan dileraikan namun pelukkan makin Razzy eratkan. Dengan muka mengalah Irdina menuju ke dapur. Razzy dibelakang turut melangkah. Tangan tidak terpisah dari memeluk pinggang isterinya.
"Kiri kanan kiri. Kiri kanan kiri. " Bisiknya ditepi telinga Irdina seiring kaki mereka melangkah menuju dapur. Suara lagak si askar yang sedang berlatih kawad.
"Abang!! " Makin Irdina geram. Boleh pula dia samakan dengan askar yang tengah berlatih. Mentanglah dia berjalan macam tu. Macam mana nak berjalan elok bila ada baby tua elok menempel di belakang.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...