✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Pening lagi? " Puan Rozyta bersuara menyoal menantunya. Irdina menggeleng kecil. Semalaman dia tidak sedarkan diri dan baru pagi ini dia bangun. Bangun saja, air yang dicarinya. Segelas air diminum, perut pula meminta benda yang lain. Dia lapar. Dua pinggan nasi dimakannya akibat lapar yang sangat sampai dia ditegur oleh Khairul Affandi kerana makan dengan gelojoh.
"Ma.... abang mana? " Ralit Puan Rozyta merenung menantunya, dia disoal dengan soalan yang kembali menarik rasa sakit hatinya.
"Ird tak ingat? " Soalnya. Kening Irdina berkerut. Ada apa-apa benda yang terjadi ke?
Melihatkan saja kerutan di wajah menantunya itu, dia mulai faham. Tangan Irdina digenggam dengan senyum hambar.
"Razzy dekat hospital. Masih tak sedarkan diri. Masuk ni, dah dua hari dia tak sedarkan diri. Ird tak ingat sebab ada orang buat benda tak elok dengan kamu. Dia hantar benda dekat kamu. Tak apalah. Semua dah selesai dah pun. " Puan Rozyta tidak mahu bercerita panjang. Cukuplah sekadar Irdina tahu. Lagipun hatinya jadi sakit bila mengenang cerita Ustaz Luqman itu.
"Abang tak sedarkan diri kenapa? "
"Razzy kena tembak. Polis cakap orang tu orang upahan. "
"Dah kena tangkap ke mama? "
"Dah. Ada enam orang. Dia orang tu kena upah oleh orang yang dia orang tak kenal. Berurusan hanya melalui telefon tapi sebijak manapun orang tu, tetap juga dapat dikesan. Orang tu orang Malaysia. Pihak polis Perancis dengan polis Malaysia tengah bekerjasama nak banteras. "
"Ird nak jenguk abang boleh tak ma? "
"Larat ke? " Irdina mengangguk yakin. Puan Rozyta akur.
"Nanti kejap lagilah. Ird bersiap aje. Lagipun waktu melawat jam sembilan nanti. " Ujar Puan Rozyta. Mereka pun akan ke hospital juga mahu melawat anaknya. Dengar dari suaminya tadi yang tengah bersembang dengan Jakov, Mike dah sedar dah semalam. Tiga lagi lelaki dah sedar petang semalam selepas tujuh jam keluar dari bilik bedah. Antara mereka berlima, yang teruknya Razzy. Tulang kekura kiri patah mengakibatkan anaknya itu terpaksa dipasangkan besi untuk menyokong tulang yang patah tersebut. Dan sembilan puluh peratus tangan kiri anaknya tidak mampu berfungsi dalam tempoh penyembuhan. Saraf menuju tangan kirinya juga turut cedera kerana itu tangan kiri anaknya tidak mampu berfungsi.
Dia berharap yang anaknya sedar secepat yang mungkin kerana mereka semua sedang menunggu. Doktor dah maklumkan yang Razzy keadaannya stabil tapi dia sebagai ibu kepada lelaki itu takkan tenang selagi anaknya belum sedarkan diri.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*Sampai sahaja di hospital persendirian Perancis itu, Jakov dan dua lagi pengawal peribadi sudah menunggu di lobi hospital. Tidak mahu membuang masa, mereka terus menuju ke wad persendirian dimana Razzy ditempatkan. Mike di bilik sebelah ditemani Brad.
Masuk saja ke dalam wad, Razzy kelihatan sedang berbicara dengan Ustaz Luqman. Puan Rozyta mengucap syukur melihat anaknya sudah sedarkan diri. Ustaz Luqman meminta diri kemudiannya. Dia tidak mahu mengganggu masa keluarga itu.
"Abang.... " Panggil Irdina serba salah. Melihatkan saja pandangan mata itu yang sungguh tajam, sudah buatkan dia terketar lutut. Razzy mahu tergelak melihat riak takut Irdina.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...