✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
Rayd dan Raydy tergelak kecil bila dapat mengganggu tidur lena papa mereka. Sedari tadi mereka menunggu tapi papa mereka tak bangun-bangun. Mama pun dah cuba kejutkan tapi tak bangun juga. Syok agaknya tidur dalam keadaan angin pagi yang bertiup tenang.
"Tak angun pun... " Kedengaran suara si adik berbisik pada si abang. Razzy menahan senyum. Sengaja dia baring terlentang.
"Keshut agi. " Arah si abang dalam keadaan berbisik. Raydy mengangguk. Hidung papa di picit lebih kuat dari tadi. Tapi papa tak bergerak langsung. Kaku terlentang begitu.
Mereka berdua melongo. Pantas Raydy melepaskan hidung papanya. Mereka mendekatkan diri ke arah papa. Mahu mendengar sama ada bernafas ataupun tidak seperti yang mereka tonton di kebanyakan kartun.
"Hah!! " Kejut Razzy. Di peluk si kembar kuat. Terkejut beruk anak kembarnya itu sebelum ketawa kuat.
"Ada hati nak picit hidung papa ye?? " Soal Razzy sebelum menelentangkan si kembar di atas katil dan di geletek.
"Angan papa!! Mama toyong adik!!! " Teriak Raydy kuat. Rayd di sisi sudah tidak mampu bersuara. Hanya gelak saja yang kedengaran. Itupun sudah kedengaran letih.
"Ya Allah!! Buat apa ni?? " Soal Irdina terkejut beruk melihat katil yang tidak terurus. Dengan cadarnya dah kusut. Bantal elok terletak di lantai. Selimut entah ke mana. Tiga heronya di renung tajam. Dia mula bercekak pinggang.
"Kemas! Kalau tak kemas, mama tak masakkan telur masak merah. " Ugutnya. Berterabur si kembar mengemas katil. Razzy beralih turun ke bawah dan baring terlentang di atas tilam di mana tempat tidurnya kali ini. Katilnya itu bukannya besar sangat. Cukup sekadar muat dua orang. Takkan mereka berempat nak tidur sekali di atas katil itu. Mahunya si kembar penyek.
Biarpun tidur di atas tilam tapi dia selesa di sebabkan ada peneman. Nasib baik si kembar tak merungut bila dia menculik Irdina untuk tidur dengannya. Dapatlah juga peluk puas.
"Bangunlah bang. Mandi. Kejap lagi nak sarapan. " Ujar Irdina. Tuala yang di sidai di tingkap di capai dan di hulur pada Razzy yang masih terlentang di atas tilam. Elok pula tu memejam mata sambil tersenyum.
"Abang? " Panggilnya. Pelik melihat kelakuan suaminya yang tersenyum seorang diri.
"Hm? " Balas Razzy. Udara di sedut dalam sebelum membuka mata. Irdina di renung. Dia bangkit berdiri. Tuala di sangkut ke bahunya. Tubuh Irdina di bawa ke dalam pelukan. Lama dia memeluk isterinya.
"I miss you. " Bisiknya kecil. Pelukan makin di eratkan bila Irdina membalas pelukannya.
"Ehem-hem... " Suara deheman seseorang di luar bilik mengganggu momen mereka itu. Pelukan di leraikan.
"Kalau ya pun nak lepaskan rindu, tutuplah pintu ni. Jangan sampai satu rumah join nak peluk-peluk. " Terdengar sayup-sayup suara Rafiq menyakat dari luar bilik. Seketika kemudian, terdengar suara orang tergelak. Razzy mencebik manakala Irdina tergelak kecil.
"Abang mandi okey? " Razzy mengangguk kecil. Dalam hati dia berdoa semoga hari ini hari yang lebih baik dari yang lepas. Semoga langkahnya di iringi dengan nafas baru. Lembaran baru.
Dia penat. Penat fizikal dan mental. Makin di layan perasaan, makin buatkan dirinya jauh terpesong. Tak ada gunanya menyimpan dendam kerana itu buatkan dirinya sendiri hancur. Lebih baik dia biarkan saja berlaku. Terima kejadian lalu sebagai ujian yang Allah kirim padanya. Dia bersyukur kerana ujian tersebut.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...