✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Hei bro! " Sapa Alfie yang baru tiba. Dilihat rumah banglo itu masih penuh dengan tetamu yang dijemput walaupun majlis sudah bermula sejam yang lepas.
"Assalamualaikum. " Perli Razzy. Alfie tersengih malu. Mereka bersalaman sebelum dia duduk disebelah sahabatnya itu. Diperhati Razzy beberapa saat sebelum dia bersuara.
"Sihat? " Soalnya biarpun tahu perihal lelaki itu yang demam selepas mengikut kehendak si kembar. Rafie yang menceritakan padanya itupun tika dia terserempak dengan lelaki itu semalam.
"Alhamdulillah. Boleh lagi nak bergerak. " Balas Razzy.
Alfie sekadar mengangguk kecil. Padahal tengok pada muka pucat Razzy dah tahu yang lelaki itu belum sihat sepenuhnya.
"Kau masuklah. Rehat. Kang jadi benda lain pula. " Ujar Alfie. Razzy menggeleng kecil. Takkan nak tinggalkan majlis. Apa pula kata orang nanti.
"Tak ada. Tak ada. Jom masuk. " Ujar Alfie. Lengan Razzy dipaut dengan paksa. Tergeleng dia melihat muka cemberut Razzy yang nyata tidak suka bila dipaksa.
"Ird. Ni, laki kau ni. Suruh dia rehat. Dah tahu diri tu sakit, degil juga nak duduk luar. " Alfie bersuara usai mereka tiba di ruang tamu. Tambahlah cemberut lelaki itu bila diri digelakkan.
"Hah! Padan muka. Abah dah kata tadikan, tak payah duduk luar tu. Nak juga duduk sana. " Tan Sri Khairi bersuara dengan gelaknya. Puas mereka menegah Razzy dari duduk diluar tapi sedikitpun lelaki itu tidak berkutik. Tetap juga mahu duduk diluar. Sekarang bila doktor tu dah bersuara, tahu pula dia menurut.
"Abang rehat kat bilik ya? Jom. "
"Tak nak. Kat sini aje. " Balas Razzy. Dilabuhkan punggung disofa kosong. Malas nak naik. Takkan nak memerap dalam bilik.
"Okey. Kalau nak apa-apa ke, panggil Ird aje nanti. " Pesan Irdina sebelum berlalu ke dapur. Mahu membantu apa yang patut. Razzy sekadar mengangguk kecil sambil mata ralit menonton televisyen.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
"Dah tu, kau buat apa lepas kena tampar tu? " Dengan ketawa yang masih bersisa, Razzy menyoal. Kelakar mendengar cerita yang Alfie sampaikan."Tak ada. Tahan malu sebenarnya. " Balas Alfie bila teringat kisah di mana dia ditampar oleh seorang wanita yang salah anggap terhadapnya. Tika itu, dia berada di hospital kerana mesyuarat bersama kakitangan hospital. Disebabkan hendak cepat sampai ke dewan mesyuarat, dia melalui jalan pintas. Masa itu juga dia hendak membuang air kecil jadi dia mengambil keputusan untuk menggunakan bilik air salah satu wad yang ada dilorong itu. Wad yang dirasanya kosong itu rupanya punyai penghuni yang tengah menggunakan bilik air.
Akibat salah faham, wanita itu terus melayangkan penampar kerana menganggap yang dia itu lelaki gatal. Sudahlah masa itu dia juga sedang dicari oleh pembantu peribadinya kerana terlewat. Satu lorong riuh kerana mendengar suara wanita itu menjerit nyaring.
Tergeleng kepala Razzy sambil tawanya masih berhamburan. Lawak. Kalau dia yang jadi wanita tu, tendangan yang dia berikan pada Alfie. Biar padan muka.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...