✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*Usai makan malam mereka berempat, dia dan isterinya duduk berehat di ruang tamu manakala si kembar berada di bilik mainan. Sengaja mereka biarkan si kembar bermain. Sekejap lagi tu mengantuklah. Biarlah kembar dua itu bermain. Ada juga masa mereka laki bini berduaan.
"Abang, nah susu. " Muk berisi susu panas di letakkan ke atas meja kopi depan mereka.
"Terima kasih. " Tangan naik melilit ke pinggang Irdina. Tubuh ramping itu di tarik ke arahnya. Mata ralit memerhati rancangan di kaca tv. Sesekali di berikan ciuman ke tepi dahi kepala isterinya.
"Abang, " Seru Irdina perlahan lalu mendongak. Di renung wajah tampan itu.
"Hm? " Sahut Razzy tanpa mengalihkan pandangan dari menonton aksi yang di tayangkan.
"Mama call petang tadi, " Bicara sengaja di gantung. Irdina mahu wajah tampan itu memandang ke arahnya. Tak apalah sedikit gedik. Suaminya juga.
"Hm? " Razzy menoleh. Irdina di renung meminta wanita itu meneruskan bicaranya yang tergantung.
"Mama nak kita balik hujung minggu ni. " Jelas Irdina. Kata ibu mertuanya, dia rindu nak jumpa cucu-cucunya. Itu yang dia telefon petang tadi. Sebulan tak jumpa, mungkin itu yang membuatkan mama rindu. Lagi pun ayah dan mama tinggal berdua. Sunyi agaknya.
Razzy mengangguk kecil. Telefon pintar di meja kopi dia capai sebelum di periksa jadualnya untuk hari-hari yang seterusnya.
"Esok tengah hari kita balik. " Putusnya. Telefon kembali di letak ke meja kopi. Susu kotak yang di panaskan Irdina dia hirup perlahan.
"Terima kasih. " Irdina tersenyum suka buatkan Razzy tergelak kecil. Sukanya dia dapat balik ke kampung. Aduhai isteri.
Bukan dia tak tahu isterinya kalau dia dah masuk kerja, bosan seharian isteri kesayangannya duduk berseorangan. Kembar pula seharian dia hantar menuntut ilmu agama. Apa yang kawannya Ustaz Luqman pesan, itu yang dia terapkan pada anak-anaknya.
"Bawa baju banyak sikit sayang, abang rasa nak duduk lama sikit dekat sana. Dah lama kita tak balik kampung. Nanti hal pejabat pandailah abang selesaikan. " Putus Razzy. Irdina makin rasa teruja. Dah suaminya beri izin lama sikit, apa lagi. Jomlah.
"Mama mesti rindukan kita. Sebab tu dia suruh balik. " Razzy menggeleng kecil. Rasa bersalah pada mama. Irdina mengangguk kecil.
"Tak apalah. Abang nak jumpa Mike kejap. Nak suruh dia uruskan hal pejabat dulu. Esok abang nak pandu sendiri. Tak perlulah kita nak susahkan dia orang tu. Biarlah dia orang berehat. " Lantas dia berdiri keluar dari vila. Rumah pengawal peribadi di belakang vila yang tidak jauh dia tuju. Kelihatan Mike dan tiga anak buah Mike yang dia kekalkan sedang bersembang hebat. Entah apa yang di gelakkan.
"Eh, " Mike yang baru saja mahu berdiri dia arahkan duduk semula. Isyarat tangan di beri. Akur saja lelaki itu.
"Oh main daun tak ajak. " Ujarnya setelah duduk di tepi Brad. Empat pengawal peribadinya itu tersengih kecil.
"Tuan nak ikut? " Pelawa Jakov. Dia menggeleng kecil.
"Tak apa. Mike, esok tengah hari aku nak balik kampung. Kau siapkan kerja kau dekat ofis lepas tu kamu semua boleh berehat. Tentang hal syarikat tu nanti aku nak singgah jumpa Encik Amar. Biar dia uruskan hal dekat ofis. Masa inilah aku nak tengok kerja dia. Buat apa kita ambik dia masuk syarikat kalau tak ada guna. "
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...