BAB 52

6.2K 206 9
                                    









✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*











               "Allahu akhbar!!! " Puan Rozyta tersentak dari tidurnya. Jantungnya berdegup kencang mengingat kembali mimpi ngeri itu. Nafas yang tersangkut cuba diselaraskan. Zikir juga tidak lupa meniti dibibirnya.

"Yta.. kenapa ni? " Encik Raihan yang terbangun akibat pergerakan isterinya sebentar tadi bersuara. Dipandang isterinya di sebelah yang agak semput menarik nafas.

"Y...yta mimpi Razzy bang. Yta risaukan dia. " Senafas Puan Rozyta bersuara. Dikerling laju telefon di meja lampu sebelum dicapai dan dengan pantas dia mendail nombor telefon anaknya. Dia tidak peduli jam berapa disana janji dia dapat mendengar suara anaknya.

Beberapa kali mencuba panggilan, tiada suara yang menjawab panggilan tersebut buatkan dia semakin resah. Setitik air matanya tumpah akibatkan terlalu risau akan anak bongsunya itu.

"Ta... adik sibuk tu sebab tu dia tak jawab panggilan tu. Dahlah. Inshaallah adik tak apa-apa. Cuma mimpi je tu. Tidur ya. " Pujuk Encik Raihan. Air mata isterinya diusap kering. Tubuh isterinya dibaringkan. Selimut ditarik menyelimuti mereka. Sempat diletakkan telefon ditangan isterinya ke tempat semula telefon itu diletakkan.






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*






          Wajah si kembar sudah cemberut bila mama tidak mengizinkan mereka menghubungi papa. Rengekkan dan juga tangis masih kedengaran. Mereka rindu papa. Papa dah berapa hari tak ada di rumah.

"Mama..... pyeashe..... i mish papa. " Rayd disisi Irdina sudah mengeluarkan suaranya. Merayu agar diberi izin. Irdina menggeleng.

"Pine!!! " Balas Rayd. Kaki dihentak menuju bilik. Merajuk dengan mama. Raydy juga ikut sama merajuk.

Irdina mengeluh. Bukan tidak mahu si kembar menghubungi suaminya tapi dia tak mampu nak menahan mulutnya untuk menyembur lelaki itu. Kerana itulah dia tidak benarkan. Jika si kembar berhubung dengan Razzy, pasti lelaki itu akan mencarinya.



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*








          Beberapa kali panggilan dilakukan namun Irdina di Malaysia langsung tidak menjawab panggilannya. Hatinya panas. Sampai begitu sekali Irdina berkelakuan. Telefon direnung tajam sebelum mengambil keputusan menghubungi Tan Sri Khairi. Pasti Irdina tidak mampu menolak jika Tan Sri Khairi yang bersuara. Dan betul apa yang disangkanya. Panggilan berjawab dan kedengaran suara Tan Sri Khairi memanggil Irdina.

Tan Sri Khairi seperti tahu yang dia mencari Irdina. Beberapa saat kemudian jelas kedengaran suara tidak suka Irdina menjawab panggilan.

"Sayang sihat? " Soalnya usai salam yang diberi dijawab isterinya.

"Sihat. " Sepatah Irdina didalam talian menjawab.

"Kenapa tak jawab panggilan abang? Suka sangatlah tu buat abang dekat sini tertunggu-tunggu. " Suara berjauh hatinya diluahkan. Terkilan dengan Irdina. Benda kecil, boleh selesai tapi Irdina seperti sengaja besarkan.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now