BAB 33

7.6K 209 1
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*




         Siling bilik tidur di renung lama. Pelukan di eratkan lagi. Razzy menoleh pada Irdina di atas dadanya yang sedang memejam mata. Dia tahu isterinya bukan tidur tapi sedang menghayati keadaan mereka itu. Sunyi. Tenang tanpa sebarang bunyi.

     "Sayang... " Panggil Razzy perlahan.

     "Hm... " Gumam Irdina tanpa membuka mata mahupun mendongak. Penat masih terasa. Biarlah dia berehat sebentar.

     "Abang rasakan nak hantar mama dengan ayah pergi naik hajilah. " Ujar Razzy mengatakan hasrat besarnya itu. Irdina menarik senyum. Kepala mendongak seraya dia menongkat tubuhnya dengan tangan di atas dada suaminya menahan tubuhnya.

     "Alhamdulillah. Nanti abang cakaplah dekat mama. Dekat ayah. Mesti mereka suka. Hm.... " Razzy diam menanti bicara isterinya yang terhenti sebentar. Senyum kecil terbit bila melihat bidadari di atas tubuhnya. Cantik!

     "Apa kata kalau kita sekalikan dengan ummi abah? " Cadang Irdina. Razzy berfikir buat seketika sebelum mengangguk.

     "Nanti kita cakap. Pasal urusan tu nanti abang tolong uruskan. Hadiah untuk mama dengan ayah. Berdoa saja moga ada lagi kekosongan untuk ummi dengan abah. " Irdina tersenyum. Faham akan berkaitan pengurusan haji dan umrah. Kalau dah bertahun-tahun mendaftar pun belum tentu dapat menjejakkan kaki ke tanah suci jika bukan rezeki kita.

     "Dah? " Soal Razzy. Irdina pelik. Kening berkerut.

     "Maksud abang? " Soalan berbalas soalan. Razzy tersenyum. Matanya melirik tubuh bogel Irdina di atasnya. Senyum terbentuk sebelum menukar kedudukan. Dia mengambil alih di atas Irdina.

     "Tak puas lagi? " Gumam Irdina.

     "Jangan tanya soalan yang beri abang kekuatan. " Bisik Razzy sebelum memulakan langkahnya buat kali yang ke berapa pun tak tahu. Irdina hanya mampu berserah.
  
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

  
  
  
     Irfan tersenyum suka bila melihat Irdina makan berseorangan. Lantas dia memarkir keretanya sebelum masuk ke dalan restoran. Kerusi di depan Irdina di tarik dan dia duduk. Senyum di bentuk bila Irdina mendongak memandangnya.

     "Assalamualaikum. " Sapanya. Mahu tidak mahu Irdina menjawab salam Irfan. Muka meluat di pamerkan. Nyata tidak suka akan kehadiran Irfan di situ. Makanan di depan di pandang dengan muka kosong. Hilang seleranya bila melihat muka yang dia tidak ingin muncul lagi di depannya. Seleranya mati bila Razzy tiada di sisi kerana suaminya pergi melawat tapak projek dan tersangkut di kesesakkan lalu lintas akibat kemalangan yang berlaku tika balik. Akibatnya, terpaksalah dia makan seorang diri.

     "Kau nak apa? " Soalnya kasar. Irfan tersenyum.

     "Aku nak minta maaf. " Ujarnya. Irdina menjongket kening.

     "Pasal yang berlaku dulu tu. Maafkan aku eh? "

     "Semudah tu? " Soal Irdina sinis.

     "Aku menyesal. Menyesal sebab lepaskan perempuan sebaik kau. Please... maafkan aku. " Sesal Irfan. Irdina menarik nafas berat sebelum bersuara.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now